Thursday, January 28, 2010

Hubby ku terbang ke Miri, sarawak...




Hari ni eda masak special sikit...Ayam kampung salai campur terung pipit/belanda , ikan cencaru belah belakang dan kangkung goreng belacan ( special ke, tu???)....

Disbbkan hubby nak terbang ke Miri lah eda terpaksa masak lauk feveret dia...kalau tak biasa2 je lah...hhehheh...Tapi satu je eda tak suka dgn perangai hubby, kalau dia nak pergi offshore mesti tak lalu makan...Dah lah penat eda memasak...boleh dia mkn sesenduk je...fuuuhhhhh!....Puaslah kita paksa dia mkn tapi dah tak boleh telan katanya...hilang selera makanlah,...macam2 lah alasannya...Apa-apa pun eda dah lakukan tanggungjawab sbg isteri yg terbaik...tak adalah hubby nak pergi kerja dgn perut kosong...

Untuk minum petang eda buat puteri ayu,...itu permintaan Aisyah...dia ckp dia teringin nak makan puteri ayu ....ni gara-gara pergi kenduri kat rumah mak sedara tempoh hari...untuk tak menghampakan dia, eda buat slps ambil along dari sekolah...nasib baik ada kelapa parut yg hubby beli kat pasar Ampangan, kelapa parut tu pulak berdaki, tu yg tak berapa cantik puteri ayu.....Yang sebenarnya kelapa tu eda nak buat kuih lapis sagu ubi...tapi ubi kayu tak ada so tukar pogramlah jawabnya.....hubby bgtau dah merata dia cari ubi kayu tapi tak ada...nak pergi pasar besar seremban malaslah pulak...kat situ parking kete punyalah susah...pendam je lah nak makan kuih lapis sagu ubi...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails