Monday, February 22, 2010

PANCAKE




Hujung minggu baru ni eda buat pancake...atas permintaan anak2...kalau tak dilayan kesianlah pulak kan!....dah lama tak buat...tq eda ucapkan pd AlongRoz sbb sudi berkongsi resepi ni...sedap dan rugi kalau tak mencuba...

Tapi eda dah ubah2 resepi ni dgn apa yg ada kat umah....nasib baik menjadi....sori Along, eda memandai ubah resepi ni...hehehh

Bahan-bahan ( lebih kurang 8 biji )

  • 115g Tepung Gandum- disbbkan tpg gandum dah habis eda belasah je tpg naik sendiri...hheh
  • 1 sudu kecil (5ml) Soda bikarbonat- eda gantikan baking powder, menjadi..
  • 1 sudu kecil (5ml) Krim tartar-kat umah dah habis stok, so eda x gunalah...
  • 25g Butter
  • 1 biji Telur
  • 150ml Susu Segar
  • 1 sudu besar Gula
  • Secubit Garam

Cara-cara

  1. Campurkan tepung , soda & krim tartar dan diayak...tak nak ayak pun tak apa....rub in butter sampai berderai spt serbuk roti.
  2. Kemudian masukkan semua bhn dlm satu bekas....gaul sehingga sebati...kalau nak senang blend je sampailah sebati...
  3. Bila semua dah sebati , tuangkan sesenduk adunan ke dlm kuali....
  4. Pastikan permukaan berbuih barulah diterbalikkan....Biarkan sekejap barulah boleh diangkat...buatlah sehingga adunan habis...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails