Saturday, February 27, 2010

AYAM GORENG CRISPY




Utk lunch semlm ( hari jumaat) eda masak ringkas je....ikan parang masak lemak cili padi campur tomato & ayam goreng crispy .....Resepi ayam goreng ni eda dpt dr myresipi oleh CHOPPY....Disbbkan ramai kekawan kat situ komen sedap...jadi eda nak gaklah merasai kesedapannya....

Tapi byk bhn yg eda ubah ikut apa yg ada kat dapur....main belasah je....apa2 pun sedap...anak2 suka cuma yg si along tu cerewet sikit....dia tak makan,...siap dia cakap , lain kali mak buat ayam goreng gaul kunyit & garam....katanya ayam goreng ni x sesuai makan ngan nasi.....aduussssss!!!...
susah jugak jadi 'chef' kpd anak2 ni....citarasa mereka berbeza...

Waktu ptg pulak eda ajak hubby gi JJ....nak beli buku rujukan along & k.ngah....tak lama lagi diorg nak exam awal thn....kenalah buat persediaan....lagipun si along dah heboh, katanya bila nak beli buku latihan dia.....Kalau ikutkan malas nak pergi sbb hari ni Seremban hujan....dah lama tak hujan....Alhamdulillah sejuklah sikit, taklah spt sblm2 ni....panasnya sampai ke malam....

Sebelum balik, eda singgah beli Big apple.....kesian kat along sbb lunch tadi dia makan sikit je....bukan main suka bila tahu eda beli donut kesukaan dia....kalau ikutkan dia suruh eda beli marshmellow bersalut coklat kat giant....tapi eda malas nak singgah giant....Miasara pulak meragam nak tidur....tak senang dibuatnya....apalagi chow lah jawabnya....

Kat sini eda sertakan resepi ayam goreng yg eda buat tuuu....biasalahkan kopipes je....

Bahan-bahan ( 6 ketul )

  • 6 ketul ayam
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kanji- eda tukar dgn tpg jagung sbb tpg kanji dah habis
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk cili- eda guna lada kering yg diblender
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis- eda guna jintan manis yg ditumbuk sendiri
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih- sama gak ngan jintan manis...
  • 1/4 sudu kecil serbuk bawang putih(optional)- eda buh 3 ulas bwg putih & ditumbuk
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan susu(fresh milk)

Cara-cara

  1. Bersihkan ayam. Buang kulit kalau tak suka. Sejatkan airnya.
  2. Masukkan semua bahan dari no.2~ no.8 ke dalam beg plastik. Tutup mulut beg plastik dan goncang-goncang biar semua bergaul sebati.
  3. Campurkan susu dengan telur dan pukul sehingga sebati. Kemudian panaskan minyak.
  4. Ambik 2~3 ketul ayam. Masukkan ke dalam tepung tadi. Goncang-goncangkan beg plastik.. biarkan ayam bersalut dengan tepung. Kemudian keluarkan ayam tadi. Celup pula ke dalam sebatian telur dan susu. Masuk semula ayam ke dalam beg plastik. Goncang-goncangkan. Kemudian goreng dengan minyak penuh sehingga perang atau garing.
  5. Angkat dah letakkan di atas bekas yang berlapik dengan kitchen paper supaya minyak meresap pada paper.
  6. Ulang langkah ke 4~5 sehingga ayam habis. Hidangkan ketika panas-panas.
Nota: eda tak guna beg plastik....eda buh bhn2 kering ke dlm mangkuk dan gaul ayam dlm tu....lepas tu eda celup dlm mangkuk berisi telur& susu....lepas tu gaul ngan tpg semula dan gaul pulak ngan serbuk roti.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails