Saturday, February 27, 2010

AYAM GORENG CRISPY




Utk lunch semlm ( hari jumaat) eda masak ringkas je....ikan parang masak lemak cili padi campur tomato & ayam goreng crispy .....Resepi ayam goreng ni eda dpt dr myresipi oleh CHOPPY....Disbbkan ramai kekawan kat situ komen sedap...jadi eda nak gaklah merasai kesedapannya....

Tapi byk bhn yg eda ubah ikut apa yg ada kat dapur....main belasah je....apa2 pun sedap...anak2 suka cuma yg si along tu cerewet sikit....dia tak makan,...siap dia cakap , lain kali mak buat ayam goreng gaul kunyit & garam....katanya ayam goreng ni x sesuai makan ngan nasi.....aduussssss!!!...
susah jugak jadi 'chef' kpd anak2 ni....citarasa mereka berbeza...

Waktu ptg pulak eda ajak hubby gi JJ....nak beli buku rujukan along & k.ngah....tak lama lagi diorg nak exam awal thn....kenalah buat persediaan....lagipun si along dah heboh, katanya bila nak beli buku latihan dia.....Kalau ikutkan malas nak pergi sbb hari ni Seremban hujan....dah lama tak hujan....Alhamdulillah sejuklah sikit, taklah spt sblm2 ni....panasnya sampai ke malam....

Sebelum balik, eda singgah beli Big apple.....kesian kat along sbb lunch tadi dia makan sikit je....bukan main suka bila tahu eda beli donut kesukaan dia....kalau ikutkan dia suruh eda beli marshmellow bersalut coklat kat giant....tapi eda malas nak singgah giant....Miasara pulak meragam nak tidur....tak senang dibuatnya....apalagi chow lah jawabnya....

Kat sini eda sertakan resepi ayam goreng yg eda buat tuuu....biasalahkan kopipes je....

Bahan-bahan ( 6 ketul )

  • 6 ketul ayam
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kanji- eda tukar dgn tpg jagung sbb tpg kanji dah habis
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk cili- eda guna lada kering yg diblender
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis- eda guna jintan manis yg ditumbuk sendiri
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih- sama gak ngan jintan manis...
  • 1/4 sudu kecil serbuk bawang putih(optional)- eda buh 3 ulas bwg putih & ditumbuk
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan susu(fresh milk)

Cara-cara

  1. Bersihkan ayam. Buang kulit kalau tak suka. Sejatkan airnya.
  2. Masukkan semua bahan dari no.2~ no.8 ke dalam beg plastik. Tutup mulut beg plastik dan goncang-goncang biar semua bergaul sebati.
  3. Campurkan susu dengan telur dan pukul sehingga sebati. Kemudian panaskan minyak.
  4. Ambik 2~3 ketul ayam. Masukkan ke dalam tepung tadi. Goncang-goncangkan beg plastik.. biarkan ayam bersalut dengan tepung. Kemudian keluarkan ayam tadi. Celup pula ke dalam sebatian telur dan susu. Masuk semula ayam ke dalam beg plastik. Goncang-goncangkan. Kemudian goreng dengan minyak penuh sehingga perang atau garing.
  5. Angkat dah letakkan di atas bekas yang berlapik dengan kitchen paper supaya minyak meresap pada paper.
  6. Ulang langkah ke 4~5 sehingga ayam habis. Hidangkan ketika panas-panas.
Nota: eda tak guna beg plastik....eda buh bhn2 kering ke dlm mangkuk dan gaul ayam dlm tu....lepas tu eda celup dlm mangkuk berisi telur& susu....lepas tu gaul ngan tpg semula dan gaul pulak ngan serbuk roti.....

Friday, February 26, 2010

SALASILAH KETURUNAN NABI MUHAMMAD SAW

Nabi Muhammad s.a.w. merupakan Nabi dan Rasul yang terakhir diutuskan oleh Allah SWT bagi menjadi model terulung untuk seluruh alam serta kedatangannya juga adalah untuk "Menyempurnakan Akhlak" (Makarrimal Akhlak) manusia. Nabi Muhammad SAW merupakan keturunan kepada Nabi Allah Ismail dan Nabi Allah Ibrahim. Berikut merupakan kronologi salasilah keturunan berikut diterangkan penama-penama yang merupakan atuk moyang kepada Baginda Nabi Muhammad SAW:

  • Nabi Muhammad s.a.w. (Muhammad bin Abdullah)
  • Abdullah bin Abdul Mutallib
  • Abdul Mutallib bin Hashim
  • Hashim bin Abdul Manaf
  • Abdul Manaf bin Qusai
  • Qusai bin Kilab
  • Kilab bin Murrah
  • Murrah bin Kaab
  • Kaab bin Luay
  • Luay bin Ghalib
  • Ghalib bin Fahr
  • Fahr bin Malik
  • Malik bin An-Nadr
  • An-Nadr bin Kinanah
  • Kinanah bin Khuzaimah
  • Khuzaimah bin Mudrikah
  • Mudrikah bin Elyas
  • Elyas bin Mudar
  • Mudar bin Nizar
  • Nizar bin Ma'ad
  • Ma'ad bin Adnan
  • Adnan bin Add (diriwayatkan merupakan Pemerintah Pertama bagi kota suci Makkah)
  • Add bin Humaisi
  • Humaisi bin Salaman
  • Salaman bin Aws
  • Aws bin Buz
  • Buz bin Qamwal
  • Qamwal bin Obai
  • Obai bin Awwam
  • Awwam bin Nashid
  • Nashid bin Haza
  • Haza bin Bildas
  • Bildas bin Yadlaf
  • Yadlaf bin Tabikh
  • Tabikh bin Jahim
  • Jahim bin Nahish
  • Nahish bin Makhi
  • Makhi bin Ayd
  • Ayd bin Abqar
  • Abqar bin Ubayd
  • Ubayd bin Ad-Daa
  • Ad-Daa bin Hamdan
  • Hamdan bin Sanbir
  • Sanbir bin YathRabi
  • YathRabi bin Yahzin
  • Yahzin bin Yalhan
  • Yalhan bin Arami
  • Arami bin Ayd
  • Ayd bin Deshan
  • Deshan bin Aisar/Aizar
  • Aisar bin Afnad
  • Afnad bin Aiham
  • Aiham bin Muksar
  • Muksar bin Nahith
  • Nahith bin Zarih
  • Zarih bin Sani
  • Sani bin Wazzi
  • Wazzi bin Adwa'
  • Adwa' bin Aram
  • Aram bin Haidir
  • Haidir bin Ismail (anak Nabi Allah Ismail) (dipanggil Kedar dalam Injil Kristian)
  • Ismail bin Ibrahim (Ishmael bin Abraham) (Nabi Ismail a.s.)
  • Ibrahim bin Azar (Nabi Ibrahim a.s.)

Nota tambahan: Periwayatan tentang salasilah keturunan Nabi Muhammad SAW adalah mengikut maklumat yang diperolehi dari hadis-hadis, ahli Ilmuan Islam, pakar-pakar Sejarawan. Nama betul mereka berdasarkan ejaan dalam bahasa Arab, Bahasa Aram ataupun Bahasa Ibrani.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki


SALAM MAULIDUR RASUL 12 RabiulAwal 1431H


Thursday, February 25, 2010

CUCUR BILIS KEMBUNG



Sobonar eh, cekodok bilis ni eda buat 2 hari lepas.....tak tahu nak buat apa utk minum ptg...dah poning kopalo ni memikir eh,...hubby pulak dah awal2 warning jgn buat kek ko, apam ko atau kuih talam....dah muak kato eh...

Itu yg buat cekodok....apo laie sukolah dio...cekodok ni feveret hubby & anak2 eda....simple tapi sodap....eda pelbagaikan buat cekodok ni...tak adalah setiap kali buat cekodok guna resepi yg sama...kadang2 eda buat cekodok main campak2 je bhnnnya....tapi sedap jugaklah.....Kali ni eda guna resepi SOFINAR yg pandai masak tu....senang dan tak guna byk bhn...

Bahan-bahannya:
  • 300 gm Tpg gandum
  • 1 biji telur
  • 1 s/k yis
  • 1/2 cwn ikan bilis
  • 1 labu bwg besar
  • 2 pokok daun bwg
  • 11/2 cwn air
  • taugeh jika suka
  • garam & kunyit
Cara-caranya:
  1. Blend ikan bilis, air ,telur , bawang & air sehingga hancur.
  2. Masukkan tpg & yis dlm mangkuk dan digaul rata.
  3. Kemudian masukkan bahan yg telah diblend tadi dan digaul sebati.
  4. Perap selama 30 minit.
  5. Gorenglah spt biasa.
p/s: cekodok eda tak membulat spt sofinar buat...

Wednesday, February 24, 2010

RICH CHOC BROWNIES OREO




Utk minum ptg ni eda buat brownies popular Alongroz.....dikalangan teman di myr ramai yg dah mencuba...apalagi eda pun bersemangat nak merasa keenakkan brownies....lebih teruja bila eda gi ' dapur ' Kak Nor semalam pun ada brownies...k.nor cakap 25o gm gula manis....jadi eda kurangkan kpd 180 gm....kalau ikut cadangan k.nor 185 gm...tapi eda saja nak tengok apa hasilnya kalau dikurangkan 180 gm....sedap sangatttt dan sesuai dgn tekak eda & family yg tak suka manis....biskut oreo pulak eda guna sebungkus jee...tu je yg ada...

Terima kasih pd Along yg sudi berkongsi resepi brownies yg sedap ini....seperti biasalah resepinya eda kopipes je dr 'dapur' Along....cowiiiii along....

(Makes 8" sq)
INGREDIENTS:
225g/8oz Butter
240g Cooking Chocolate
3 Large Eggs
1 tsp Coffee Powder
1 tsp Essence Vanilla
250g Castor Sugar
60g Flour*
40g Cocoa Powder*
1/2 tbsp BP*
1 tsp Salt* (* mixed together)
1 1/2 packs Oreos Cookies - break & mix with 15g Flour
(1 pack = 137g but no need to be so accurate)

METHOD:
1. Melt chocolate & add butter.
Stir until smooth.

2. Whisk eggs, coffee, EV & sugar until smooth.
Add in chocolate mixture & stir well.
Fold in flour mixture until well mixed.
Finally fold in Oreos.

3. Bake 170C for 45 min.

p/s: gambo tak secantik k.nor dgn along sbb guna kamera digital biasa jeee....

Monday, February 22, 2010

PANCAKE




Hujung minggu baru ni eda buat pancake...atas permintaan anak2...kalau tak dilayan kesianlah pulak kan!....dah lama tak buat...tq eda ucapkan pd AlongRoz sbb sudi berkongsi resepi ni...sedap dan rugi kalau tak mencuba...

Tapi eda dah ubah2 resepi ni dgn apa yg ada kat umah....nasib baik menjadi....sori Along, eda memandai ubah resepi ni...hehehh

Bahan-bahan ( lebih kurang 8 biji )

  • 115g Tepung Gandum- disbbkan tpg gandum dah habis eda belasah je tpg naik sendiri...hheh
  • 1 sudu kecil (5ml) Soda bikarbonat- eda gantikan baking powder, menjadi..
  • 1 sudu kecil (5ml) Krim tartar-kat umah dah habis stok, so eda x gunalah...
  • 25g Butter
  • 1 biji Telur
  • 150ml Susu Segar
  • 1 sudu besar Gula
  • Secubit Garam

Cara-cara

  1. Campurkan tepung , soda & krim tartar dan diayak...tak nak ayak pun tak apa....rub in butter sampai berderai spt serbuk roti.
  2. Kemudian masukkan semua bhn dlm satu bekas....gaul sehingga sebati...kalau nak senang blend je sampailah sebati...
  3. Bila semua dah sebati , tuangkan sesenduk adunan ke dlm kuali....
  4. Pastikan permukaan berbuih barulah diterbalikkan....Biarkan sekejap barulah boleh diangkat...buatlah sehingga adunan habis...

Saturday, February 20, 2010

KEK KUKUS LAPIS UBIKAYU


Sejak dua menjak ni boleh dikatakan org duk sibuk ber'pesbuk'...termasuklah eda. Sampaikan blog pun terbiar...masa eda byk habis kat fb....itulah penangan Facebook ketika ini...

Malas nak bercerita panjang, hari ni eda nak berkongsi satu resepi yg cukup menarik bg eda....Kek Kukus Lapis Ubikayu...resepi oleh Zubaidah Chepa....pada mulanya ragu2 jugak nak cuba...kalau tak cuba tak tahu kan!....lagi satu yg buat eda was2 adalah betul ke, resepi ni?...iyalah resepi dlm buku kan, kdg2 betul, adakalanya hampehhh....Tapi yg ni betul2 menjadi....tak salah eda bereksperimen....Menjadiiii...


Bahan-bahan:
  • 250 gm ubi kayu - diparut dahulu baru timbang
  • 4 biji telur
  • 200 gm gula kastor - nak kurangkan kpd 180 boleh jugak, bg eda 200 ni manislah...
  • 125 gm Tepung superfine
  • 125 gm butter
  • 250 gm susu pekat manis- disbbkan guna susu ni lah yg kena kurangkan gula..
  • 100 gm tpg biskut marie
  • 1 tsp esen vanila
  • 1 tsp baking powder
  • pewarna hijau, coklat & merah atau ikut kesukaan masing2...
Cara-caranya:
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang .Masukkan telur satu persatu .Setelah telur dan butter sebati , masukkan susu pekat dan pukul lagi sehingga betul2 kembang & gebu...
  2. Kemudian masukkan parutan ubi kayu tadi dan digaul rata.
  3. Akhir sekali masukkan tpg yg telah diayak bersama baking powder dan tpg biskut marie.Gaul rata.
  4. Bahagikan kpd 3 bahagian iaitu coklat, merah & hijau.
  5. Gunakan acuan 8 x 8 dan dialas dgn kertas ...setiap lapisan dikukus selama 20 minit...
  6. lapisan paling akhir kukuslah selama 30 minit....dlm buku tak bgtau ni...tapi eda buat dr pengalaman yg lepas2...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails