Wednesday, November 26, 2008

AWARD from ROZIE ( Mama Vogue) & KAK INA





Award cute-mute ni eda terima dari ROZIE & KAK INA.Terima kasih daun keladi ya!....Kebetulan eda dpt award yg sama, so eda gi amik sekali je lah....Sukalah tengok monkey ni peluk gambo bunga ni....hehheeh
Nak amik award ni ada syaratnya...


Syaratnya camni yeee....

  1. Sapa yang dapat award nih leh letak dalam blog memasing
  2. Link semula kepada orang yang bagi award ni kat korang
  3. Bagi award nih kat 7 orang bertuah
  4. Tinggalkan la mesej pemberitahuan yang korang dah bagi award kat orang tu
Saper2 yg namanya ada kat sini ....meh dtg amik ya!
  1. Yana
  2. Shafidah Shamen
  3. Joayee
  4. Lemongrass
  5. Siti Azma
  6. Nita Sudip kayu
  7. Nurie

Monday, November 17, 2008

PERGI BERCUTI


Buat sementara waktu ni eda tak online seketika...eda sekeluarga bercuti ke KUCHING , SARAWAK....bye2x...jumpa lagiii!

AWARD from HANA

Award ni eda dpt dr HANA pulak....tak tau nak cakap apa lagi...terharu sesangat...hari ni hari collect award....Terima kasih sekali lagi ya, hana!...
nak bg kat saper ya!..Sesaper yg linknya ada kat sini...silalah amik award ni ya!...


AWARD FROM KAK HANIELIZA

Banyak betul award eda dpt kali ni...terima kasih lah kekawan yg sudi bg award2 ni semua...eda pun nak ambil kesempatan nak berterima kasih daun keladi pd KAK HANIELIZA krn sudi bg award yg wangi ni pd eda...eehhhh boleh hidu ke baunya?....alaaaaa biasalah bunga mesti wangi kan?...sesaper yg dtg umah eda ni...silalah ambil ya!...jgn malu2...

501030kkfslwz3p1

AWARD from KAK ZANA

Kedua2 award ni dpt dr Kak Zana...terima kasih banyak2 ya, kak zana!...eda suka sesangat terima award ni...Terima kasih daun keladi....dan eda pun nak panajangkan award ni pd sesaper yg linknya ada kat blog eda ni...
You Are My Sweet Tart from  syazwaniadnan

TUGASAN DARI HUNNY

2 hari lepas eda kena tag si Hunny.Biasanya eda dpt tag yg tak melibatkan raut wajah & diri eda...tapi kali ni pelik pulak tagnya...itu yg eda lambat sikit nak melakukannya...apa2 pun disbbkan tugasan yg mesti dilaksanakan...dgn berat hati...kkkiiihhihhi....eda buat lah jugak...eda buat ni pun kat Kuching , Sarawak....eda sekrg ada kat kuching...cuti2 malaysia lah katakan...okaylah syarat-syarat utk tag ni, macam ni ya! :

1 - Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
2 - Don't change your clothes, don't fix your hair... just take a picture.
3 - Post that picture with NO editing.
4 - Post these instructions with your picture.
5 - Tag 5 people to do this.



Untuk pengetahuan Hunny...eda tak betulkkan apa2...cam hunny gaklah...pakai tudung dan terus snap muka yg berapa nak lawa...hhhahahhahaha....masuk bilik ( Holiday Inn )...capai laptop terus buat tugasan ni...puas hati tak?...oklah tu kan!

saperlah eda nak suh wat tugasan ni ya!....kalau nama kat bawah ni yg eda tulis dah terima tugasan ni...sila abaikan ya!

1) Kak Ton
2) Kak Ina
3) Kak Zana
4) AlongRoz
5) Kak Liza ( Hanieliza)

MUFIN PANDAN

Mufin ni eda buat hari khamis baru2 ni...buat utk aqasha...kat tadika dia adakan jamuan...puas fikir nak bawak apa....terfikir nak buat mufin ni...malas nak buat kek....asyik2 kek je...jemu lak eda dibuatnya...buat lak sekrg ni penyakit M dtg melanda diri ni...hehheeh

Resepi : YANI Myresepi

Bahan-bahan :

  • 90g butter
  • 70g gula halus
  • 1 biji telur
  • 40ml susu segar
  • sedikit vanila esen
  • 110g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil pandan emulco

Cara-cara

  1. Pukul butter sehingga lembut. Kemudian masukkan gula,pukul sehingga putih.
  2. Masukkan telur sikit demi sedikit. Pukul sehingga semuanya sebati.(sebelum masukkan telur ke dalam adunan,pukul dulu sikit telur tu dengan garfu. Tak perlu kembang). Kemudian masukkan esen vanila. Pukul lagi sehingga sekata.
  3. Masukkan pula tepung yg telah diayak dengan baking powder ke dalam no.2 sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali berselang seli dgn susu segar sambil di kacau. (tepung-susu-tepung-susu-tepung)
  4. Bahagikan adunan kepada 2. Ambik satu bahagian adunan, masukkan pandan emulco dan kacau sehingga sebati.
  5. Isikan cup muffin dengan dua adunan yang berlainan itu. Bakar selama 25-30minit dengan suhu 180C.
  6. siap utk dimakan

Saturday, November 15, 2008

TAG From KAK DZANARIAH......MY WORKSTATION




Rules:
snap work station anda then...
taruk link blog anda kat bawah gambar work station anda...
iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada..
tengok contoh yang dibuat nih...
begitulah seterusnya sampai bila-bila, ok...
sekiranya tag ini berkembang...
pasti akan ada banyak link-link di bawahnya...
lastly...tolong pass tag ini pada tujuh (7) blogger lain...


Kak Zana inilah 2 tmpt yg selalu eda bertenet...paling eda suka atas katil...dah jemu tenet, boleh beradu pulak..hhehehe..yg gambo satu lagi tu, bila eda nak print , scan @ fotostat terpaksalah masuk ke sarang dia balik...mcm burunglah pulak ya!..kkkihiihii....eda harap kak zana puashatilah ya!...


Pada saperlah eda nak bg tag ni ya!...eda pilih secara rambang jer ni k!..kalau ada yg dah dpt diantara eda pilih ni....abaikan jelah ya!..tak pun buat sekali lagi....ammmppuuunnnn!

** Kak Ummi
** Alongroz
** Kak Jun
** Fidadaud
** Lelayong
** Hana
** Kak Min


Thursday, November 13, 2008

CHOCO MOUSSE BROWNIES


Akhirnya tercapai gak nak cuba buat resepi ni...dari hari ke sehari tak pernah dapat....disbbkan teruja tengok laporan kat myresepi...
Resepi oleh Yani ....tak rugi kalau nak mencubanya...budak2 mesti suka punya...spt biasalah, eda copy paste je resepi dr sana...

Bahan-bahan ( 18cm )

  • Brownies
  • 45g butter
  • 65g gula halus
  • 1 biji telur
  • 50g tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • Chocolate Mousse
  • 140g coklat masakan
  • 1 sudu besar gelatin
  • 100ml air
  • 2 biji telur putih
  • 200g whipping cream
  • 40g gula halus

Cara-cara

  1. Penyediaan Brownies. Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.
  2. Kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.
  3. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.
  5. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.
  6. Penyediaan Mousse. Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air. Biarkan dalam 5 minit. AWAS!!.. jangan masukkan gelatin dulu kemudian air.. ini akan menyebabkan gelatin berketul2 dan x larut sepenuhnya.
  7. Cairkan coklat masakan dengan kaedah 'double bowl' (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).
  8. Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yg ada air tadi. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejukkan.
  9. Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk.( Kalau diterbalikkan bowl, telur x jatuh). Sambil pukul telur tu, masukkan gula sikit demi sedikit.
  10. Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi btk krim.
  11. Masukkan no.10 dan no.7 ke dalam no.9. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.
  12. Sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse.

Wednesday, November 12, 2008

DAGING BLACK PEPPER


Resepi Kak Nor67 myresepi....masakan yg mudah dan cepat....bahan pun tak banyak...tapi eda ada tambah halia ngan bwg besar dlm resepi ni....sbb anak2 eda suka buh bwg ni...kalau buat sambal atau masakan yg bertumis ni...siap anak2 pesan suh buh bawang besar byk2...resepi ni eda copy paste je dr myresepi....bahan yg bertanda * tu adalah yg eda tambah...sori kak nor...

Bahan-bahan :

  • 500gm daging batang pinang
  • 1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
  • 1 biji lada benggala hijau
  • 1 biji lada merah
  • 3 sb kicap manis
  • 2 sb sos tiram
  • 1 cawan air
  • 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
  • 1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
  • minyak utk menggoreng
  • 2-3 inci Halia - dihiris *
  • 1 biji bawang besar - dihiris*

Cara-cara

  1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
  2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
  3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
  5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.

Sunday, November 9, 2008

DON'T COMPLAIN ABOUT YOUR JOB / WORK








Bila eda dapat email ni dr hubby eda. Eda tertanya2 gaklah kenapalah , dia bg gambar2 ni semua....bila difikir2kan ada sebabnya...mungkin wife dia ni suka mengeluh bila lakukan kerja umah....tapi eda ni bila kerja terlampau banyak dan letih yg teramat sangat...mulalah mulut ni macam murai tercabut ekor....kkkiiiihhhh.
Nak buat camner, dah kita ni pompuan!..tak sah rasanya kalau tak jadi " Tarzan" dlm satu hari tu...buat lak anak2 eda ni " teramatlah baik"......bersepah sana- sini....hati mana tak marah....apa lagi membebel je lah.....kita kemas kat bawah, diorg bersepah kat atas....bila eda naik atas utk berkemas....anak2 buat sepah kat bawah lak.....Tu yg eda naik hantu....tercabar betul kewibawaan eda sbg ibu ni!..
Yang sebenarnya suami kita ni masih tak faham ngan isteri diorg....yg dia tahu, kenapalah wife aku ni asyik complain bila wat keje umah....itu tak kena, ini tak kena....
Kalau tak nak kita compplain...bekerjasamalah ya!....tapi nasib baik hubby eda ni jenis ringan tulang gaklah....kalau dia tengok umah bersepah, dia tolong kemaskan....
Apa2 pun semuanya terletak pd hati....Tak bermakna isteri yg mengeluh 24 jam tu tak ikhlas...Jauh disudut hati mrk, memang ikhlas bila lakukan keje umah....terutama bab memasak...anak2 & suami pasti menjilat jari ketika mkn.....dan badan diorg pun semakin hari semakin kembang....hahahaaha...kalau tak ikhlas...makanan tu tak sedap punya!...betul tak?...
Kepada suami diluar sana, tahan je lah telinga tu bila org pompuan mengeluh 24 jam...

Thursday, November 6, 2008

ADA - ADA JEEEEEE....

Pilihan nama jawa yang bagus2
diperturun kan. Kalau kawin dgn Jawa,
eloklah guna nama ini untuk anak...
Pilihlah yg anda berkenan:- KELEBIHAN ORG JAWA.

Pandai tanam bunga, diberikan nama -ROSMAN

Pandai membaiki kereta, namakan -KARMAN

Avera ge dalam golf - PARMAN

Pandai dlm penulisan - SURATMAN

Gagah perkasa - SUPARMAN

Boleh mendengar sambil berjalan -WAKIMAN

Sela lu bertanya - AZMAN (loghat jawa bunyi ASMAN)

Pandai buat kuih - PAIMAN

Pakar jualan - SALMAN

Pakar pasal alam sekitar - JASman(Jab.Alam Sekitar)

Pandai melukis, tulis sajak, nyanyi lagu - SANIMAN

Doktor gigi - SUGIMAN

Supaya cepat naik pangkat - YASMAN

Bakal kaki pukul dan dera orang -DERAMAN

Yang ada darah Bengali - MANBAI

Pandai organise skim cepat kaya -PAKMAN (Te'Lo)

Mat rock - ROKMAN

Jadi polis trafik - SAMAN

Pakar kunci - LOKMAN

Baik budi pekerti - BUDIMAN

Buat kerja ala kadar - A. KADARISMAN

Suka bagi orang susah - SUKARMAN

Suka mengada-ngada - NGADIMAN

Dua alam - HERMAN

Paling tak guna - KOMAN

Selalu sakit - DEMAN

Kalau yang kuat berlawan - ULTRAMAN

Yg suka main daun terup poker -POKEMON

Yg jujur dalam timbangan - Katimin. ------> sama nama ngan arwah atok hubby.

P/S : Kepada org jawa, jgn terasa ya!...hubby eda pun keturunan jawa gak...ini pun dia yg hantar email pagi tadi...saja wat lawak katanya..

IKAN KUKUS LIMAU


Bahan-bahannya:

  • 1 ekor ikan kerapu
  • 4 cm halia-dhiris *
  • sebiji bwg besar - dihiris *
  • 4-5 ulas bwg putih - dihiris *
  • 10 biji cili padi - dibelah dua *
  • 1 biji cili merah- dihiris *
  • 2 btg serai - dihiris *
  • 3 - 4 biji buah plum *
  • 4 biji cendawan butang - dihiris *
  • 1 s/b kicap cair
  • 1 s/b sos tiram
  • 3 s/b susu cair
  • 1 s/b tpg jagung - dibancuh ngan sedikit air
  • sepokok daun sup - dipotong pjg *
  • 1 biji tomato - dibelah 6 *
  • 2 gelas air
  • 3 biji limau nipis - diambil jusnya
  • 1 s/b sos ikan
Cara-caranya:
  1. Masukkan air dlm kuali dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan ikan dan semua bhn yg bertanda * .Tutup dan tunggu sehingga mendidih .
  3. Kemudian masukkan kicap cair, sos tiram , susu cair dan tpg jagung.
  4. Kacau dan masukkan jus limau nipis tadi.Masukkan garam dan sos ikan.Biarkan sekejap dan bolehlah dipadamkan api.

Wednesday, November 5, 2008

Don't Drink PEPSI in INDIA or PAKISTAN!!!!!






Gambar-gambar ni semua eda dpt email dr my asben....pengotor betullah diorg ni...lepas ni tak nak minum lagi lah pepsi...uweeeekkkkkk!!!..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails