Sunday, November 14, 2010

Kek Pisang

Nak habiskan pisang yg ada kat umah....Sorry ya , sbb eda janji hari tu nak bagi resepi kek pisang ni kan!....bukan terlupa tapi tak ada masa yg betul2 lapang utk eda n3 resepi ni kat sini...
Resepi ni si Sofinar myr punya....tak payah nak cakap banyak2...meh kita tengok resepinya...

Bahan-bahan :

  • 150g pisang emas - dilecek
  • 180g tpg gandum
  • 180g gula halus /gula icing
  • 3 biji telor
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikabonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam

Cara-cara:

  1. campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih
  2. masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
  3. pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails