Wednesday, July 30, 2008

Mengapa WANITA sangat Istimewa...

Sumber: pengirim email

Mama dan papa sedang menonton tv, seraya mama berkata. .."..i letihlah la...dah lewat ni, i nak tidolah....."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
tik....bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa...."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream....nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..

bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm....setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women better...
foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

Sunday, July 27, 2008

Rasulullah SAW - Dunia yang paling aku sukai ialah wanita

Sumber : Pengirim email


Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah
Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu
bertanya,"Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka,"Tidak" Sabda
Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala
bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami
nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan oleh
binatang itu dengan doa keberkatan.

Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan
rezekinya.

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti
meyapu lantai di Baitullah.

"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat
roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka,
jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan
mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan
memadamkan seratus perbuatan jahat."

"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya,
Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari
akhirat."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat
pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran
sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi
pakaian
kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,
menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu,
Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka
dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya
kelihatan berseri dimata orang-orang yang memerhatikannya."

Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan
janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi
minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul
maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada
taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka
dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun
ibadat.

Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan
kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan
wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan
menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi
Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu
memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri)
yang solehah.

Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat
pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang
kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya
perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan
dirinya.

Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Saturday, July 26, 2008

KAILAN IKAN MASIN


Bahan-bahannya:
  • Seikat kailan
  • 5-6 biji cili padi
  • 4 ulas bwg putih
  • sepotong ikan tenggiri jeruk
  • 1/2 s/b sos ikan
  • 1/2 s/b sos tiram
Cara-caranya:
  1. Kailan dipotong dan dicuci.Toskan.
  2. Tumbuk cili padi , bwg putih dan ikan jeruk...jgn lumat sangat ya!...
  3. Tumis bhn tumbuk tadi sehingga terbit bau.Masukkan sos ikan & sos tiram.Kacau.
  4. Masukkan kailan tadi dan tutup ngan tudung periuk sekejap.Lepas tu kacau dan padamkan api.
  5. Kalau kurang masin boleh tambah garam..tapi eda tak buh sbb ikan jeruk tu dah masin..

My Family..eda

Pyzam Family Sticker Toy


Eda dapat tag lagi!..dari sahabat baru dikenali..jeng3x...Encik Fareez..Terima kasih daun keladi dr eda...semoga persahabatan kita di alam maya ni berpanjangan..InsyaAllah!

TAGGED.....My Family from Kak Jun

Dapat tag lagi dari Kak Jun....Terima kasih banyak2 ya, kak jun!..tak tahu apa nak cakap..terharu sesangat...


Tugasan ni eda terima dari ZIEHELMY...sori zie sbb lambat buat...sejak dua menjak ni eda sibuk memanjang...byk perkara yg perlu eda bereskan...


1. 5 hadiah yg diimpikan
*Tiket & perbelnjaan bg menunaikan Haji
*Set pinggan mangkuk jenama Correle
*Handbag jenama LV
*Pakej menguruskan badan kat Slimworld..kkiiihhhh
*Melancong ke China

2. Alasan atas pilihan itu
* yg pertama tu memang ada niat tapi masih kumpul duit..tapi kalo ada org hadiahkan..bestlahhhh
*eda ni gila kumpul pinggan mangkuk...tak leh tengok kalo ada yg terbaru...tapi duit x ada nak beli selalu.
*suka kumpul handbag...teringin nak pakai jenama LV...eda hanya ada wallet je dr jenama niii...
*memang sedang diet ni...kalo ada org taja ke slimworld..tak yah susah2 tahan lapar...hehheh
*salah satu tmpt yg eda teringin nak pergi...sbb hubby eda dah pergi sana...dia kata bestlah!

3. Inspirasi terhadap org yg diminati (Mr Right la kan)
*kasih-sayang yg tak pernah pudar
*Prihatin
*Penyabar sesangat
*Berfikir dulu sblm bertindak
*bertolak - ansur

4. Perkara hebat yg dilakukannya utk anda
* eda bercinta ngan hubby tak lama, cuma 2 bulan je..dating sekali tapi eda bangga sbb dgn beraninya dia dtg umah lamar eda...yg kelakarnya masa tu eda kat ITM Jengka..dia gi lamar dgn family eda...kerana kesungguhan tu lah, eda terima...hhehe
*dia jaga eda dlm pantang...terharu sesangat...
*kalo hubby ada kat umah, dialah kemas umah, tolong eda kat dapur, mandikan sikecik, tukar pampers ...kalo nak tulis kat sini byk sangat lah...apa2pun eda terasa bertuah sesangat...sayang abg!..muaaahhhh...

5. 5 ciptaan paling hebat ( bkn hanya psl teknologi )
*manusia
*alam ini
*terjadinya siang & malam
*alam ghaib
*nyawa

6. Perkara yg paling dbenci
*Talam 2 muka
*Perasaan hasad dengki
*Sombong
*cakap tak serupa bikin
*merapu

7. 5 org yg ingin d tag :
*Lela
*Kak Jun
*Kak leen
*Alongroz
*kak ummi

MASAK LEMAK CILI PADI IKAN PARANG + SAYUR MAMAN




Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ikan parang - dipotong
  • santan - dari sebijik kelapa ( dibhdgkan 2 iaitu santan pekat dan cair)
  • segenggam cili padi * - kalo x tahan pedas, boleh dikurangkan
  • 1 inci kunyit hidup *
  • 2 keping asam keping
  • garam - secukup rasa
  • seikat sayur maman
Cara-caranya:
  1. Cuci ikan dan dipotong...jgn lupa toskan.
  2. Tumbuk bahan yg bertanda hingga hancur.Masukkan santan cair dalam kuali berserta bhn tumbuk tadi.
  3. Masukkan juga ikan yg telah dibersihkan tadi.Diikuti asam keping dan garam.
  4. Setelah mendidih masukkan santan pekat dan kacau agar x pecah minyak.Masukkan sayur maman.Biarkan mendidih sekejap dan maman layu sedikit.Bolehlah dipadamkan api.

Friday, July 18, 2008

SAAT PERPISAHAN TERAKHIR.....

SUMBER : Pengirim Email

SETIAP INSAN ..PASTI MERASA..SAAT PERPISAHAN TERAKHIR ..
DUNIA YG FANA AKAN DITINGGALKAN..HANYA AMALAN YG DI KIRA...RABBANI...


Baca perlahan2 sambil Kita membayangkan keadaan Kita ketika waktu itu..

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya Dan hanya
Akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun
Semua orang ! Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar
Atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan
Mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging
Lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan
Teliti Kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat Dan bagi mereka yang sedar Dan berdetik di
Hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka g etaran ini akan
Berhenti Dan hilang setelah Kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut
Dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan
Lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat..


Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang
Terbaik untuk memunafaatkan masa yang Ada untuk mempersiapkan dir! I
Dengan amalan Dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan se sudah
Mati.


TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat Kita
Akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama
Kita
Akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.


Maka Malaikat Maut akan mengambil daun Tersebut Dan mula membuat
Persediaannya ke atas Kita, antaranya ialah IA akan mula mengikuti
Kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan
Memperlihatkan wajahnya sekilas lalu Dan jika ini terjadi, mereka
Yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.


Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma Seorang tetapi kuasanya untuk
Mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
Dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
Musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara
Tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah d ahi Kita
Iaitu diantara dahi kanan Dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
Berpuasalah Kita selepas itu supaya perut Kita tidak mengandungi
Banyak najis Dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
Memandikan Kita nanti.

Ketika ini juga Mata hitam Kita tidak akan bersinar lagi Dan bagi
Orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh Dan ini dapat
Dikesan jika Kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu
Dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan Dan
Sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana Kita akan merasakan satu
Denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
Menandakan Kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan Harinya.

TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana Kita akan merasakan satu keadaan sejuk
Di bahagian pusat Dan ianya akan turun ke pinggang Dan seterusnya
Akan naik ke bahagian halkum.


Ketika ini hendaklah Kita terus mengucap kalimah syahadah Dan berdiam
Diri Dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput Kita
Kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan Kita Dan sekarang
Akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak
Forward this buletin...may ALLAH SWT bless you.
Saling berpesan2lah sesama Kita.....


ALLAHUAKBAR.............




Wednesday, July 16, 2008

IKAN MASIN GORENG SIMPLE


Senang je nak masak lauk ni...hiris bwg besar, bwg putih dan cili besar...lepas tu goreng semua bhn ni hingga layu sikit...kemudian masukkan ikan masin yg telah digoreng dan kacau rata...perah limau kasturi @ limau nipis...bila dah mesra semua...padamkan api...

Monday, July 14, 2008

YUM - YUM Blog Award from KAK JUN

Horrraaayyyy!! dpt hadiah dr Kak Jun..Terima kasih daun keladi ya!....

DEATH BY CHOCOLATE CAKE

Utk kek ni...eda cuma buh ganache je...sbb non dairy whipping cream dah habis stok kat umah...jadilah cam kek coklat biasa..hhehe..nanti lain kali nak cuba lagiii..

RESEPI: MRSDAYAT

Bahan-bahan ( loyang 9" )

  • 2 cwn gula (kisar)
  • 2 cwn tepung (ayak)
  • 3 biji telur grade A
  • 1 cwn koko powder
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak(sy gune butter cair)
  • 1 cwn air panas didih
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp esen vanila
  • **utk ganache**
  • 2 cwn whipping cream
  • 500g cooking chocolate
  • 1/8 cwn golden syrup
  • ##utk whipped cream
  • 1 cwn non dairy whipping cream

Cara-cara

  1. tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
  2. pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
  3. masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
  4. masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
  5. last skali masukkan air panas..kacau sebati
  6. bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree. bule juga kukus slame lebih kurang 1 jam
  7. **utk ganache**
  8. dlm mangkuk kecil, didihkan whipping cream
  9. bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking choc. kacau sebati
  10. tambahkan golden syrup
  11. ambil 1 cwn ganache..bakinya simpan dlm peti sjuk
  12. ##utk whipped cream..pukul 1 cwn whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cwn choc ganache yg di ambil dr langkah sblum ini. kacau sebati - yg ni eda x buat sbb x ada stok whipping cream....
  13. kek yg dah siap..di potong tgh2. sapukan dgn whipped cream dari step di atas.kemudian lapiskan dgn kek yg separuh lg..sapu hingga menutupi keseluruhan kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit
  14. ambil kek yg dh disapu whipped cream td,sapukan pula dgn ganache yg kita dh simpan dlm peti(rujuk step 11).simpan semula dlm peti lebih kurang 30 minit

Saturday, July 12, 2008

KEK LAPIS STRAWBERI PANDAN


Bahan-bahannya:
  • 250 gm butter
  • 120 gm Gula halus
  • 6 biji telur
  • 120 gm Tepung Hong kong
  • 1/2 s/b ovelete
  • 100 gm jem strawberi
  • 150 gm kaya
  • 1 peket serbuk santan
  • pewarna merah jambu , hijau , kuning

Cara-caranya:

  1. Pukul butter dan gula hingga ringan.Masukkan telur satu persatu...pukul rata setiap kali telur dimasukkan.
  2. Masukkan ovelete dan pukul lagi.Masukkan tepung dan gaul rata.
  3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.Satu bahagian dicampurkan jem strawberi dan pewarna merah jambu.
  4. Bahagian 2 dicampurkan kaya dan pewarna kuning.Bahagian 3 dicampurkan serbuk santan dan pewarna hijau.
  5. Alas dasar loyang 7" x 7" dgn kertas minyak yg disapu marjerin.Masukkan 3 sudu besar adunan merah jambu dan bakar sehingga permukaan coklat muda.
  6. Kemudian masukkan 3 sudu besar adunan kuning bakar .Selepas itu masukkan 3 sudu besar adunan hijau dan bakar.
  7. Bakarlah selapis demi selapis sehingga habis.

Wednesday, July 2, 2008

IKAN GOLEK TERENGGANU


Bahan-bahannya:

  • 4 ekor ikan kembung - saiz besar
  • 1 biji kelapa - ambil santan dlm satu mangkuk...jgn cair sangat!
  • 1 s/b halba
  • 3-4 ulas bwg merah *
  • 2 ulas bwg putih *
  • sedikit halia *
  • 4 btg serai *
  • 5-6 tangkai cili kering *
  • Sedikit serbuk kunyit - jgn byk sangat nantikan terlampau kuning...cam gambo ni...terlebih kunyit....hheheh
  • sedikit belacan
  • Garam & gula secukup rasa
  • Air asam jawa..

Cara-caranya:

  1. Ikan dibersihkan dan dikelar2.
  2. Blender semua bhn yg bertanda * hingga halus.
  3. Slps tu masukkan bahan yg dikisar ke dlm periuk yg berisi santan tadi.
  4. Jgn lupa masukkan air asam jawa, belacan, garam & gula secukup rasa.
  5. Ada 2 cara utk buat ni....yg pertama, masukkan sekali ikan ke dlm periuk yg berisi bhn kisar dan santan.....Masaklah spt biasa...tapi bila ikan setengah masak...keluarkan ikan tersebut dan bakarlah..Tapi kuahnya terus dimasak hingga pecah minyak sikit...tak kisahlah bakar secara tradisional @ guna oven....kalo nak sedap cara tradisi lahhh...satu tmn bau aromanya!...bakar sehingga masak....sambil bakar tuuu...jirus sikit2 kuahnya...
  6. Cara kedua pulak....masak kuahnya saja sehingga masak dan agar pecah minyak...ikan tadi pulak dilumur ngan serbuk kunyit berserta garam...perap seketika....selepas tu bakarlah...dan sama gak jirus kuah keatasnya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails