Saturday, February 20, 2010

KEK KUKUS LAPIS UBIKAYU


Sejak dua menjak ni boleh dikatakan org duk sibuk ber'pesbuk'...termasuklah eda. Sampaikan blog pun terbiar...masa eda byk habis kat fb....itulah penangan Facebook ketika ini...

Malas nak bercerita panjang, hari ni eda nak berkongsi satu resepi yg cukup menarik bg eda....Kek Kukus Lapis Ubikayu...resepi oleh Zubaidah Chepa....pada mulanya ragu2 jugak nak cuba...kalau tak cuba tak tahu kan!....lagi satu yg buat eda was2 adalah betul ke, resepi ni?...iyalah resepi dlm buku kan, kdg2 betul, adakalanya hampehhh....Tapi yg ni betul2 menjadi....tak salah eda bereksperimen....Menjadiiii...


Bahan-bahan:
  • 250 gm ubi kayu - diparut dahulu baru timbang
  • 4 biji telur
  • 200 gm gula kastor - nak kurangkan kpd 180 boleh jugak, bg eda 200 ni manislah...
  • 125 gm Tepung superfine
  • 125 gm butter
  • 250 gm susu pekat manis- disbbkan guna susu ni lah yg kena kurangkan gula..
  • 100 gm tpg biskut marie
  • 1 tsp esen vanila
  • 1 tsp baking powder
  • pewarna hijau, coklat & merah atau ikut kesukaan masing2...
Cara-caranya:
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang .Masukkan telur satu persatu .Setelah telur dan butter sebati , masukkan susu pekat dan pukul lagi sehingga betul2 kembang & gebu...
  2. Kemudian masukkan parutan ubi kayu tadi dan digaul rata.
  3. Akhir sekali masukkan tpg yg telah diayak bersama baking powder dan tpg biskut marie.Gaul rata.
  4. Bahagikan kpd 3 bahagian iaitu coklat, merah & hijau.
  5. Gunakan acuan 8 x 8 dan dialas dgn kertas ...setiap lapisan dikukus selama 20 minit...
  6. lapisan paling akhir kukuslah selama 30 minit....dlm buku tak bgtau ni...tapi eda buat dr pengalaman yg lepas2...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails