Wednesday, October 15, 2008

Sarok @ Solok Lada



Resepi pertama selepas raya...eda wat ni masa eda kat kampung ari tu ( Trg)...dah lama eda tak makan sarok lada ni....kalo makan ngan nasi kerabu lagilah sedappppp!!!....tak susah membuatnya...bahan2 nak membuatnya taklah susah nak cari...cuma cili hijau yg jenis eda guna ni susah sikit nak dpt kat N9.....sblm ni ada gak eda cari kat pasar besar seremban tapi tak ada lah..yg ada cili hijau biasa...yg jenis ni kurang sedaplah...lagi satu kocik sikit....tapi kalo dah tak ada tu...buat je lah yg cili hijau tuuu...

Bahan-bahannya:

  • 4-5 ekor ikan selayang - diambil isinya...kalo tak ada ikan ni, ikan kembung pun boleh
  • segenggam kelapa parut
  • Cili hijau- tak kisahlah berapa biji...kalo nak wat byk....belilah lebih sikit..
  • 1-2 inci halia
  • 2-3 ulas bawang merah
  • garam secukup rasa
Cara-caranya:
  1. Bersihkan ikan dan asingkan isi ikan dan tulangnya.Slps tu , campurkan isi ikan bersama kelapa parut.Kemudian ditumbuk hingga lumat.
  2. Tumbuk bwg merah dan halia.
  3. Gaul sebati no.1 & no.2...jgn lupa masukkan garam..
  4. Belah cili hijau tadi...jgn sampai putus ya!
  5. Sumbat bahan yg telah digaul tadi....lepas tu kukus hingga masak...lebih kurang 20 minit..

4 comments:

suara said...

Salam Eda...
Solok lada. Su mmg suka. Sedap sangat kalau makan dgn nasi kerabu. Tapi su tak penah try masak. Maybe satu hari nanti su akan try gak.

Nor Suraida Yahya said...

salam su...memang best solok lada ni...kena cuba tau!...tak susah nak buatnya...

Mat Gebu said...

salam eda...eh, cili ijau tu cantik lah, saiz dia besar2 kan...ini boleh makan dengan nasi kerabu kan....mmm mcm menggodaa jeee...

Nor Suraida Yahya said...

salam cmg....aaaa cili tu memang bosar saiznya...susah nak dpt tu...kat pantai timur je leh cari...itu pun tengok musim gak....kalo nak wat ngan cili biasa leh gak...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails