Thursday, October 29, 2009

Belum Mau Keluar Lagi...

Semalam spt biasa eda pergi Colombia Hospital, Seremban 2. Dah jadi rutin mingguan sekrg. Sejak kandungan masuk 36 minggu lagi. Kalau ikutkan hati tak mau pergi tapi demi bb dlm kandungan ni, terpaksalah kan. Bukannya tak suka apa, cuma masa banyak terbuang kat situ. Nasib baik Doktor Intan ( Norintan Zainal Shah ) tak ada kes emergency semlm. Kalau tak , tengahari belum tentu balik. Kesian lak tengok hubby eda tu, bergegas nak amik Aqasha lagi. Tapi semlm pukul 10 pg dah balik.

Berbalik citer kat spital tadi. Sblm nak jumpa doc, spt biasalah kan. Ambil berat badan dan urine. Alhamdulillah , semuanya ok. Sejak diawal kehamilan lagi , kesihatan eda memuaskan. Itu yg buat doc tak risau.

Selepas tu doc check tekanan darah scan bb. Doc Intan cakap , berat bb eda dah 3.1 kg sekrg. Ooooo patutlah sekrg terasa berat bila berjalan2. Air ketuban masih spt biasa. Bb pun dah turun ke bwh. Doc kata bila2 masa eda boleh bersalin. Hari isnin ni genap 40 minggu kandungan eda.
Kalau ikutkan anak 1st & 2nd, 38 minggu dah bersalin. Cuma yg 3rd liat sikit, tak mau kuar.
Risau jugak eda dibuatnya.Buatnya yg ke-4 ni terikut spt si Aqasha. Adussssshhhhh!!! Bila diingat kembali, betapa sakitnya kalau bersalin paksa ni....Nyawa dihujung tanduk....

Doktor Intan ada tanya, keadaan eda sekrg. Eda bgtaulah yg 2-3 hari ni, bb kurang aktif sikit.Tu yg masa scan ,eda suh doc tengok mana tahu tali pusat terbelit kat leher. Alhamdulillah, semuanya ok. Mungkin bb ni tak mau kuar lagi sbb selesa duduk kat dlm perut mum dia ni ...hhheheehehh...

Sblm pulang, doc Intan suh pantau pergerakan bb dan jangan lupa catitkan. So, semlm bermulalah eda mengira tendangan bb ni.. Hubby eda lak, setiap 1 jam asyik tanya bb bergerak tak. Sampailah ke hari ni. Dia lak yg terlebih risau dari eda. kkkiiihhhhh....

Oklah esok citer lagi ya!...nak pergi beli kasut sport utk Affiq. Esok dia pergi perkhemahan kat Selangor.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails