Sunday, June 29, 2008

Ada Masa Untuk ALLAH

Renungan utk kita semua...

sumber: dari seorg pengirim email.

Baca jika anda
ada masa untuk ALLAH.
Bacalah sehingga habis. Saya hampir membuang
email ini namun saya telah
diberi keberkatan untuk membaca terus
hingga ke penghujung.
ALLAH , bila saya membaca e-mail ini, saya
fikir saya tidak ada masa
untuk ini....
Lebih lebih lagi
diwaktu kerja.

Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam
inilah yang ....
Sebenarnya, menimbulkan
pelbagai masaalah di
dunia ini.

Kita cuba menyimpan ALLAH didalam MASJID pada hari
Jumaat...... Mungkin
malam JUMAAT?

Dan sewaktu solat
MAGRIB SAJA?
Kita suka ALLAH pada masa kita sakit....

Dan sudah pasti waktu ada kematian...
Walaubagaimanapun kita tidak
ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja
atau bermain?
Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan
sewajarnya
mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA.
Semoga ALLAH mengampuni
aku kerana menyangka......
Bahawa nun di sana masih ada tempat dan
waktu dimana ALLAH bukan lah yang
paling utama dalam hidup ku.
(nauzubillah)

Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan
segala yang telah DIA berikan
kepada kita.
DIA telah
memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta.
RENUNGKANLAH
Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR
MENGHAYATI!!!

Ya aku CINTA ALLAH ...
Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku

IA lah yang mengerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah
HAMPAS yang tak berguna.
Ini adalah ujian yang mudah.

Kalau anda benar meyintai ALLAH dan tidak berasa malu akan
segala kebaikan
yang telah diberi ALLAH kepada mu...

Sekarang!!! Anda ada masa kah untuk berbuat demikian?
Pastikan anda scroll hingga ke penghabisan.

Susah vs. Senang
Kenapa susah sangat nak sampaikan
kebenaran?

Kenapa mengantuk dalam MASJID tetapi
sebaik saja selesai ceramah kita segar
kembali?
Kenapa mudah
sekali membuang e-mail agama tetapi kita bangga mem
"forward"kan email yang tak senonoh?
Hadiah yang paling
istimewa yang pernah kita terima.
Solat adalah yang terbaik....
Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran
lumayan.

Notes: Tidak kah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman
PADA
ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka
bagi mereka.

Tidakkah melucukan bila seseorang
berkata "AKU BERIMAN PADA ALLAH" TETAPI
SENTIASA MENGIKUT
SYAITAN. (who, by the way, also "believes" in ALLAH ).

Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar
ribuan email lawak yang
akhirnya tersebar bagai api yang tidak
terkawal., tetapi bila anda hantar
email mengenai ISLAM , ramai
orang fikir 10 kali untuk berkongsi?

Tidakkah
melucukan bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini anda tidak
akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan

mereka terhadap anda atau anda tak pasti samaada mereka suka atau
tidak?.

Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa
risau akan tanggapan orang kepada
saya lebih dari tanggapan ALLAH
terhadap anda.

Thursday, June 26, 2008

MEE GORENG

Mee ni senang nak buat dan cepat...eda buat apa yg ada dlm peti ais...tu yg ringkas je tapi sodappppp!!

Resepi oleh : Edazman

Bahan-bahannya:
  • 1 bungkus mee kuning
  • 3-4 biji bwg merah*
  • 3 ulas bwg putih*
  • segenggam cili kering*
  • seikat sawi
  • taugeh-eda x buh sbb x ada...heheeh
  • sebungkus bebola ikan
  • 1 @ 2 biji telur
  • kicap masin & manis - secukupnya
  • garam & gula secukup rasa

Cara-caranya:

  1. Basuh mee kuning dan toskan.
  2. Kisar bahan yg bertanda * hingga lumat.
  3. Tumiskan bahan yg dikisar ngan sedikit minyak sehingga terbit minyak.
  4. Masukkan bebola ikan & telur .Sambil tu kacau ya!
  5. Masukkan kicap masin & manis dan kacau sebati.
  6. Masukkan mee , gula & garam secukup rasa.Tapi jika dah ada rasa masin & manis...tak payahlah buh garam dan gula ya!...
  7. Jgn lupa sawi dimasukkan sekali dan kacau.Bolehlah dipadamkan api.

UDANG CELUP TEPUNG


Resepinya sebentar ya!!!

PAU KELAPA


Resepi oleh : PUAN YANI


Bahan-bahan :

  • 300g tepung gandum( eda guna tepung hong kong)
  • 6g baking powder
  • 2g garam
  • 162g air suam
  • 6g dry yeast
  • 30g gula halus
  • 18g lemak sayur

Cara-cara

  1. Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
  2. Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
  3. Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
  4. Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
  5. Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.
  6. Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.
  7. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  8. Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
  9. Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
  10. Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.
NOTA: ## eda guna inti kelapa..sblm ni eda ada bg resepi inti kelapa..tengok kat situ kalo berminat...

Sunday, June 22, 2008

FRUIT JELLY


Resepi oleh PUAN YANI ....memang ada kelainan sikit...sbb jellynya kita isi dlm kulit oren...comel dan kreatiflah!...kalo nak tahu, Yani ni byk resepinya eda dah cuba...setakat ni semuanya menjadi...tak menghampakanlah...spt biasa eda copy paste je dr MR...malas lagiiiiii!!!


Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 biji limau- large size ( eda wat buah oren)
  • 4g serbuk agar-agar
  • 500ml air + jus limau
  • 50g gula
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Potong bahagian atas limau. Dengan kedua belah tangan, picit sedikit untuk keluarkan jusnya. Kemudian tarik keluar isi dengan tangan.
  2. Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya.
  3. Masukkan air dan jus limau, agar-agar, gula dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
  4. Tuangkan ke dalam kulit limau tadi. Biarkan sejuk dan jelly keras. ( Kalau guna limau pastikan kulitnya tu tebal)
  5. Grapefruit jelly
  6. Kalau guna oren buatlah 4 biji. Mungkin susah sikit nak keluarkan isi oren berbanding dengan limau.

LASAGNA



Dah lama eda amik resepi ni dr MR...sumbangan JOAYEE....2-3 kali gak eda buat, tapi tak berkesempatan nak berkongsi kat sini...Mcm biasalah eda copy paste je dr sana...Maaf JO...hhhehe...You punya resepi memang besttttt!!!! Tapi eda buat apa yg ada kat fridge...

Bahan-bahan ( 4-6 peoples )

  • 6-8 lasagne sheets
  • 800gm mince meat ( boleh juga campur dengan beef burger yg di hancurkan)
  • 2 onions- chop
  • 3 garlics-chop
  • 1 can chopped tomato with mix herbs - eda guna tomato ceri 3-4 biji
  • 1-2 teaspoons chilli flakes- yg ni eda guna cili besar...kkkiiihhh
  • 1 teaspoon curry powder
  • cube ayam
  • 2 tablespoon tomato puree
  • 1 teaspoon black pepper
  • options: diced carrots red pepper mushroom
  • garam, perasa, gula secukup rasa.
  • white sauce:
  • 1 pint fresh milk
  • 3 table spoon plain flour- or secukup nyer untuk memekatkan
  • mozarella cheese+ cheedar cheese
  • eda tambah oregano , basil & thyme ...secubit jeee

Cara-cara

  1. mince filling:
  2. tumis bawang dengan api sederhana. sehingga bawang lembut, tp jgn hangit.
  3. masukkan garlic, then masukkan sayur2 eg: carrots..etc..biarkan carrots n etc meresap minyak tumis tu.
  4. masukkan curry powder, mince meat..biarkan sebentar.
  5. lastly masukkan bahan2 seterusnya. and rasa
  6. masak hingga tinggal sedikit air.but not too dry.
  7. white sauce:
  8. panaskan milk yang di cambpurkan dengan tepung. kacaun hingga pekat. macam double cream consistancy. tutup api
  9. selalunyer lasagne sheet tu i rebus kejap.to soften. tapi make sure air mesti menidih, and taruk minyak skit dlm boiling water tu, so that dia kurang melekat. tapi masih melekat jugak..so hati2. taruk 2/3 sekali rebus..bila masak, angkat..letak satu2 atas dulang..jangan tindih2.
  10. bila semua sheet, filling, and sos dah ready. time to assamble
  11. **layer1: filling **layer2: white sos **layer3: cheese **layer4: lasagne sheet **repeat the process sampai habis**
  12. Untuk permukaan yg cantik dan lembap. ratakan lasgane sheet dengan filling & extra..extra.. white source. kasi cover semua..lastly taruk cheese.

UDANG MENTEGA


Kali ni eda buat guna telur pulak...hari tu eda tak buh telur...eda cuma menokok tambah je dr resepi yg eda buh ari tu...yg ni eda tak buh rempah kari...tapi eda tambah telur ( kuning telur ya! eda buh 3 bijik), marjerin dan kiub ayam .....butter tetap buh gak....cuma ditambah ngan marjerin...tengok resepi sini ya!

KEK PISANG




Resepinya sama ngan Apam Pisang yg eda wat ari tu...Resepi oleh Diana....Eda saja nak cuba bakar lak...memang jadilah...kalo dikukus dipanggil Apam...Kalo dibakar, jadi lak Kek Pisang....senang tak yah nak tukar2 resepi....hehehe...nak resepi tengok kat sini ya!...Malas nak taip....biziiiii memanjang!!!

Sunday, June 15, 2008

SELAMAT HARI BAPA....



Cepat betul masa berlalu kan?...rasanya baru lagi kaum Hawa menyambut Hari Ibu...Tup-tup hari ni kita semua sambut Hari Bapa pulak....
Tanpa ayah @ papa @ bapa @ apa saja panggilan utk mereka...tiadalah kita kat dunia...Sejak azali lagi kita telah ketahui bhw manusia hidup berpasang2...Jadi tanpa ibu & bapa...siapalah kitakan...
Dikesempatan ini eda ucapkan Selamat Hari Bapa buat ayah kandung ( eda tahu dia tak baca pun...hhheeh), ayah mentua dan SUAMI tersayang!...Eda sayang kamu bertiga...
Hari jumaat baru ni, anak eda ( Aqasha) wat balik kad utk ayahnya...dia wat kat tadika...dia suh eda bg kat ayah dia.....eda cakap tunggulah ayah balik...dia kata Cikgu Maria suh bg sekrg....hahahahaa ketawa eda dibueknyo...
Apa yg tak ketawanya, camnerlah eda nak bg...ayah kan kat laut...Utk tak menghampakan dia...eda snaplah gambo kad tu...eda janji ngan dia, eda akan bg ayah melalui tenet...barulah dia duk diam...kalo tak, asyik merengek suh bg kat ayah....itulah budak2 kan...Dia pegang arahan yg dibagi pd mereka...Budak2 ni terlalu jujur!....
Kalau hubby eda ada bukak tenet...Inilah hadiah dr eda dan anak2....Kami sayang AYAH!...muaaaahhhhh!

Friday, June 13, 2008

KEK LAPIS COKLAT HORLICKS



Kek lapis ni eda wat pagi tadi...ada org order semalam...so minggu ni eda melapis je lahhhh....kat sini eda buh resepinya...Tuan punya resepi tak lain dan tak bukan...Puan Dayang lah ya!...Sorry Dayang, eda copy paste dr blog dayang...sbb malas nak taiplah...hehhehehe..tapi eda dah ubah mana yg eda tak buh...cthnya coklat...

Bahan-bahan:


10biji telur gred A
2gelas gula castor
1tin susu pekat cap junjung
16oz Golden Churn Butter
1sudu kecil esen vanilla
3gelas tepong hong kong
1 sudu besar cocoa powder van houten
1sudu brownning
1gelas horlicks
1 sudu besar ovellette



Cara-caranya:
Pukul telur berasingan hingga kembang
Pukul Mentega golden churn & gula castor,esen vanilla,ovelette hingga kembang
Masukan susu pekat pukul lagi
Satukan telur + butter tadi.
Masukan tepung hong kong sedikit demi sedikit sehingga habis.

panaskan oven,bahagikan kepada 2 bahagian
Bahagian 1 -Masukan horlicks sedikit demi sedikit kacau sebati

Bahagian 2 - Masukan brownning + cocoa powder

Masukan ke dalam loyang 8x8 bahagian putih dahulu 3sudu besar,bakar api atas sahaja.
selepas itu masukan bahagian cocoa 3sudu besar dan ratakan ,bakar .
selepas itu masukan 3sudu besar lagi bahagian putih.bakar lagi...Buatlah sehingga habis.

ROTI LAGIIIII!!!!




Hari tu eda wat Potato Bun dgn Mexico Bun...sodapppp!!!...nak resepi tengok post yg lepas ya!...

Thursday, June 12, 2008

DONUT BERSALUT COKLAT


Bahan-bahannya:
* 400 gm Tepung Roti
* 1 s/b Yis
* 20 gm Dough Softener
* 20 gm Susu tepung
* 60 gm Gula halus
40 gm marjerin
40 gm Shortening
250 ml Air
1 biji Telur - gred B
1 s/k garam


Cara-caranya:
  1. Campurkan semua bahan yg bertanda * kedlm mangkuk.Gaul sebati.
  2. Kemudian masukkan garam dan gaul lagi.
  3. Masukkan telur dan air, uli menggunakan mixer atau breadmaker.Kalau tak ada kedua2nya, uli dgn tangan pun boleh tapi ambil masa sikitlah.
  4. Selepas itu masukkan marjerin dan shortening.Uli lagi sehingga tak melekat ditangan.
  5. Rehatkan doh selama 15 minit @ sehingga naik sekali ganda.
  6. Kemudian bentukkan ngan acuan donut.Rehat sekali lagi sehingga naik.
  7. Selepas tu bolehlah digoreng dgn api yg sederhana.
  8. Bila dah sejuk bolehlah dicelup ke dalam coklat yg telah dicairkan ngan sedikit butter.Hiaslah mengikut kretiviti sendiri.

Tuesday, June 10, 2008

WAFFLE COKLAT



Resepi oleh AlongRoz....senang sangat nak membuatnya....Pada yg suka rasa coklat...inilah dia...betul kata Along, rasanya spt brownies...anak2 eda suka sangat!


Bahan-bahannya:

  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 62 gm butter
  • 3/4 cawan gula halus
  • 2 biji telur
  • 2 s/k esen vanila
  • 1 cawan tepung+ 1/2 s/k baking soda + 1/2 s/k garam
  • 1/2 cawan susu segar + 1 1/2 s/k cuka
Cara-caranya:
  1. Masukkan serbuk koko,butter dan gula dlm mangkuk...gaul hingga sebati.
  2. Masukkan telur satu2 dan sambil dipukul rata.Jgn lupa, masukkan esen vanila.
  3. Kemudian masukkan tepung berselang seli ngan susu.
  4. Pastikan wm dipanaskan terlebih dahulu.Dan bolehlah dibakar.

CAKEY BROWNIES



Resepi ni eda dapat dr MR ...oleh Mrsdayat,..selalu jugak eda buat...resepi ni eda copy paste jeee...malas nak taip...minta halal ya Mrsdayat!


Bahan-bahan ( loyang 4segi 10cm )

  • **ADUNAN COKLAT**1/2 cawan tepung
  • 3/4 cawan gula
  • 1/2 tsp baking powder
  • 1/2 tsp soda bikarbonat
  • 4 oz coklat masakan
  • 4 tbsp / 2 oz butter
  • 1 tbsp corn syrup (sy gune golden syrup.lgsg tanak gune pun xper)
  • 2 tsp vanilla
  • 1/4 cawan susu segar (panaskan skejap)
  • 2 biji telur grade A

  • 250g cream cheese
  • 60g gula
  • 1 biji telur grade A
  • 1/4 cwn tepung
  • 25ml air

Cara-cara

  1. Cairkan coklat masakan dan butter secara double boiler
  2. Pukul gula dan telur sampai agak kembang
  3. Masukkan pula vanilla, corn syrup, coklat,butter cair dan susu.
  4. last skali, masukkan tepung, bikarbonat dan baking powder.gaul sebati
  5. dalam mangkuk lain,pukul cream cheese+gula+air sampai kembang
  6. masukkan telur,pukul sebentar..kemudian masukkan tepung
  7. alaskan loyang dgn kertas minyak,masukkan semua adunan cream cheese.
  8. masukkan 1/4 dari adunan coklat ke dalam loyang.
  9. dgn menggunakan garfu,tarik2 sket atas adunan dlm loyang tu..jadik bentuk marble.kukus 15 minit
  10. masukkan baki adunan coklat..dan kukus 20 minit. edit:time kukus..balut tutup kukus ngan kain/tutup loyang ngan aluminium foil.pastu kukus ngan api besar
  11. bila dah siap,trbalikkan atas redai,biar yg cheese dok atas.adunan coklat tu mmg cantik.langsung takde 'bengkak2' =) **kat gambo tu..sj ltk bawah psl marble tak bape jadik.hehehhe**
  12. bila dh sejuk..potong bentuk 4 segi 2"..pastu bule di makan....**my advice:kalo nak kukus,better doublekan adunan coklat n layerkan(e.g coklat-cheese-coklat).kalo nak bakar..ikut je resepi ni..tp yg coklat dok bwh,cheese dok atas.pastu bakar dlm 1 masa..

Sunday, June 8, 2008

APAM DEWA


Kuih ni popular masa eda kecik2 dulu...Sekrg dah jarang eda tengok kat Trg...Mungkin generasi sekrg dah kurang minat ngan kuih2 camni...Rasa kuih ni sedap!...baunya pun harum....nak buatnya pun tak lah susah sangat...sama cam nak wat baulu...tapi eda dah tambah ovelete ngan baking powder...bg dia gebu lagi!...tak nak buh pun tak apa...janji kita pukul telur tu spt baulu...satu lagi , apam ni lagi sedap kalo kita wat ngan telur itik...eda wat ni pun guna telur itik...buh lah esen ros sikit utk bg naik wanginya...
Bahan-bahannya:
  • 5 biji telur itik - nak guna telur ayam pun tak apa
  • 250 gm gula halus
  • 200 gm tepung gandum
  • 1 s/k ovelete
  • 1 s/k baking powder
  • 1 s/k esen ros
  • sedikit pewarna merah jambu @ apa2 kalerlah ya!..
Cara-caranya:
  1. Pukul telur bersama gula hingga kembang.Masukkan ovelete & esen ros dan pukul lagi.
  2. Ayak tepung gandum bersama baking powder.Masukkan ke dalam adunan telur tadi...kacau rata.
  3. Bahagikan kepada 2 bahagian...satu dibubuh pewarna merah jambu dan satu lagi dibiarkan kaler asal.
  4. Masukkan ke dlm loyang yg telah disapu ngan planta.masukkan adunan berselang-seli.Dan kacau manja...agar nampak cantik...
  5. Lepas tu kukus dan jgn lupa penutup pengukus dialas kain agar air tak jatuh dipermukaan apam tersebut....

Saturday, June 7, 2008

Bengkang



Kuih ni pun eda tak dpt bg resepi...eda tak tahu lah...saja nak tunjuk kuih-muih tradisi Terengganu.

Apam Kuah




Apam ni eda makan masa balik Terengganu ari tu....resepinya eda tak dpt bg sbb eda beli apam ni...makan tahulah...tapi nak wat kuahnya eda tak belajar lagi...bila eda tahu resepinya..eda bg ya!

Thursday, June 5, 2008

Blog sedang dikemaskini...

Inilah akibat suka menggodek2...akhirnya hilang semua....eda sedang wat semula...sabar ya!!!

Tuesday, June 3, 2008

BERCUTI SEKETIKA...

Assalamualaikum ,..buat sementara waktu eda tak dapat update blog eda ngan masakan terkini...byk sangat tugasan yg harus eda laksanakan....insyAllah setelah sekolah dibuka semula...kita bersua kembali....eda sayang kamu semua!...muaaaahhhhhh....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails