Sunday, November 29, 2009

SALAM AIDILADHA....





Selamat menyambut hari raya Aidiladha buat semua kekawan yg singgah blog eda ni....masih belum terlambat rasanya....lagipun hari ni hari yg ke-3 umat islam menyambutnya....Tahun ni eda tak buat aqiqah @ korban...ingatkan nak buat untuk Miasara ni tapi disbbkan ada masalah yg x dpt dielakkan terpaksalah ditunda lain masa....InsyaAllah.



Wednesday, November 18, 2009

MIASARA ( lagu dr filem Papadom)

miasara

waktu pagi kau sinari hidup ini

bangun papa bangun mami

kau sebuti telinga kami

satu hari kau kan pergi

tinggal kami bersendiri

walau apa kan terjadi

kau tetap akan kami cintai


ohh.. miasara tidur lah

kamikan bersama mu

dibuai mimpi nan indah

dan doa papa dan mama mu

tidur lah miasara

tidur lah miasara

tidur lah


miasara

yang pertama anugerah terutama

senyuman mu belai jiwa

pengubat hati yang lara

tuhan lindungi permata

selamatkan sentiasa

dari duka di dunia

akan kita hadapi bersama

rambut mu mata mu bibir mu hati mu

senyum mu tawa mu di hatiku selalu


ohh.. miasara tidur lah

kasihani mama mu

kerana dia menunggu

untuk bersama bapa mu

tidurlah miasara

tidurlah miasara

tidurlah


tidurlah miasara

tidurlah miasara

tidurlah miasara

hooo.. tidurlah



Tuesday, November 3, 2009

Dah bersalin



Alhamdullilah, eda selamat melahirkan anak yg ke-4 ni tepat pada tarikh yg dijangkakan oleh doktor ( 2/11/2009).

Sebenarnya eda tak jangka eda akan bersalin hari ni.Pada mulanya eda pergi ke Colombia Asia Medical Centre,Seremban untuk check biasa je.Dalam hati berdebar jugak, manalah tahu kena induce pulak.Tapi eda dah cakap awal2 dgn Doktor Intan ( Nor Intan Zainal Shah ) yg seboleh2nya eda tak nak induce.Kalau boleh biar sakit normal bukan secara paksaan.Sebab pengalaman melahirkan anak ke-3 ( Aqasha ) amat menyakitkan.Dan masih terbayang-bayang sehingga ke hari ini.Lagipun semasa mengandungkan aqasha, eda terlewat seminggu.Itu yg doktor terpaksa induce.

Berbalik cerita tadi,sblm eda sampai hospital sempat gaklah eda ajak hubby pergi breakfast.Tekak ni nak sangat makan roti canai telur.Manalah tahu dibueknyo eda bersalin hari ni.Kang tak merasa lak nanti.Almaklumlah,lepas bersalin nak kena kawal permakanan.Sejak peknen ni berat badan eda naik mendadak.Sekrg berat eda 65.5kg!.....fuuuhhhhh susah nak turunkan ke berat asal.Kalau ikutkan semasa peknen anak2 yg lepas, berat badan eda 58 kg je.

Sampai je hospital, eda terus ke bilik doktor.Doktor scan dan memeriksa bukaan serviks.Ternyata servisk telah terbuka 2 cm.Doktor Intan hairan camner eda boleh tak rasa sakit.Eda bgtaulah yg semlm ada gak rasa sakit tapi taklah kuat mana pun,spt rasa senggugut.Tu yg eda tak endah mana.Sempat lagi gi taman tasik seremban..Heehhheee...

Apa lagi doktor ckp yg aku boleh bersalin ari ni.Terperanjat betul eda waktu tu!...Perasaan ketika tu bercampur-baur.Gembira ada, takut pun ada silih berganti.Mulalah terbayang yg bukan2.Nasib baik hubby sentiasa bersama eda.

Pukul 10.30 pg, eda disorongkan ke labour room.Eda terus disambut oleh midwife Lily yg bertugas waktu tu,baik orangnya.
Memandangkan hari tu, anak2 eda semua ke sekolah.Suami eda minta izin nak pergi ambil anak2 kat sekolah.Risau gak dibuatnya eda sakit kuat nanti,siapa nak pergi ambil anak2.Sebelum eda sempat berpesan lepas ambil mereka,hubby kena terus dtg hospital.Sebab midwife tu ckp yg doktor nak pecah ketuban bila bukaan serviks 3cm.

Tepat jam 11 pg,denyutan jantung baby diperiksa untuk memastikan baby dlm keadaan normal.Dan eda diberi water drip.
Tak lama lepas tu hubby dtg bawak aqasha sekali.Nak tengok mak bersalin katanya.Alahai anak mak...

Pukul 12 tengahari doktor dtg untuk check bukaan serviks lagi.Waktu serviks terbuka 4cm,apa lagi doktor terus memecahkan air ketuban.Sejam kemudian eda mula terasa sakit tapi masih dpt bertahan.Doktor Intan ada tanya sama ada eda nak suntikan penahan sakit.Eda tak mahu.Eda nak merasa kesakitan bersalin.Hapus dosa kita ,setiap kali sakit itu dtg.Dlm menahan kesakitan,midwife bg eda lunch.Dia kata biar bertenaga sikit bila sampai saat nak melahirkan nanti.Tapi x byk eda makan, dah x lalu nak telan.

Pukul 2.30 ptg doktor dtg check bukaan serviks.Dan waktu ni serviks dah terbuka 6cm.Apalagi midwife pun sibuk menyediakan persiapan menyambut baby.Kerana tak menjangkakan bukaan serviks terbuka sebegitu pantas.

Setelah serviks buka 7cm,kontraksi semakin kuat.Eda mula minta gas,agar dpt bertahan dr sakit melampau.Dalam kesakitan eda masih mampu tersenyum pd hubby & aqasha.Eda lihat aqasha mula menangis.Kesian tengok mak sakit katanya.Mujurlah hubby sentiasa bersama.Dan membisikkan kata2 perangsang & semangat pd eda.Eda pun sempat memohon maaf,moga2 mudah eda melahirkan baby ni nanti.Eda masih ingat lagi,ketika kontraksi semakin kuat tangan hubby lah tempat eda menahan kesakitan.Sampaikan biru2 tangan hubby.Hubby lak tak putus2 baca ayat suci al-quran di telinga eda.Eda pun sama gak,tak lengkang dibibir membaca ayat2 suci.

Tepat jam 6ptg, kesakitan yg eda alami dah tak boleh tahan lagi.Eda terus panggil doktor.Eda bgtau yg eda dah mula rasa nak meneran.Doktor melarang eda meneran,biar dia check serviks dulu.Bila doktor check serviks, bukaan dah 9cm! Doktor pun apa lagi memang dah boleh teran.Dengan sekuat tenaga eda meneran tapi baby tak keluar jugak. Dua tiga kali gak eda meneran,tapi baby masih tak mau keluar.Waktu tu badan eda pun dah lemah.Apalagi doktor terpaksa guna vacuum utk menyelamatkan baby.

Alhamdulillah, pukul 6.30 ptg lahirlah AISYAH MIASARA yg beratnya 3.2kg...Syukur kpd Allah s.w.t krn eda taklah lama sangat menanggung kesakitan.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails