Saturday, July 12, 2008

KEK LAPIS STRAWBERI PANDAN


Bahan-bahannya:
  • 250 gm butter
  • 120 gm Gula halus
  • 6 biji telur
  • 120 gm Tepung Hong kong
  • 1/2 s/b ovelete
  • 100 gm jem strawberi
  • 150 gm kaya
  • 1 peket serbuk santan
  • pewarna merah jambu , hijau , kuning

Cara-caranya:

  1. Pukul butter dan gula hingga ringan.Masukkan telur satu persatu...pukul rata setiap kali telur dimasukkan.
  2. Masukkan ovelete dan pukul lagi.Masukkan tepung dan gaul rata.
  3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.Satu bahagian dicampurkan jem strawberi dan pewarna merah jambu.
  4. Bahagian 2 dicampurkan kaya dan pewarna kuning.Bahagian 3 dicampurkan serbuk santan dan pewarna hijau.
  5. Alas dasar loyang 7" x 7" dgn kertas minyak yg disapu marjerin.Masukkan 3 sudu besar adunan merah jambu dan bakar sehingga permukaan coklat muda.
  6. Kemudian masukkan 3 sudu besar adunan kuning bakar .Selepas itu masukkan 3 sudu besar adunan hijau dan bakar.
  7. Bakarlah selapis demi selapis sehingga habis.

1 comment:

Cik Puan Kesum said...

salam kak eda

lamanya menyepi dr berblog..lama tak nmpk ur masakan.busy ke holiday?

eh ur kek lapis mengancam betul..dh mcm tauke kek da..pasni leh ambik order raya-bhgian n9,sure kencang mixer kak eda menari2.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails