Wednesday, December 23, 2009

Majlis Berkampung ....



Hari ni eda satu famili pergi umah mak sedara hubby kat Seremban 2....Dia adakan majlis berkampung sempena pernikahan anak perempuannya...Kalau sesaper org N9 ,tahulah apa majlis berkampung tu...Dgn kata yg palig mudah, berkampung tu bermaksud tuan umah berbincang ngan penduduk kg @ sekrg penduduk tmn utk hari majlis pernikahan nanti...Setiap penduduk ada tugas masing2...Tetapi kalau tinggal kat taman perumahan, semua tugas dilakukan pihak katering...lainlah kalau tuan rumah tak guna khidmat katering...sekarang semua mudah....ada fulus semua majlis dapat dijalankan dengan lancar...

Tuesday, December 22, 2009

Akhirnyaaaa....





Sudah lama eda nak merasa Burger Ijan ni...tapi asyik tak dapat je. Banyak sangat halangan bila nak pergi beli. Akhirnya hari ni dapat jugak merasainya...Eda tahu ni pun gara2 tengok rancangan Warung Kita kat astro tu..Eda tengok Farouk Husein makan dengan sedap sekali.Meleleh air liur eda waktu tu...nasib baik tak banjir dlm umah ni...hheheheh...

Tempatnya taklah jauh sangat dr umah eda.Tak sampai 15 minit pun. Paroi Jaya dokek yooo...
Hari tu eda order Oblong ayam . Hubby ngan Aqasha double cheese burger ayam, Aisyah lak cheese burger je sbb dia ni bukan jenis pemakan & Affiq lak special double cheese burger.

Burger Ijan ni mewah ngan sos dan mayonis..Tak sah kalau mkn burgernya mesti berselumat mulut kita.Mulut pun kena buka bosar2....hhehehhe...

Monday, December 21, 2009

Apa-apa ajelah...



Hari ni eda ada janjitemu ngan doktor.Kalau ikutkan janjitemu eda pd 4/12/09 ari tu lagi.Tapi disbbkan eda blk kg,so ditundalah ke hari ni.Sobonar eh,maleh nak gi.Bila difikir2kan semula,baik pergi je lah.Kan kalau apa2 hal eda gak yg susah dpt susah nanti.Lagipun adalah peluang makan kat luar...hhhehheeh

Balik dr spital terus eda ajak hubby gi makan kat secret recipes(SR).Dah lama rasanya tak mkn kat situ.Ni kes berpantang ari tu lah...Apalagi eda makan apa yg menjadi feveret eda...Nasi goreng dia lah..Sodappppp...

Malam pulak eda ajak hubby gi beli burger ijan....Tapi anak2 nak makan roti planta & tandoori...Terpaksalah eda ikut selera anak2...Hubby bawak anak2 mkn kat kedai,eda x ikut sbb dah ada baby ni terpaksa cari tmpt mkn yg selesa utknya.Almaklumlah kat kedai mamak mana ada sofa spt SR.Eda suh hubby bungkus mee goreng je..

Cekodok Lemak manis


dah lama rasanya eda x main masak2 kat blog ni...bukannya dapur x berasap tapi tenet ni slow sesangat kat umah ni....naik hantu dibueknyo eda....eda dah bg hint kat hubby, potong je lah celcom...tapi wat donorrr jeee...

Hubby ckp bukannya x nak potong tapi kalau guna yg lain pun sama gak....Sblm ni guna streamyx, pun sama gak....Talian tipon umah eda wat hal...aduh haiiiii....Geram betul lah eda!....
Mcm mana angin tak naik, nak upload gambar kat sini pun amik masa berjam2....

Gambar ni dah lama eda snap tapi terlupa nak upload kat sini...Kuih pun x lak mengancam bebenor...biasa2 je...janji boleh di ngap!

Anak2 eda suka kuih bola ni ( anak2 bg nama, sbb uwannya selalu buek)....boleh dikatakan feveret diorg lah....

Tak susah nak membuatnya, resepi pun main campak2 je....ringkas dan mudah...
Yg perlu cuma tpg gandum, telur sebiji , susu cair, air secukupnya, gula sesedap rasa, secubit garam & yis...

Friday, December 18, 2009

Sunday, November 29, 2009

SALAM AIDILADHA....





Selamat menyambut hari raya Aidiladha buat semua kekawan yg singgah blog eda ni....masih belum terlambat rasanya....lagipun hari ni hari yg ke-3 umat islam menyambutnya....Tahun ni eda tak buat aqiqah @ korban...ingatkan nak buat untuk Miasara ni tapi disbbkan ada masalah yg x dpt dielakkan terpaksalah ditunda lain masa....InsyaAllah.



Wednesday, November 18, 2009

MIASARA ( lagu dr filem Papadom)

miasara

waktu pagi kau sinari hidup ini

bangun papa bangun mami

kau sebuti telinga kami

satu hari kau kan pergi

tinggal kami bersendiri

walau apa kan terjadi

kau tetap akan kami cintai


ohh.. miasara tidur lah

kamikan bersama mu

dibuai mimpi nan indah

dan doa papa dan mama mu

tidur lah miasara

tidur lah miasara

tidur lah


miasara

yang pertama anugerah terutama

senyuman mu belai jiwa

pengubat hati yang lara

tuhan lindungi permata

selamatkan sentiasa

dari duka di dunia

akan kita hadapi bersama

rambut mu mata mu bibir mu hati mu

senyum mu tawa mu di hatiku selalu


ohh.. miasara tidur lah

kasihani mama mu

kerana dia menunggu

untuk bersama bapa mu

tidurlah miasara

tidurlah miasara

tidurlah


tidurlah miasara

tidurlah miasara

tidurlah miasara

hooo.. tidurlah



Tuesday, November 3, 2009

Dah bersalin



Alhamdullilah, eda selamat melahirkan anak yg ke-4 ni tepat pada tarikh yg dijangkakan oleh doktor ( 2/11/2009).

Sebenarnya eda tak jangka eda akan bersalin hari ni.Pada mulanya eda pergi ke Colombia Asia Medical Centre,Seremban untuk check biasa je.Dalam hati berdebar jugak, manalah tahu kena induce pulak.Tapi eda dah cakap awal2 dgn Doktor Intan ( Nor Intan Zainal Shah ) yg seboleh2nya eda tak nak induce.Kalau boleh biar sakit normal bukan secara paksaan.Sebab pengalaman melahirkan anak ke-3 ( Aqasha ) amat menyakitkan.Dan masih terbayang-bayang sehingga ke hari ini.Lagipun semasa mengandungkan aqasha, eda terlewat seminggu.Itu yg doktor terpaksa induce.

Berbalik cerita tadi,sblm eda sampai hospital sempat gaklah eda ajak hubby pergi breakfast.Tekak ni nak sangat makan roti canai telur.Manalah tahu dibueknyo eda bersalin hari ni.Kang tak merasa lak nanti.Almaklumlah,lepas bersalin nak kena kawal permakanan.Sejak peknen ni berat badan eda naik mendadak.Sekrg berat eda 65.5kg!.....fuuuhhhhh susah nak turunkan ke berat asal.Kalau ikutkan semasa peknen anak2 yg lepas, berat badan eda 58 kg je.

Sampai je hospital, eda terus ke bilik doktor.Doktor scan dan memeriksa bukaan serviks.Ternyata servisk telah terbuka 2 cm.Doktor Intan hairan camner eda boleh tak rasa sakit.Eda bgtaulah yg semlm ada gak rasa sakit tapi taklah kuat mana pun,spt rasa senggugut.Tu yg eda tak endah mana.Sempat lagi gi taman tasik seremban..Heehhheee...

Apa lagi doktor ckp yg aku boleh bersalin ari ni.Terperanjat betul eda waktu tu!...Perasaan ketika tu bercampur-baur.Gembira ada, takut pun ada silih berganti.Mulalah terbayang yg bukan2.Nasib baik hubby sentiasa bersama eda.

Pukul 10.30 pg, eda disorongkan ke labour room.Eda terus disambut oleh midwife Lily yg bertugas waktu tu,baik orangnya.
Memandangkan hari tu, anak2 eda semua ke sekolah.Suami eda minta izin nak pergi ambil anak2 kat sekolah.Risau gak dibuatnya eda sakit kuat nanti,siapa nak pergi ambil anak2.Sebelum eda sempat berpesan lepas ambil mereka,hubby kena terus dtg hospital.Sebab midwife tu ckp yg doktor nak pecah ketuban bila bukaan serviks 3cm.

Tepat jam 11 pg,denyutan jantung baby diperiksa untuk memastikan baby dlm keadaan normal.Dan eda diberi water drip.
Tak lama lepas tu hubby dtg bawak aqasha sekali.Nak tengok mak bersalin katanya.Alahai anak mak...

Pukul 12 tengahari doktor dtg untuk check bukaan serviks lagi.Waktu serviks terbuka 4cm,apa lagi doktor terus memecahkan air ketuban.Sejam kemudian eda mula terasa sakit tapi masih dpt bertahan.Doktor Intan ada tanya sama ada eda nak suntikan penahan sakit.Eda tak mahu.Eda nak merasa kesakitan bersalin.Hapus dosa kita ,setiap kali sakit itu dtg.Dlm menahan kesakitan,midwife bg eda lunch.Dia kata biar bertenaga sikit bila sampai saat nak melahirkan nanti.Tapi x byk eda makan, dah x lalu nak telan.

Pukul 2.30 ptg doktor dtg check bukaan serviks.Dan waktu ni serviks dah terbuka 6cm.Apalagi midwife pun sibuk menyediakan persiapan menyambut baby.Kerana tak menjangkakan bukaan serviks terbuka sebegitu pantas.

Setelah serviks buka 7cm,kontraksi semakin kuat.Eda mula minta gas,agar dpt bertahan dr sakit melampau.Dalam kesakitan eda masih mampu tersenyum pd hubby & aqasha.Eda lihat aqasha mula menangis.Kesian tengok mak sakit katanya.Mujurlah hubby sentiasa bersama.Dan membisikkan kata2 perangsang & semangat pd eda.Eda pun sempat memohon maaf,moga2 mudah eda melahirkan baby ni nanti.Eda masih ingat lagi,ketika kontraksi semakin kuat tangan hubby lah tempat eda menahan kesakitan.Sampaikan biru2 tangan hubby.Hubby lak tak putus2 baca ayat suci al-quran di telinga eda.Eda pun sama gak,tak lengkang dibibir membaca ayat2 suci.

Tepat jam 6ptg, kesakitan yg eda alami dah tak boleh tahan lagi.Eda terus panggil doktor.Eda bgtau yg eda dah mula rasa nak meneran.Doktor melarang eda meneran,biar dia check serviks dulu.Bila doktor check serviks, bukaan dah 9cm! Doktor pun apa lagi memang dah boleh teran.Dengan sekuat tenaga eda meneran tapi baby tak keluar jugak. Dua tiga kali gak eda meneran,tapi baby masih tak mau keluar.Waktu tu badan eda pun dah lemah.Apalagi doktor terpaksa guna vacuum utk menyelamatkan baby.

Alhamdulillah, pukul 6.30 ptg lahirlah AISYAH MIASARA yg beratnya 3.2kg...Syukur kpd Allah s.w.t krn eda taklah lama sangat menanggung kesakitan.


Friday, October 30, 2009

INFO ( MASJID MEMO )
















Eda baru je dpt email ni dr kawan hubby. So eda nak berkongsi bersama2 ngan blogger yg bertandang blog eda.Dari apa yg eda tahu, info ni dia dpt kat masjid.Yg tertampal kat papan kenyataan masjid.Masjid mana dia tak tulis lak email ni...

Kat sini eda tulis semula apa yg tertulis kat memo tu.Maybe ada yg susah nak baca kan!...Biasalah dia snap memo tu ngan h/phone agaknya...

" ASSALAMUALAIKUM"

TO: ALL MUSLIM BROTHERS

FATWA - Saudi Council of Muftis have given an unanimous Fatwa, " Ring tones on QURAN AYAAT are Haraam because the AYAAT are not complete when we pick up the phone and the meanings of the AYAAT change when they are no completed.QURAAN is for HIDAYATH and are not for " RING TONES ". Please inform all our Muslim brothers and sisters as well be advised".

Don't say " MOSQUE ", always say " MASJID ".Because Islamic Organizations have found as "MOSQUE" = MOSQUITOES".

Don't say write " MECCA".Always write correctly as " MAKKAH " because " MECCA" = HOUSE OF WINES".

Don't write " MOHD ".Always write completely as " MUHAMMAD" because " MOHD = THE DOG WITH BIG MOUTH ".

Forward this to many Muslims as you can.













Thursday, October 29, 2009

Belum Mau Keluar Lagi...

Semalam spt biasa eda pergi Colombia Hospital, Seremban 2. Dah jadi rutin mingguan sekrg. Sejak kandungan masuk 36 minggu lagi. Kalau ikutkan hati tak mau pergi tapi demi bb dlm kandungan ni, terpaksalah kan. Bukannya tak suka apa, cuma masa banyak terbuang kat situ. Nasib baik Doktor Intan ( Norintan Zainal Shah ) tak ada kes emergency semlm. Kalau tak , tengahari belum tentu balik. Kesian lak tengok hubby eda tu, bergegas nak amik Aqasha lagi. Tapi semlm pukul 10 pg dah balik.

Berbalik citer kat spital tadi. Sblm nak jumpa doc, spt biasalah kan. Ambil berat badan dan urine. Alhamdulillah , semuanya ok. Sejak diawal kehamilan lagi , kesihatan eda memuaskan. Itu yg buat doc tak risau.

Selepas tu doc check tekanan darah scan bb. Doc Intan cakap , berat bb eda dah 3.1 kg sekrg. Ooooo patutlah sekrg terasa berat bila berjalan2. Air ketuban masih spt biasa. Bb pun dah turun ke bwh. Doc kata bila2 masa eda boleh bersalin. Hari isnin ni genap 40 minggu kandungan eda.
Kalau ikutkan anak 1st & 2nd, 38 minggu dah bersalin. Cuma yg 3rd liat sikit, tak mau kuar.
Risau jugak eda dibuatnya.Buatnya yg ke-4 ni terikut spt si Aqasha. Adussssshhhhh!!! Bila diingat kembali, betapa sakitnya kalau bersalin paksa ni....Nyawa dihujung tanduk....

Doktor Intan ada tanya, keadaan eda sekrg. Eda bgtaulah yg 2-3 hari ni, bb kurang aktif sikit.Tu yg masa scan ,eda suh doc tengok mana tahu tali pusat terbelit kat leher. Alhamdulillah, semuanya ok. Mungkin bb ni tak mau kuar lagi sbb selesa duduk kat dlm perut mum dia ni ...hhheheehehh...

Sblm pulang, doc Intan suh pantau pergerakan bb dan jangan lupa catitkan. So, semlm bermulalah eda mengira tendangan bb ni.. Hubby eda lak, setiap 1 jam asyik tanya bb bergerak tak. Sampailah ke hari ni. Dia lak yg terlebih risau dari eda. kkkiiihhhhh....

Oklah esok citer lagi ya!...nak pergi beli kasut sport utk Affiq. Esok dia pergi perkhemahan kat Selangor.

Wednesday, October 28, 2009

HaPpY ChiLdREn'S DaY...





Lama betul eda tak berceloteh kat sini. Dah bersawang rupanya blog eda ni. Disebabkan byk perkara yg perlu diberi tumpuan , itulah yg menyebabkan tak ada masa langsung nak bercerita dan update blog ni.

Gambar ni eda snap masa sambutan hari kanak2 kat tadika Aqasha..Tak sangka pulak eda, yg aqasha pun dpt trofi.

Wednesday, June 17, 2009

KELAS CHEESE CAKE



A'kum,

Eda ni sekejap timbul ,sekejap tenggelam. Macam biskut chipsmore....Biasalah kan, kalau dah surirumah sepenuh masa memang camni.....Tak sempat nak update blog sendiri....Kadang2 diri sendiri pun tak terurus....hehehh.....Tapi kalau cik abang ada kat umah jgn dibuat....kang nanti jeling pun tak nak...kkkiiihhhh

Oklah ari ni eda berkongsi citer mengenai kelas cheese cake yg eda belajar sblm ni.....Bukannya eda tak pernah buat cheese cake tapi nak tambah ilmu lagi, tak rugi rasanya ilmu masakan kita pelajari kan!...Byk faedahnya kemudian hari....

Eda belajar ni sama tarikh ngan kelas coklat.....Excited sangat nak belajar, sampaikan sekali harung...letih tu tak payah cakaplah...memang letih!......Tapi puashati lah!.....Tercapailah cita2 nak tahu cheese cake cam kat secret recipe tu....Walaupun x sama sangat....janji dapat buat....

Pada ari tu 2 jenis cheese cake eda dengan Kak Aini buat.....Strawberry Cheese Cake & Chocolate Banana Cake.....Kalau ikutkan ada 5 resepi cake....tapi kami berdua pilih cake tuuu....Apalagi Cikgu kami ( NorAzlina Azmi )....ajar je lahhh.....

Chocolate Banana cake tu ada kesamaan ngan chocolate indulgence kat SR ......cuma kat situ keknya lagi moist......Nampaknya lepas ni eda kena korek lagi sampai terjumpa resepi yg betul2 spt kat SR....heheheh.....Tak pun gi menuntut kat situ kan!.....Tak ada maknanya SR nak ajar.....

Sunday, June 7, 2009

BELAJAR BUAT COKLAT...





Salam....

18/4/2009 yg lepas eda belajar coklat dgn Ina ( NorAzlina Azmi ).....masa tu eda dgn Kak Aini je...bukan belajar utk bisnes tapi sekadar tambah ilmu....Lagipun sekrg kan, dah jadi trend org belajar coklat....eda pun apa lagi sahut cabaran lah....hhehehe....

Yang eda belajar ni menggunakan dua jenis coklat......Coklat Compound dan coklat couverture.....Eda belajar bukan yg menggunakan bilik berhawa dingin.....senang sangat cara ni....cara ni boleh buat kat umah, sesuai ngan suhu 28 - 32 degree.....

Apa yg eda tahu serba sedikit tentang coklat ni ialah coklat couverture memerlukan teknik tempering, manakala coklat compound x perlu temper....

Ini disbbkan coklat compound diperbuat dr lemak sayur sbg peganti cocoa butter....sebaliknya coklat couverture diperbuat dr cocoa butter ( lemak dr biji koko)...itu yg kena temper....

Kalau eda nak terang pjg lebar pun, bukannya eda mahir sesangat....so sesaper yg berminat tu boleh lah menuntut ilmu utk buat coklat sendiri....Lepas ni kilang coklat pun gulung tikar...hehehheh...

Monday, June 1, 2009

NAMA BARU BG KHINZIR - RENNET

Salam ,

Sebelum eda berceloteh panjang...Eda nak ucapkan SELAMAT BERCUTI pd semua yg mengenali dan mengunjung kat blog eda yg x seberapa ni....Cuti sekolah kali ni eda tak ke mana2...balik kg pun tidak....Ini disbbkan anak eda yg sulung tak dpt cuti....ada kelas tambahan kat skolah & tuisyen kat pusat tuisyen....Boleh dikatakan hari2 penuhlah ....lagipun hubby eda gi offshore .....lagilah tak kemana2....kesian gak tengok anak2 ni, tapi eda dah janji dgn anak2 , cuti skolah yg pjg nanti kita balik Trg....bukan main suka lagi bebudak ni.....

Yg sebenarnya eda nak bgtau sikit kat sini....pagi tadi eda dpt email dr hubby mengenai nama terbaru khinzir utk mengelirukan kita semua....almaklumlah kat M'sia kan mudah brg2 import. Terutama bab makanan....kita lak main beli je...asal ada tanda halal mesti beli...entah tulen @ palsu logo halal tu....Jadi tak heran lah anak2 generasi sekrg perangai tak spt dizaman mak ayah kita kan!....Terperanjat gak bila eda baca email ni...nak percaya @ tidak.....Tapi terserahlah pd pertimbangan pd semua yg membacanya.....email tu berbunyi begini:


FYI...Wallahualam

Assalamualaikum,
Terima kasih kerana forwardkan email ni, setelah membaca mesej ini, isteri terus ke peti sejuk mengambil bungkusan chesdale yang kami beli, To our surprise its contain 'rennet' eventhough it was marked halal by NZ Islamic Processed Food Management.. Entah berapa banyak babi telah kami makan... astaghfirullah haana'adzim. Sesiapa yang ada cara sila panjangkan maklumat ini kepada pihak berwajib.

Terima Kasih..


Email #1

Sharing info on CHEESE which is used most in our local food operators & bakery (melalui Ceramah Ust Badrul Amin) last Sunday @ UIA :
Susu memerlukan sejenis bahan yg diperolehi dari perut mamalia (lembu & khinzir) utk membolehkan ianya 'beku' - separa 'beku' dipanggil keju manakala 'beku' jadi 'whey powder'. Both
ingredients are used widely in our daily food intake - pizza(s), cheese cakes, tart cheese or anything with cheese, cookies etc. The big Q - even if bahan dari perut 'lembu' being used to make the cheese - how do we know 'lembu' tu disembelih mengikut syariah Islam? How do we know the same 'lembu' being used in our food intake?

Unless, we (muslim) produced our own cheese - is there any in our local market? Pls share.

Conclusion - even tho memang payah, cuz kena explain
panjang-lebar ngan my kids, InsyaAllah, Pizza Hut, Domino, anything contains CHEESE - gonna be NO NO from now on. This is not boikot but - menjaga akidah kita, semampu kita, within our control/power kerana ALLAH melalui penjagaan makanan kita yg akan menjadi darah daging.

Email #2

Talking about cheese, as said by ustaz, memang betullah untuk bekukan cheese tu, they need bahan dari perut khinzir atau lembu. Masa di States dulu, I studied Human Nutrition and my Jewish Prof. memang every now and then masa tu kept reminding me to check cheese yang I beli untuk class commercial food production, cos dia jewish pun tak makan khinzir, I mesti pastikan dari ingredients cheese tu yg bahan pembekunya must be
pepsinogen [lembu] dan bukan rennet[khinzir]. Kalau di States, 70% cheese guna rennet.
Thanks & Regards,
Rohizawati Hamza
016-2166127
cid:image002.png@01C8B66D.8E8599F0


Friday, May 29, 2009

KELAS FONDANT & GUMPASTE





Alhamdullillah, akhirnya tercapai jugak hajat eda utk mempelajari teknik fondant & gum paste yg betul ( 3/5/09 & 24/5/09 )....walaupun masih kekok nak mempraktikkannya tapi sekrg eda tahulah sikit sebyk tentang fondant & g/paste ni.

Memang seronok sangat masa eda pergi bljr ari tu....sampaikan lupa mkn & minum...Hubby eda sendiri pun naik heran & tertanya2 apalah yg seronok sangat....Dia pun cakap , eda ni tak boring ke asyik gi kelas masakan....eda cakaplah, disbbkan cinta & minat pd dunia masakan....eda sanggup bljr janji eda dpt apa yg eda capai....

Tapi eda kesian gak kat hubby, iyalah masa dia balik dr offshore baru2 ni....eda sibuk gi kelas ke sana-sini...dialah yg uruskan anak2....Terima Kasih tak terhingga eda ungkapkan utk Hubby tersayang....kalau dia x ada kat umah baru2 ni....nampaknya tak dptlah eda gi ke kelas2 tu semua....kadang2 tu dia mengeluh gak tapi nak buat camner...dah isteri dia ni gila bljr...hahahaha...layan je lah sayangggg!!.....Dan dia pun tanya eda, bukan benda yg sama ke, apa yg eda gi bljr tu?....eda cakap mana ada....tapi dia tengok sama je, asyik kek , kek dan kek....sampaikan dlm fridge penuh ngan kek....hehheehhe....

Kek yg kaler pink tu adalah kek sebenar....tak cantik sangat, masih boleh diperbaiki lagi....InsyaAllah kena selalu buat baru cantik....betul tak?.....yg kaler biru , kek tipu guna styrofom....eda simpan sebg kenangan...

Thursday, May 28, 2009

KEPERIHATINAN ANDA DIPERLUKAN...

Malam tadi eda dpt email dr hubby tentang seorang budak perempuan yg memerlukan bantuan kewangan....Nama adik ni NURUL AYSHA SAFIYA BT SAMSULRIZAL ( 4 tahun)....Amat memilukan bila eda tatap gambar ni buat pertama kali....Di sini eda copy paste kan apa yg tertulis dlm email tersebut...

Keperihatinan anda diperlukan.. ....

Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan
memanjangkan email ini kepada saudara2 yang lain.. Semoga usaha kita ini
mendapat limpah berkat dari Allah swt.....Wassalam!

Setiap satu email yang anda fowardkan akan didermakan $0.01 kepada keluarga adik NURUL


Anak ini memerlukan keperihatinan kita semua...

Assalamualaikum/ Salam sejahtera ,

Penulis sebagai mewakili ahli keluarga adik Nurul Aysha Safiya bt
Samsulrizal( 4 tahun), merayu kepada
sesiapa yang prihatin agar dapat membantu meringankan beban keluarga adik

Nurul.

Adik Nurul baru saja selesai menjalani beberapa kali pembedahan penambahan

tulang dibahagian leher akibat tulang leher patah (bukan akibat dari
sebarang kemalangan atau penderaan tetapi oleh kerana tulang leher yang
lembut dan tidak mampu menampung berat kepalanya dan salah satu faktor
adalah kanak-kanak istimewa -down sind ro m).. Beliau kini terpaksa
menggunakan alat bantuan pernafasan yang berharga RM40,000 tidak termasuk
kos-kos sampingan (tiub untuk membuang kahak dan air kencing, generator
untuk membantu alat penafasan ketika bekalan elektrik terputus).

Memandangkan kos-kos sampingan agak tinggi, diharapkan sumbangan anda
serba
sedikit dapat membantu meringankan beban keluarga beliau.

Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan
memanjangkan email ini kepada saudara2 yang lain. Setiap satu email yang anda fowardkan akan didermakan $0.01 kepada keluarga adik NURUL. Semoga usaha kita ini
mendapat limpah berkat dari Allah swt....Wassalam!


Hari ini dia susah, kita senang...esok lusa tak mustahil jadi
sebaliknya dengan kehendakNYA!
Wallahua ' lam....

@ Cuma sekadar forward email sahaja.

Tuesday, May 26, 2009

BERSUA KEMBALI...



Assalamulaikum,..

Rasanya lama betul eda menyepi diri kan!....Masa yg membataskan eda utk berblog....terlalu sibuk dgn anak2 dan dunia masakan eda....hehehehhe...

Sampaikan nak jenguk blog sendiri pun tak sempat....yg sempat check email....Iyalah, eda bukannya ada maid, serba - serbi eda wat sendiri....Buat lak sekrg anak eda yg sulung nak exam upsr thn ni...lagilah sibuk.....pagi hingga ke malam, asyik urus hal dia...Kadang2 nak pengsan eda dibuatnya....Tapi kalau mengeluh tak baik lak kan!...anak2 kan permata keluarga....Lebih2 lagi eda peknen anak ke-4 sekrg, lagilah letih....Nasib baik eda tak alahan teruk kali ni...tapi eda kuat makan....sampaikan badan pun naik mendadak...sabar jelahhhh.....

Oh ya, semasa eda bertapa dr dunia blog ni....byk kelas masakan yg eda hadiri....yg amat bermakna sekali, eda ambil kursus decorating ngan Wilton....Setakat ni eda telah gi Course 1 ngan Course Fondant & Gumpaste.....Course 2 & 3 eda akan hadiri x lama lagi....kalau boleh eda nak habiskan course 2 &3 sblm eda bersalin....InsyaAllah kalau diizinkan Tuhan....

Memang seronok masa eda belajar mendeco pd ari tu....byk yg telah eda pelajari....Walaupun sblm ni eda pernah belajar dgn lain2 pengajar tentang dunia mendeco kek ni....tapi setiap kali eda gi bljr mesti ada perbezaanya....dr situ eda dpt cedok2 sikit dan gabungkan jadi satu.,...Gambar kek kat atas tu adalah hasil pembelajaran eda ngan Wilton....Walaupun x cantik mana, tapi eda puas hati!

Oklah, dilain waktu eda berceloteh lagi tentang lain2 kelas yg telah eda pergi....mata dah ngantuk ni, nak beradu.....zzzzzzz

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails