Friday, November 25, 2011

Kek Marble Putih Telur





Salam Pagi Jumaat..,

Selepas solat zohor semalam tetiba teringin nak membakar kek.. Kebetulan lebihan telur putih ada kat dlm peti ais...Biasalah kalau dah buat kek lapis, telur putih ada yg berbaki...Nak buang sayang,..Dalam kepala macam2 nak buat, ,ingatkan nak buat Pavlova tapi stok whipping cream habislah pulak. Nak pergi kedai malas sesangat...Plan kedua nak buat macaroon tapi anak2 tak suka...nanti membazir....

Apa lagi eda pun beleklah buku catatan eda yg dah lunyai...sbb rajin sangat belek, buatnya tidak pun...heheheh...terpandanglah Kek Marble Telur Putih oleh Kak Fida....Tak susah sangat, rasanya boleh buat...mcm konfiden je...Apa lagi bersilatlah eda kat dapur...Akhirnya kek ni menjadi dgn cantik sekali!!....Terima Kasih Kak Fida kerana kesudiaan berkongsi resepi ni....Tak rugi mencubanya...Resepi eda copy paste je...dah letih nak menaip..

Tuan Punya Resepi : Kak Fida

Bahan-bahan ( loyang 9x9 inc. )

  • A - 250-280 g putih telur
  • 2 biji kuning telur
  • 200 g gula halus
  • 57 g air (paip)
  • 250 g tepung gandum- diayak
  • 1 sb ovalette
  • B- 200 g mentega cair
  • 1 sb susu manis
  • 1 sk butter oil-(sejenis flavour terdapat dlm botol esen kecil)-eda gantikan dgn esen vanila
  • C- pewarna merah, kuning, hijau dll..

Cara-cara

  1. pukul kesemua bahan A dgn kelajuan tinggi hingga kembang.
  2. bahan B digaul rata dan tuang kedlm adunan A sambil digaul perlahan2 menggunakan senduk atau spatula hingga sebati.
  3. bahagi adunan kpd 3-4 bahagian dan warnakan setiap satu.
  4. bubuh adunan berwarna berselang-seli hingga habis kedlm loyang yg beralas kertas minyak dan disapu butter.
  5. bakar kek hingga masak pd suhu 175C selama 40-45 min atau ikut kepanasan suhu oven masing2.

Thursday, November 24, 2011

Daging Kicap Berlada Hitam


Salam sejahtera...

Hari ni betul2 buntu, tak tau nak masak apa....Kalau cuti sekolah camnilah, otak pun beku...Anak2 minta makan memanjang...Kejap2 tanya mak masak apa....nasib baik mak dia suka duduk kat dapur...hehehe...Tetapi ada jugak penyakit Malas datang melanda diri ini...Bila dah datang penyakit 'M', alamak mkn luar lah jawabnya....

Hari ni ingat nak masak daging, tapi tak tahu nak buat style apa pulak...Hari tu pergi ambil resepi kat dapur AlongRoz...Sekrg ni nak pergi jenguk dapur saper lah pulak....Sedang ralit mencari resepi terjumpalah resepi Daging Masak kicap ni kat dapur Nonie Rahman....Nampak mudah dan sedap...Apalagi eda cubalah didapur eda....Rasanya sedap dan ade kelainan dr segi rasa....Biasanya kalau kita masak kicap tak bubuh lada hitam kan...tapi resepi ni buh lada hitam...Anak2 suka sesangat...Disebabkan masak kicap ni terasa lada hitamnya...

Oh ya, resepi ni sebenarnya Ayam Kicap Berlada Hitam....Tapi eda tukar dgn daging...OK resepi kat bawah...kalo nak cuba silakan...

Tuan Punya Resepi : Dayangjack
Sumber : Nonie Rahman

Bahan-bahannya:
  • 500 gm Daging - dihiris
  • 1 labu bawang besar - dihiris bulat & digoreng
  • 1 s/b lada hitam - ditumbuk
  • 1 s/b cili kisar - lada boh @ cili kering
  • 1 s/b kicap pekat
  • 1/2 s/b sos tiram - eda dah tersalah buh 1 s/b ( tak de hal lah )
  • Kicap manis -secukup rasa
  • 2 biji cili merah- dihiris ( yg ni eda sendiri tambah)
  • Daun sup
  • Gula & garam -secukup rasa
  • Air asam jawa - secukup rasa
  • Rempah menumis - 4 sekawan
Bahan Kisar:
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 btg serai

Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak . Goreng bawang besar yg dihiris bulat tadi sehingga layu...
  2. Kemudian goreng daging yg telah dihiris.
  3. Perap daging yg telah digoreng dgn lada hitam tumbuk & kicap pekat selama 1/2 jam.
  4. Panaskan sedikit minyak dan goreng rempah penumis ( 4 sekwn) & masukkan bhn yg dikisar.Goreng sehingga terbit bau.
  5. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga terbit minyak.
  6. Masukkan sos tiram & kacau rata..masukkan daging dan kacau.
  7. Jangan lupa masukkan sedikit air & cili hiris. Biarkan mendidih.
  8. Bila dah mendidih, masukkan kicap manis, garam,gula & air asam jawa.
  9. Bila kuahnya kelihatan pekat masukkan daun sup & bwg besar yg digoreng tadi. Kacau rata.Tutup api...sedia utk dinikmati...

Friday, November 18, 2011

BETIK MASAK LEMAK CILI PADI



Tiba-tiba teringin nak makan lauk betik muda...Nasib baik kat Seremban ni selalu ada org jual betik muda yg telah dicincang....Mudah dpt kat sini terutama kat pasar tani....sebut je lauk kg apa yg kita nak semua ade dijual....Lauk ni eda pernah post kat sini dulu....kalo ada sesapa yg nak mencubanya , silakan...memang sedap!...kalo makan ngan ikan masin lagi sedap....tak yah ade lauk lain pun tak apa....Buat lak musim hujan camni...perut lapar memanjang...hehehe

Kalau nak cuba , resepinya Disini

Thursday, November 17, 2011

Alhamdulillah


Salam,

Dalam 2-3 hari ni eda tak dapat tidur...Hati berdebar2 setiap masa...Penantian eda selama ini akan berakhir hari ni...Eda mengharapkan keputusan yg membanggakan...Tapi eda redha jika sebaliknya....Iyalah perkara yg lepas tak boleh diubah....

Mungkin ada yg tertanya2 apa yg eda tunggu...Hari ni keputusan UPSR anak eda akan keluar...Tu yg risau sangat....eda dah berkorban masa dan tenaga utk bagi tumpuan kat dia...Sampaikan utk berinternet pun eda lupakan seketika...Tu yg blog ni terbiar tanpa sebrg n3....

Alhamdulillah ...eda bersyukur pd Allah swt kerana anak eda cemerlang dlm UPSR...Aisyah memperolehi 7A....Sungguh eda tak percaya!...seakan mimpi pun ade...Maklumlah dia bersekolah SJKC, tak ramai yg memperolehi 7A...Apa2pun itu sudah rezeki dia, dan berbaloi dgn usaha gigih dia selama ini....

Black Bottom Banana Cake





Bertemu kembali....sori sbb bagi tengok gambar je tapi resepi ntah mana2...Bukan tak nak bagi tapi sibuk bebenor eda ni...almaklumlah serba-serbi eda yg kena buat kat umah ni, dari celik mata sampailah nak tido...Tak pernah ade ruang langsung utk berceloteh kat blog yg tak seberapa ni....

Tak payah cakap byk, eda kongsikan resepi ni kpd sesape yg ingin mencuba....Resepi eda dpt dr Blog AlongRoz...sape tak kenal AlongRoz kan!....banyak resepi dari dia , eda telah mencuba & memang jadi....jgn risau, jadi punyalah!...itupun kalo diikut betul2 resepi yg diberi....

Kek ni memang sedap dan moist sangat....eda suka rasanya yg tak manis sangat...kenalah dgn tekak eda yg tak suka manis....

Bawah ni eda sertakan resepinya sekali.....kalo ade yg nak mencuba tu , silakanlah....

Tuan punya resepi asal: Sini
Sumber : AlongRoz

Bahan-bahan:
  • 1/2 cwn butter - dilembutkan / suhu bilik
  • 1 cwn gula - eda guna 125 gm je...
  • 1 biji telur
  • 1 s/t esen vanila
  • 1 1/2 cwn Tpg gandum
  • 1 s/t Baking powder
  • 1 s/t Soda bikarbonate
  • 1/2 s/t Garam - eda tak buh pun
  • 1/4 cwn serbuk koko
Cara-caranya:
  1. Pukul butter dgn gula sehingga ringan dan gebu.
  2. Masukkan telur serta esen vanila , pukul lagi.
  3. Masukkan pisang dan kacau rata .
  4. Tambah tepung gandum yg telah diayak bersama baking powder & soda bikarbonate , gaul sehingga sebati.
  5. Kemudian bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu adunan masukkan serbuk koko...satu lagi dibiarkan kosong.
  6. Masukkan adunan coklat ke dlm loyang bersaiz 8"...ratakan.
  7. Dan lapiskan adunan kosong tadi diatasnya...ratakan...
  8. Bakar pd suhu 170 C selama 30 minit @ sehingga masak.

Wednesday, November 16, 2011

Spicy Fried Lamb



Salam pagi rabu....

Tengahari semalam eda masak Spicy Fried Lamb ( eda tukar ngan daging lembu)...Resepi ni eda dapat dari blog AlongRoz. Eda teruja sungguh nak mencuba resepi slps baca komen org lain..Ni mesti cuba!..Kebiasaannya resepi yg eda dpt dr blog Along tak pernah mengecewakan...Opppsss ni bukan mengampu ya!...Ikhlas dr dasar hati eda...betul tak tipu!...

Berbalik pasal lauk tadi, eda buat 1/2 kilo daging je. Iyalah umah eda ni bukannya ramai pun.. Lagipun nak mencuba tak bolehlah buat banyak terus...Kalau sedap , lainkali mesti buat lagi..
Makan dgn nasi panas memang sedap...Anak2 eda semua suka...Rasanya ade seakan2 satay sikit..kalau mkn ngan nasi impit + kuah kacang lagi sedap..Makan ngan lemang ke, pulut , atau ketupat daun palas pun sedap jugak...Tapi tadi eda makan ngan nasi putih je..

Sesaper nak resepi lauk ni klik kat sini. Malas nak menaip pjg2..seeloknya terus g umah tuan punya resepi...heheheh

Monday, November 14, 2011

Apam Polka Dot

Sejak akhir-akhir ni orang duk sibuk buat apam polka dot. Boleh dikatakan sana-sini org cakap tentang cik apam ni... Sblm cik apam di dot2 kan tak ade sesaper pun ambil tahu.. Padahal resepi ni dah lama wujud. Eda pernah buat apam ni dulu2.. Resepinya eda dpt dr Myresipi , Apam Comel Berinti Kelapa oleh Lilydvalley...Tapi masa eda mencuba apam ni tak terfikir pulak nak pelbagaikan intinya... Eda ikut bulat2 apa yg Lily bagi..Resepinya tak ade perbezaan langsung dgn resepi apam polka dot ni....Kalo tak caya , cubalah tengok sendiri...
Resepi utk apam polka dot ni pun eda dpt dr Myresipi jugak...sumbangan oleh Sheely.

Jika ade sesaper yg nak resepi tu klik lah link kat atas tu....Eda malas nak taip ...hhehehh..

Sunday, November 13, 2011

Kek Pisang Gebu


Salam Hujung Minggu...

Malam tadi tiba2 teragak nak membakar kek pisang. Tekak ni teringin sangat nak mkn kek pisang yg betul2 sedap & gebu.. Kebetulan pisang serendah byk kat umah. MIL yg bg masa balik raya haji hari tu. Pisang tu baru je masak, sblm ni tak masak lagi. Eda dah buat setengah drnya kerepek pisang. Tapi kan pisang serendah ni memang tak sesuai utk dibuat kerepek. Tak rasa kelemakkannya. Nasib baik tak buat semua, kalau tak rugi jugak. Sape nak makan, anak2 eda bukannya suka kerepek pisang.

Berbalik pasal kek pisang tadi, resepi utk kek pisang kali ni eda cuba resepi Joy Of Baking. Hasilnya memang tak mengecewakan , lembut berserta gebu. Rasa kek pisang ni sama spt yg dijual kat pasar malam.

Bahan - bahan :
  • 200 gm Pisang - dilenyek
  • 150 gm Gula kastor
  • 4 biji telur B - eda guna gred A
  • 1 tsp Ovalete
  • 250 gm Tepung gandum
  • 1 tsp Soda Bikarbonat
  • 1/2 tsp Baking powder
  • 125 ml Fresh Milk
  • 100 ml Minyak masak
Cara - caranya:
  1. Pisang , gula & telur disatukan dalam mangkuk. Pukul hingga rata.
  2. Tambah ovalete dan pukul dgn kelajuan tinggi selama 5-6 minit. Pastikan adunan betul2 kembang.
  3. Kemudian masukkan tepung yg telah diayak bersama baking powder & soda bikarbonat berselang-seli dgn susu secara kaup balik.
  4. Akhir sekali masukkan minyak masak dan kacau sehingga rata.
  5. Masukkan ke dalam acuan panjang spt kek pisang pasar malam tu. Eda dpt dua acuan utk adunan ini.
  6. Bakar 170 c selama 45 minit @ sehingga masak.

Saturday, November 12, 2011

Sibuk Memanjang...


Assalamualaikum dan apa khabar semua???

Dah lama jugak eda tak menulis apa2 kat sini. Minta maaf sbb lama jugak tak update posting kat blog yg tak seberapa ni.. Sejak akhir2 ni eda sibuk memanjang. Kalau ikutkan hati hari2 nak berceloteh kat blog . Gambar masakan pun bersusun menunggu utk diletak kat sini. Apakan daya masa terlalu padat. Buat lak Miasara sekrg ni semakin lasak , lagilah bertambah keje eda kat umah.. kekadang tak menang tangan melayan kerenah dia seorang.. Nasib baik anak2 yg lain dah pandai urus diri sendiri. Tapi dalam pada tu sibuk gak urus makan minum diorang, lainlah kalo pandai memasak ...hehhehe...

I'syaallah kalau ada kelapangan ( tak tahulah bila lapangnya)..eda akan entry semua gambar masakan yg eda telah cuba...Gambar kat atas tu pokok kemunting yg eda tanam kat belakang umah...tunggu masa nak masak..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails