Thursday, January 31, 2008

LABU MASAK LOMAK


Bahan-bahannya:
1/4 labu - sebiji labu dibolah 4
1 biji kelapa - diambil santan
1 helai daun kunyit
Garam & gula secukup rasa


Cara-caranya:
  1. Labu dipotong dadu.
  2. Masukkan santan ke dalam periuk berserta labu tadi.
  3. Masak dgn api yg perlahan.Kacau sehingga mendidih.
  4. Setelah mendidih, masukkan daun kunyit, garam dan gula secukup rasa.
  5. Setelah labu empuk bolehlah dipadamkan api.

Aisyah menang kaligrafi

Semalam aisyah menang dlm pertandingan kaligrafi cina....Dah 3 tahun berturut - turut dia menang...Tak sangka dia boleh menang.Eda tahu dia kalau tulisan cina memang dia suka.Affiq pulak tak menang apa-apa.Affiq ni lain sikit perangai dia.Dia kalau buat sesuatu mesti nak cepat siap...Tak kisahlah apa yg dia buat tu cantik atau tidak...Iyalah,perangai anak2 bukannya semua sama.Apa2 pun ,eda bangga dgn semua anak2 eda...

Monday, January 28, 2008

UDANG GORENG MENTEGA


Hari ni eda masak ringkas je...itupun puas fikir...apalah nak dimasak ari ni....Kebetulan dlm peti ais ada udang...nak masak sambal dah jomu,..nak masak lomak cili padi dah jomu gak...tanya hubby, mana tau kut2 dia ada idea...dia suruh wat udang mentega spt yg kami mkn kat restoran Mawilla , Labuan tempoh hari....alahai cik abang aku sorang ni...minta yg bukan2...apa lagi eda pun carilah dlm buku resepi mana tau ada kut...akhirnya terjumpa...tapi eda dah ubah sikitlah....sonang dan sodap....

Bahan- bahannya:
15 ekor udang sederhana
3 s/b butter
2 s/b susu cair
1/2 s/b rempah kari
2 ulas bwg putih - dicincang
10 helai daun kari
Garam - jika perlu


Cara-caranya:
  1. Bersihkan udang.Jgn dibuang kulitnya tapi dibelah belakang.Selepas itu goreng dan ketepikan.
  2. Tumis bwg putih menggunakan mentega sehingga kekuningan dan masukkan daun kari.
  3. Kemudian masukkan serbuk kari dan tumis sehingga naik minyak.Gunakan api yg perlahan.Masukkan udang yg telah digoreng dan susu cair.Kacau sehingga sebati dan padamkan api.Jika kurang masin bolehlah ditambah garam...Biasanya butter sudah masin...

IKAN BAUNG SALAI


Ikan baung ni eda salai ari tu...lupa nak lotak gambo kat sini...eda salai guna sabut....

Saturday, January 26, 2008

JOM JALAN - JALAN @ LABUAN
















TERUNG BELANDA


Ini pulak belanda...kalau kat trg nama terung ni terung pipit....biasanya org trg cicah ngan budu...dicelurlah dahulu...memang sodap....tapi org N9 ..lak wat campur dlm masakan....lebih2 lagi daging salai....mak mertua lalu belakang pun tak sedar...kalau lalu kat depan tu sedarlah agaknya...kkkiihhhh

Daun - daun utk masak tempoyak


Inila rupa daun2 tu...

MASAK SAMBAL TEMPOYAK


Masakan ni memang terkenal kat N9....Mula- mula eda duk N9, eda mula jatuh cinta ngan masakan ni....utk membuatnya taklah susah sangat....tapi mesti ada sikap kerajinan....ni yg suspen ni..hhheeee...Pucuk2 daun yg kita nak masak tu mesti dihiris spt nak wat bunga rampai....Biasanya pagi2 lagi eda dah mula hiris...iyalah senang sikit nak masak utk tongahari nanti... Jom kita tengok resepinya....Pucuk2 daun yg eda bgtau ni..mana yg eda konal je namanya....kalau tak silap eda ada 2 - 3 jenis lagi tapi eda tak tahu apa namanya....sorry ya!...walaupun tak lengkap...masih boleh dimakan lagi...hhheeee..
Bahan- bahannya:
* Sebatang serai
* 2-3 helai pucuk ubi keledek
* 2- 3 helai pucuk labu
* 1 helai daun kunyit
* 2-3 helai pucuk kadok
* segenggam pucuk ubi
2 papan petai - diambil buahnya...buah ke, biji haaa..?
1 inci kunyit hidup
20- 25 biji cili padi
1 @ 2 sudu besar tempoyak
1 biji kelapa - diambil santannya...yg pekat....kalau nak senang beli pati santan ( seringgit je)
Garam secukup rasa
1 keping asam gelugur - kalau dah masam tak payah buh lah....


Cara - caranya:
  1. Hiris semua bahan yg bertanda * .Kemudian tumbuk kunyit dan cili padi hingga lumat.
  2. Masukkan santan dan bhn yg ditumbuk tadi ke dlm kuali.Eda suka masak menggunakan kuali sbb senang nak mengacau.Lagipun eda perhatikan...org N9 suka masak guna kuali....itu yg terikut tu...
  3. Selepas itu masukkan daun2 dan petai yg telah dihiris.Masak dgn api yg perlahan.
  4. Setelah mendidih , masukkan tempoyak dan kacau.
  5. Jangan lupa masukkan garam dan asam keping jika perlu.
  6. Setelah daun2 tersebut masak...bolehlah dipadamkan api.
  7. Perlu diingatkan...lauk ini memang pekat....Sodap sangat.....

SUP KEPALA IKAN



Bahan-bahannya:
Kepala ikan - 1 ketullah ya!....dibelah 2 @ 4
* 3 biji bwg merah
* 2 ulas bwg putih
* 1 s/b lada hitam
1 s/b lobak masin
2-3 biji buah plum jeruk - ada jual kat pasaraya...
Garam secukup rasa
Bwg goreng
Daun bwg dan daun ketumbar- dihiris


Cara-caranya:
  1. Tumbuk bhn yg bertanda * .Kemudian tumis hingga terbit bau.
  2. Masukkan air, ikutlah nak byk mana ya!...lupa nak sukat tadi...hhheeee.
  3. Biarkan mendidih.Selepas itu masukkan ikan , lobak masin , garam dan buah plum tadi.
  4. Setelah ikan masak bolehlah dipadamkan api dan tabur daun bwg , daun ketumbar dan bwg goreng.

Friday, January 25, 2008

BUAH BACANG


Ini buah bacang muda yg telah siap dipotong...lupa nak snap yg belum dipotong tadi...hhheeeee

IKAN BAUNG MASAK LOMAK CILI PADI


Ini ikan baung yg dicampur buah bacang....bahan2 dan cara membuatnya sama spt membuat ikan baung bersama daun asam gelugur...best sangat...hubby dan anak2 cakaplah...sbb eda tak makan ikan sungai...tekak ni tak boleh nak terima...masak utk family bolehlah....

KERABU PEGAGA


Bahan-bahannya:
Seikat daun pegaga- dihiris ( dlm 1 inci pjgnya)
Sebatang bunga kantan- dihiris
Segenggam kelapa parut- digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan
5 - 6 biji cili padi
Ikan bilis - sikit je ( anggaran 2 sudu basarlah)
3 ulas bwg merah
1 biji limau nipis @ kasturi- diambil jusnya
Garam secukup rasa


Cara-caranya:
  1. Campurkan pegaga dan bunga kantan.
  2. Tumbuk cili padi , bwg merah dan ikan bilis.Tak payahlah lumat sangat...
  3. Masukkan kelapa parut yg telah digoreng kedlm kuali bersama bhn yg ditumbuk.Goreng seketika.Kemudian masukkan pegaga dan bunga kantan yg telah dicampur bersama tadi.
  4. Perah limau nipis dan masukkan garam.Jgn masak terlalu lama krn daun pegaga cepat layu.
  5. Setelah rasanya dah ok, bolehlah dipadamkan api.

Daun asam gelugur


Inilah rupa daun asam gelugur yg telah siap dihiris.Daun ni eda beli kat pasar tani.Eda beli yg telah siap dihiris ...senanglah sikit...balik rumah menyalai ikan jelah...

IKAN BAUNG MASAK LOMAK CILI PADI



Bahan-bahannya:
2 ekor ikan baung - dipotong dan disalai
20 - 25 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
1 biji kelapa - diambil santan dan asingkan santan pekat & santan cair
Garam secukup rasa
Daun asam gelugur - dihiris spt membuat bunga rampai


Cara-caranya:
  1. Ikan baung dicuci dgn limau nipis @ kasturi agar hilang bau hanyir.Kemudian ikan dipotong dan disalai dgn sabut atau arang.Setelah disalai, basuh ikan tersebut dgn air lalu.
  2. Tumbuk cili padi bersama kunyit hingga lumat.
  3. Masukkan santan cair ke dalam kuali ( guna kuali krn mudah utk mengacaunya).Masukkan juga bahan yg telah ditumbuk.
  4. Masukkan ikan yg telah disalai.Masak diatas api yg perlahan.Agar santan tidak pecah.
  5. Setelah mendidih, kacau perlahan2 supaya ikan tidak hancur.
  6. Kemudian masukkan santan pekat dan garam secukup rasa.Apabila mendidih, masukkan daun asam gelugur.Jangan masak terlalu lama.Setelah nampak layu sedikit , padamkan api.

Barang2 yg order dgn Yani...


Barang ni dah sampai semlm tapi eda tak ada kat umah....jadi eda terpaksalah gi collect kat pejabat pos pagi tadi...



Aqasha dgn basikal barunya


Monday, January 21, 2008

PENGAT LABU


Bahan-bahannya:
1/2 biji labu
1 biji kelapa - diambil santan secukupnya
1 keping gula melaka
1-2 helai daun pandan - disimpul
gula - bila perlu shj


Cara-caranya:
  1. Labu dibuang kulitnya dan dipotong kecil2.Biji yg melekat kat isi labu jgn dibuang, biarkan shj.Kalau tak buang lagi sedap pengat tu nanti.
  2. Masukkan labu yg telah dicuci dan dipotong ke dlm periuk yg berisi santan.
  3. Masukkan gula melaka dan daun pandan.
  4. Masak diatas api yg perlahan.Kacau seketika agar santan tidak pecah.
  5. Jika kurang manis bolehlah ditambahkan gula.
  6. Apabila telah masak bolehlah dipadamkan api.

PUCUK PAKU GORENG BELACAN


Bahan-bahannya:
Seikat pucuk paku
2 ulas bwg merah - ditumbuk
3 ulas bwg putih - ditumbuk
6 biji cili padi - ditumbuk
2 sudu besar ikan bilis @ udang kering - ditumbuk
2 inci belacan - ditumbuk bersama bhn diatas
1 biji Bwg besar - dipotong bulat
1 biji Cili merah - dipotong
1 s/k gula
Garam - jika perlu

Cara-caranya:
  1. Cuci pucuk paku yg telah dipotong dan toskan.
  2. Tumis bhn yg telah ditumbuk sehingga terbit bau.
  3. Masukkan gula dan garam.Kemudian masukkan pucuk paku , cili merah dan bwg besar.
  4. Goreng sebentar.Setelah masak bolehlah dipadamkan api.

IKAN SINGGANG


Bahan-bahannya:
1 ekor ikan aya / tonggkol - dipotong
2 inci kunyit hidup - dipotong
3 ulas bwg putih - dibelah 2
1 inci lengkuas
2 - 3 keping asam gelugur
garam secukup rasa
5 biji cili padi
4-5 cwn air

Cara-caranya:
  1. Ikan dibersihkan.Didihkan air dlm periuk.
  2. Kemudian masukkan kunyit , bwg putih , lengkuas dan asam keping.Biarkan mendidih.
  3. Selepas itu masukkan ikan aya dan garam secukup rasa.Jika suka bolehlah dimasukkan ajinomoto..Lagi sedap.
  4. Jangan lupa masukkan cili padi.Setelah masak bolehlah dipadamkan api.

Saturday, January 19, 2008

CINNAMON ROLL


Bahan-bahannya:(ini resepi eda sendiri...)
* 400 gm Tepung Roti
* 1 s/b Yis
* 20 gm Bread Improver
* 20 gm Susu tepung
* 60 gm Gula halus
40 gm marjerin
40 gm Shortening
250 ml Air
1 biji Telur - gred B
1 s/k garam

Bahan-bahan : Utk filling ( yg ini eda ambil dr resepi YANI )
3 sudu kecil cinnamon powder
60 gm gula perang
20 gm butter - suhu bilik ( eda tambah kpd 40 gm)

## Campurkan kesemua bhn diatas sehingga sebati.


Bahan- bahan: Utk icing ( yg ni eda ambil resepi YANI jugak )
50 gm cream cheese - suhu bilik
20 gm butter - suhu bilik
70 gm gula icing - kalau resepi asal 100 gm tapi eda kurangkan sbb manis sangat...
secubit garam- eda tak bubuh sbb eda guna butter cup , dah masin pun...
Beberapa titik esen vanila

## Putarkan kesemua bhn diatas sehingga kembang.


Cara-caranya:
  1. Campurkan semua bahan yg bertanda * kedlm mangkuk.Gaul sebati.
  2. Kemudian masukkan garam dan gaul lagi.
  3. Masukkan telur dan air, uli menggunakan mixer atau breadmaker.Kalau tak ada kedua2nya, uli dgn tangan pun boleh tapi ambil masa sikitlah.
  4. Selepas itu masukkan marjerin dan shortening.Uli lagi sehingga tak melekat ditangan.
  5. Rehatkan doh selama 15 minit.
  6. Kemudian uli lagi dan bahagikan kepada 2 bahagian.Ambil satu bahagian, canai sehingga menjadi empat bentuk sama.Sapukan filling diatasnya.Kemudian gulung dan dipotong.
  7. Letakkan diatas loyang yg telah disapu marjerin.Tutup dgn kain dan biarkan doh naik sekali ganda.
  8. Selepas itu bakar selama 15 minit pd suhu 190 darjah.
  9. Setelah roti masak bolehlah letak aising diatasnya.Letak ketika masih panas.

Daging yg telah disalai...


Inilah rupa daging yg disalai...eda salai dgn sabut...baunya wangi sikit...

DAGING SALAI LOMAK CILI PADI


Bahan-bahannya:
500 gm daging - disalai
20 - 25 biji cili padi - kalau nak pedas, tambahlah lagi..
1 inci kunyit hidup
Sebatang serai - dititik
1 - 2 keping asam gelugur
1 biji kelapa - diambil santan , jgn lupa asingkan santan pekat dan cair.
Garam secukup rasa
Terung pipit ( org N9 panggil terung belanda) , buah bacang , terung telunjuk , pucuk ubi - sebagai campuran

Cara-caranya:
  1. Hiris daging yg telah disalai.Cuci dan toskan.
  2. Kemudian tumbuk cili padi bersama kunyit hingga lumat.
  3. Masukkan daging yg telah dihiris kedlm kuali dan keringkan air yg keluar dr daging dgn api yg perlahan.
  4. Setelah itu masukkan santan cair bersama bhn yg ditumbuk tadi kedlm kuali yg berisi daging.
  5. Jgn lupa masukkan serai.Kacau supaya santan tidak pecah minyak.Masukkan asam gelugur dan garam secukup rasa.
  6. Setelah mendidih masukkan bahan campuran.Biarkan seketika sambil dikacau.
  7. Kemudian masukkan santan pekat.Setelah mendidih bolehlah dipadamkan api.

Friday, January 18, 2008

Tayangan Perdana.....hheeeheee

Cuti sekolah bulan Disember baru2 ni eda pergi Labuan...Masa tu hubby eda keje kat Labuan...Seronok dpt bercuti kat sana.Sampaikan anak2 tak nak balik..Memang tenang sangat...Nak cari mkn pun tak susah...Makanan laut diorg memang segar...Sempat jugaklah eda shopping pearl dan crystal...Murah sangat...
Eda beli utk diri-sendiri dan utk aisyah...Kristal yg merah tu harganya RM40..,kristal love jernih tu RM40 ( yg ni aisyah punya..)..,kaler hitam tu RM40..,yg akhir sekali tu kaler jernih gak tapi potongan berlian ( eda sayang sangat ni..hhhee) RM80...Semuanya diikat dgn suasa...
Disebabkan rambang mata, eda pun beli jugaklah gelang pearl dua dan rantai mutiara satu...tak boleh beli byk2 sbb eda dah ada sblm ni...hubby selalu gi sabah so eda kirim je lah kat dia...Gelang pearl yg besar tu RM20...,yg kat tongah tu RM15 je...rantai tu pulak RM40...
Disebabkan kita ni pompuan...tak boleh tengok benda2 cantik ni, eda beli jugaklah cincin sebentuk ( tak tahulah bila nak pakai...) Reganya RM15...Anting2 pun eda beli..Harganya RM15 satu...Dan tak lupa jugak loket...barulah lengkap perhiasan diri...hheee...melayang lagi duit hubby...hhhaaaaa....Loket bentuk anggur dan kaler pink tu RM10...Yang ada tertulis huruf ( huruf E,..masa snap gambo tadi terbaliklah pulak..)..reganya RM40...Jurujual tu kata mahal sbb kristal...Diikat dgn suasa,tak berkaratlah...

Saja nak citer...


Petang semlm eda buat waffle.Dah lama nak cuba buat tapi masa tak mengizinkan....Kebetulan anak2 nak mkn waffle, apa lagi eda tunjuklah ke'terror'an...kkiiiihhhh....Nasib baik jadi...sama gak lah dgn yg kat kedai tu....Anak2 dgn hb siap bg markah lagi...hhheee....Potang nanti nak buat lagi...Nampaknya ni minggu waffle leee...

Waffle




Resepi ni eda amik dr Myr...ALONGROZ punya...Terima kasih pd tuan punya sbb berkongsi resepi ni pada kami kat Myr...Memang best dan mudah...Betul Along cakap, budak2 pun leh wat...Kalo tak percaya, cubalah...Tak menghampakan!..ni eda main copy paste jerrr....

Bahan-bahannya:

* 2 biji Telur
* 3/4 cwn Susu segar
* 2 tbsp Minyak sayur
* 1 cwn Tepung
* 1 1/2 tsp Baking powder
* 1 1/2 tsp Gula
* 1/2 tsp Garam

Cara-caranya:

1. Panaskan electric waffle maker.
2. Pukul telur sehingga berbuih sedikit. Campurkan susu & kesemua bahan2 lain. Campurkan sehingga sebati.
3. Tuangkan ke dlm waffle maker & tutup sehingga masak (waffle maker ada mcm2 brand, jadi ikut arahan memasak spt tertera dlm manual waffle maker anda). Tips - jgn tuang adunan terlalu sedikit nanti tak nampak pattern ataupun jika terlalu byk adunan, ia akan melempah & bentuk puun kurang menarik.
4.Hidangkan dgn topping kegemaran anda seperti madu, maple syrup, icrecream atau jem.

Anak-anakku



Wednesday, January 16, 2008

PUDING SAGU BERMANGGA


Bahan-bahannya:
1 cawan biji sagu - yg kaler putih
4 - 5 cawan air
1 biji kelapa - dimbil santan
1 keping gula melaka - dicairkan dgn 1 cwn air
1 helai daun pandan - disimpul
1 s/k garam
sedikit pewarna hijau- ikut citarasa sendiri
Mangga - dihiris


Cara-caranya:
  1. Biji sagu direbus dgn 4 @ 5 cwn air dan sedikit pewarna.Slps betul2 kembang, cuci biji sagu sehingga hilang kanjinya.
  2. Kemudian masukkan biji sagu ke dlm acuan kecil2.Masukkan dlm peti ais sehingga betul2 sejuk.
  3. Sementara itu , masakkan santan bersama 1 s/k garam.Masukkan daun pandan yg telah disimpul.Sentiasa kacau supaya santan tersebut tidak pecah minyak.Setelah mendidih bolehlah dipadamkan api.
  4. Kemudian cairkan gula melaka dgn secwn air diatas api yg sederhana.Biarkan sehingga gula melaka cair.Padamkan api.
  5. Keluarkan biji sagu dr acuan.Bolehlah dimakan bersama santan , gula melaka dan hirisan mangga.

LAUK TENGAHARI

MUFFIN PISANG


Bahan-bahannya:
150 ml minyak masak
150 ml susu segar
150 gm gula halus
2 biji telur - gred B
Sedikit esen pisang - tak nak bubuh pun tak apa
250 gm tepung gandum
1 s/k baking powder
4- 5 biji pisang - dilecek
Coklat Chips

Cara-caranya:
  1. Campurkan minyak bersama susu segar, gula ,telur dan esen.Kacau hingga sebati.
  2. Masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak bersama.Kacau rata.
  3. Masukkan pisang yg telah dilecek dan kacau.
  4. Letak paper cup di dlm acuan muffin.
  5. Taburkan coklat chip diatasnya.Bakar selama 20 minit sehingga masak pd suhu 190 darjah.

PUTERI AYU & APAM BERINTI KELAPA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails