Saturday, January 30, 2010

Karamel Tanpa Telur


Kebiasaannya hari jumaat adalah hari yg paling sibuk...semua kerja nak dilakukan dgn pantas...Sampaikan masak pun apa yg termampu dan terfikir masa tu...boleh dikatakan lauk hari ni adalah yg paling sonang...ibarat kata org tua2, buat dgn kaki pun boleh..hhehe...Eda masak ikan kicap...feveret anak2 eda...permintaan anak2..sejak hubby ada jarang eda masak lauk kicap..boleh dikatakan hari2 lauk lemak cili padi...kdg2 kuning biji mata ni....nak buat camner kan, kitakan ' tukang masak '...layan je lah...

Utk minum petang eda buat karamel...Dah lama eda nak cuba karamel ni..tapi selalu terhalang..Hari ni barulah tercapai hajat eda nak membuat & merasai sendiri keenakkan karamel yg disebut2 oleh bloggers...karamel ni special sikit sbb tak menggunakan telur...sesaper yg x suka telur tu bolehlah mencubanya....bagi eda selera orang lain2 dan pelbagai jawapan...ada yg kata sedap dan ada yg kata sebaliknya...apa2 pun kita kena cuba...kalau x cuba tak tau, sedap @ tidak,...
Eda ni pantang ada masa terluang suka mencuba dan membuat 'eksperimen'...kalau menjadi dan sedap...next time boleh cuba lagi....

Resepi karamel ni eda dpt dr kekwn kat myr...nama tuan punya resepi Firasyira.....

Bahan-bahan:

A) 2 senduk gula

B) 1 peket serbuk agar-agar
4 cwn air
21/2 senduk gula - boleh dikurangkan, sbb manis sesangatlah bg eda....

C) 1 tin susu cair ( lebih kurang 400 gm )
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu kecil vanila


Cara-caranya :

1) hanguskan 2 senduk gula hingga keemasan...lepas tu tuangkan sedikit air, kacau sehingga larut dan padamkan api...tuangkan ke dlm loyang..

2) Didihkan bahan B . Kecilkan api dan masukkan bhn C yg telah disatukan terlebih dahulu...

3) Kacau hingga likat dan pekat...lepas tu tuangkan ke dlm loyang yg berisi gula hangus tadi...Biarkan sejuk ...dan hidanglah...Nak bagi sedap masukkan dlm fridge sblm dingappp..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails