Thursday, September 11, 2008

Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Padi



2 hari lepas eda masak cendawan kukur...best sesangat..rasanya tak dpt nak cakap...kena cuba sendiri...resepinya bila eda senang, eda buh kat sini ya!...tak susah mana pun...pejam mata boleh buat...


Bahan-bahannya:

  • 2 cwn cendawan kukur
  • sebiji kelapa-diambil santan( nak pekat ya!)
  • segenggam cili padi
  • 1 inci kunyit hidup
  • sedikit ikan bilis
  • pucuk ubi @ terung telunjuk
  • garam secukp rasa
  • 2 keping asam gelugur
Cara-caranya:
  1. Cuci cendawan dan rendam ngan air yg bercampur garam seketika.
  2. Tumbuk cli padi ngan kunyit hingga lumat.
  3. Perah kelapa dan amik semangkuk santan je...jgn cair sangat...tak best.
  4. Masukkan cendawan yg telah ditoskan bersama bhn tumbuk ke dlm kuali @ periuk...masukkan santan.
  5. Masak diatas api yg perlahan..dan kacau.
  6. jgn lupa masukan asam keping, garam & ikan bilis.
  7. apabila dah mendidih masukkan pucuk ubi.kacau seketika dan bolehlah dipadamkan api.

4 comments:

IdzaRis said...

pergh...
nampak sedap giles!!!
terliur den...

dZana said...

lama tak mkn cendawan ni.. ingat masa kecik2 dulu..collect kat kebun getah..main pondok2 pun msk cendawan ni gak.. hehe..buat aku tersenyum sendiri..

Nor Suraida Yahya said...

patutlah banjir umah eda ni..rupa2nya air liur idzaris meleleh..hehhehe...meh kita mkn sama2...

Nor Suraida Yahya said...

alahai kesiannya kat dzana....dah lama rupanya x mkn cendawan kukur ni...jom kita gi kutip kat kebun getah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails