Monday, November 17, 2008

MUFIN PANDAN

Mufin ni eda buat hari khamis baru2 ni...buat utk aqasha...kat tadika dia adakan jamuan...puas fikir nak bawak apa....terfikir nak buat mufin ni...malas nak buat kek....asyik2 kek je...jemu lak eda dibuatnya...buat lak sekrg ni penyakit M dtg melanda diri ni...hehheeh

Resepi : YANI Myresepi

Bahan-bahan :

  • 90g butter
  • 70g gula halus
  • 1 biji telur
  • 40ml susu segar
  • sedikit vanila esen
  • 110g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil pandan emulco

Cara-cara

  1. Pukul butter sehingga lembut. Kemudian masukkan gula,pukul sehingga putih.
  2. Masukkan telur sikit demi sedikit. Pukul sehingga semuanya sebati.(sebelum masukkan telur ke dalam adunan,pukul dulu sikit telur tu dengan garfu. Tak perlu kembang). Kemudian masukkan esen vanila. Pukul lagi sehingga sekata.
  3. Masukkan pula tepung yg telah diayak dengan baking powder ke dalam no.2 sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali berselang seli dgn susu segar sambil di kacau. (tepung-susu-tepung-susu-tepung)
  4. Bahagikan adunan kepada 2. Ambik satu bahagian adunan, masukkan pandan emulco dan kacau sehingga sebati.
  5. Isikan cup muffin dengan dua adunan yang berlainan itu. Bakar selama 25-30minit dengan suhu 180C.
  6. siap utk dimakan

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails