Saturday, April 4, 2009

KUIH BOM KENTANG



Bahan-bahannya:
  • Ubi kentang - eda guna 2 biji sbb eda buat pun tak banyak
  • 2 cawan tepung gandum - agak2lah ya!..kalau ikutkan eda taklah menyukatnya...jgnlah terus bubuh kesemuanya
  • Air secukupnya
  • secubit garam
  • Bijan secukupnya
  • Inti kelapa secukupnya - sblm eda ada buh resepi kat sini
Cara-caranya:
  1. Kentang dicuci dan direbus sehingga empuk.Lepas tu buang kulit dan dilecek hingga betul2 hancur.
  2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga boleh dibulat2kan....kalau boleh tepung tu jgn byk sangat nanti tak rasa ubi kentang....seperti buat mek comel @ kuih gelang lah...Jgn lupa bubuh sedikit air supaya tak keras sangat adunan tu....tahu2 jelah kan ubi kentang tak seperti keledek ....ubi kentang kan kering sedikit ubinya.
  3. Sambil menguli tu masukkan garam secubit....biar ada rasa lemak2 sedikit....kalau tak taruh garam, kuranglah sikit rasanya...tapi terpulanglah selera masing2.
  4. Bila adunan tu dah ok. Bolehlah dibulat2kan spt bom....heheheh....itu yg agaknya dinamakan kuih bom.
  5. Ambil sebiji dan masukkan inti kelapa. Dah tu gelekkan dlm bekas yg berisi bijan.Pastikan keseluruhannya bersalut ngan bijan.
  6. Goreng ke dalam minyak yg penuh dan goreng ngan api perlahan...kalau api bosar , kat dalamnya tak masak nanti....Selamat mencuba!



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails