Wednesday, October 29, 2008

KEK MARBLE CHEESE COKLAT


Dari buku resepi yg eda simpan sekian lama...tak susah nak membuatnya...

Bahan-bahannya:
Bahan A:
  • 90 gm butter
  • 10 gm Serbuk koko
  • 85 gm gula kastor
  • 2 biji telur gred B
  • 60 gm Tepung naik sendiri
  • 1/2 s/k baking powder
Bahan B:
  • 125 gm cream cheese
  • 30 gm gula kastor
  • 1/2 s/k esen vanila
  • 1 biji telur gred B
Cara-caranya:
  1. Utk bahan A: pukul butter ngan gula , tak payahlah kembang sangat.Masukkan telur satu persatu.
  2. Masukkan tepung yg diayak bersama sebuk koko & baking powder.Kaup balik.
  3. Kemudian tuangkan adunan ke dlm loyang yg telah dialas ngan kertas minyak.
  4. Utk bhn B :Pukul cream cheese dan gula hingga kembang.
  5. Masukkan telur dan esen...pukul lagi sehingga betul2 kembang dan gebu ( eda buat tak lah gebu sangat...jadi jugak)
  6. Tuangkan keatas adunan coklat tadi dan marblekan ia.....eda wat tak berapa nak marble...tapi sodapppp!!!
  7. Tutup ngan aluminium foil dan kukus selama 1 jam...
PERINGATAN: Ketika sedang mengukus jgn pandai2 nak kecilkan @ besarkan api...kalo tak permukaan kek tak cantik...bergelombang, tak pun mcm rupa bulan...heheheh...ni dr pengalaman yg lalu dan sekrg..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails