Monday, March 16, 2009

TERUNG GORENG BERTAUCU


Bahan-bahannya:

  • Terung - tak kisahlah nak berapa biji ( eda buat sebijik je...terung panjang)
  • ikan bilis @ udang kering - agak2lah sukatannya..
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bwg putih - dihiris
  • 1-2 biji cili merah - dihiris
  • 1 s/b taucu
  • 1/2 sb sos tiram
Cara-caranya:
  1. Terung dihiris menyerong. Kemudian goreng sekejap....bila dah nampak layu sikit tu angkat dan toskan.
  2. Sementara tu, tumis bawang besar , bwg putih dan ikan bilis.Tumis sehingga terbit bau .Kemudian masukkan cili merah dan kacau lagi.
  3. Selepas tu masukkan taucu dan sos tiram....Masukkan terung yg telah digoreng tadi...
  4. Jika kurang masin bolehlah ditambah garam....tapi eda tak buh pun garam...sbb taucu tu dah masin...
  5. Bila dah mesra kesemua bahan, bolehlah dipadamkan api...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails