Wednesday, March 18, 2009

SINGGANG ASAM PEDAS


Bahan-bahannya:
  • 3 ekor ikan kerisi - dibersihkan
  • 2 ulas bwg merah *
  • 2 ulas bwg putih *
  • 3 -4 lada kering * - kalau nak guna cili boh pun boleh....dlm 2 sudu besarlah..
  • 1 inci lengkuas *
  • 3 cm kunyit *
  • 4-5 keping asam keping
  • Daun kesum
  • Kacang bendi - optional
  • Garam secukup rasa
  • perasa - optional ( kalau tak nak buh pun tak apa, eda tak buh pun.....tapi kalau buh lagi sedaplah, itu kata mak eda...)
Cara-caranya:
  1. Bersihkan ikan, kalau boleh ikan kerisi tak perlu dibuang sisiknya....tapi kalau nak buang pun boleh....Tak kisah nak guna ikan apa2 pun....ikan tenggiri , ikan merah atau apa saja....terpulang.....tapi mak eda cakap, ikan bersisik lagi best!
  2. Tumbuk bahan bertanda *....ingat, jgn diblender !.....hilang keasliannya....
  3. Lepas tu, masukkan air ke dlm periuk...sukatan air ni , agak2lah ya!.....sbb eda ni kalau masak tak pernak bersukat....main campak je....lainlah buat kek @ kuih....
  4. Masukkan bahan tumbuk tadi ke dlm periuk yg berisi air tadi......masukkan juga asam keping...Biarkan mendidih.
  5. Setelah mendidih masukkan ikan dan daun kesum.....jgn lupa garam & perasa.
  6. Pastikan ikan dah agak masak, barulah dimasukkan bendi.
  7. Lauk ni rasanya ada masam2 sikit.....kalau tak rasa masamnya, buh lah lagi asam keping ya!

Tuesday, March 17, 2009

KENAPA YAHUDI BIJAK!!!!

Salam, lama betul eda tak berblog....Masa yg membataskan segalanya....Buat pulak laptop kat rumah asyik ' sakit ' je.....naik menyampah pulak.....Bila dah ok, penyakit 'Malas' pulak melanda diri ini....kkkiiiihhhh....

Oklah tanpa berceloteh panjang eda ingin berkongsi maklumat yg eda terima email dr hubby tersayang.....Ia amat menarik utk dibaca.....Ini semua pun renungan kita bersama.

Article taken from UCLA professor. Hv a pleasure reading…….


Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.Morale of the story : Maybe best if we cud apply jew nie punya concept didik anak,. Cuma bab play the violin and music tu….aku suggest korang stimulate the brain of youngster with bacaan al quran.

Monday, March 16, 2009

TERUNG GORENG BERTAUCU


Bahan-bahannya:

  • Terung - tak kisahlah nak berapa biji ( eda buat sebijik je...terung panjang)
  • ikan bilis @ udang kering - agak2lah sukatannya..
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bwg putih - dihiris
  • 1-2 biji cili merah - dihiris
  • 1 s/b taucu
  • 1/2 sb sos tiram
Cara-caranya:
  1. Terung dihiris menyerong. Kemudian goreng sekejap....bila dah nampak layu sikit tu angkat dan toskan.
  2. Sementara tu, tumis bawang besar , bwg putih dan ikan bilis.Tumis sehingga terbit bau .Kemudian masukkan cili merah dan kacau lagi.
  3. Selepas tu masukkan taucu dan sos tiram....Masukkan terung yg telah digoreng tadi...
  4. Jika kurang masin bolehlah ditambah garam....tapi eda tak buh pun garam...sbb taucu tu dah masin...
  5. Bila dah mesra kesemua bahan, bolehlah dipadamkan api...

Friday, March 13, 2009

TAG from FIZA

Sebelum tu eda nak minta maaf dr fiza sbb terlambat buat tag ni.....almaklumlah dah lama eda tak masuk blog sendiri....penyakit ' Malas' melanda diri ini....kkiihhhhhkkkiiihhh....Apa2pun eda harap Fiza puas hati ya!

**RULES***


The rules of the game get posted at the beginning. Each player answers the questions about themselves. At the end of the post, the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves them a comment, letting them know they’ve been tagged. Let the person who tagged you know when you’ve posted your answer.
***END***

What were you doing 5 years ago?

Mengandungkan anak yg ketiga , Muhammad Aqasha Daniel

What were the 5 things on your list today?

Seperti hari2 biasa....setiap hari benda yg sama....cuma berbeza sikit kalau hujung minggu
1.Kejutkan Along utk pergi ke kelas tambahan..
2.Buat sarapan
3.Hantar Along ke sekolah
4.Pergi ke Hospital utk buat rawatan susulan
5.Ambil Along dr sekolah

What are 5 snacks that you enjoy?

Kalau diikutkan semuanya eda makan....janji sedapppp!!!
1.buah
2.keropok ikan ...trg punya!....hehhee
3.cakar ayam
4.kerepek pisang
5.kekacang

What are 5 jobs you've had?

Apalah kerja yg eda ada selain urus rumahtangga.....tapi ,jgn x tau w"pun tak kerja...mengurus rumahtangga pun satu pekerjaan yg tak pernah selesai!
1.seorang ibu kepada 3 org cahayamata yg sangat lasak!
2.seorang isteri kepada seorg suami yg penyayang
3.seorang anak kepada kedua ibubapa tersayang
4.ambil tempahan kek & cookies, itupun sambilan dan ikut mood....heheheh
5.cukup bulan gi bayar semua bil2 dan pinjaman umah, kete & sewaktu dgnnya...

5 people you want to tag

Pada saperlah eda nak tag kali ni?.....oklah eda pilih secara rawak...sesaper yg namanya ada kat sini, sila buat tag ni ya! Jika dah buat sila abaikan ya!
1.Fidah
2.Onigiri
3.AlongRoz
4.Siti Khuriza
5.Kak Ina kl

TAG from YATT & FIDAH ( S.SHAMEN)


:Rules::
  • Go to your photos folder in your computer.
  • Go to the 6th folder of photos.
  • Go to the 6th picture in that folder.
  • Put the picture on your blog and description of it.
  • Invite six friends to join the challenge.
  • Link them in your blog and let them know they have been challenged

Dah lama rasanya tak kena tag.....kalau tak silap utk thn 2009 , inilah tag yg pertama.....nasib YATT & FIDAH tak bg tag yg susah2, kalau tak mesti terperap dulu....biar jadi ikan jeruk , tak pun budu...hahahhaahha...jgn marah ya!....

Gambar ni eda ambil masa kat Labuan ( thn 2007 )....Aqasha ni memang suka pd baju superhero...boleh dikatakan semua baju superhero dia ada.....yg kelakarnya dia minta eda belikan baju Cicakman ngan Papaya.....manalah eda nak cari....mana ada penerbit drama tempatan kita nak keluarkan baju cam tu....puas eda pujuk dia....sampai sekrg masih minta lagi....alahai anakku!.....

GIFT from ONIGIRI



Sejak eda lama tak berblog ni, banyak betul hadiah yg eda dpt dr kekawan.....terutama kawan2 kat Myr.....Jadi eda nak ucapkan Terima Kasih berbanyak pd ONIGIRI @ Ros diatas kesudian bg hadiah gunung fuji ni....walaupun tak dpt pergi sana, dpt gambarnya pun dah cukup.....

Thursday, March 12, 2009

GIFT from KHURIZA.....








Terima kasih daun keladi eda pd Siti di atas pemberian hadiah persahabatan ini....Semoga persahabatan kita kekal selamanya .....InsyaAllah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails