Friday, June 13, 2008

KEK LAPIS COKLAT HORLICKS



Kek lapis ni eda wat pagi tadi...ada org order semalam...so minggu ni eda melapis je lahhhh....kat sini eda buh resepinya...Tuan punya resepi tak lain dan tak bukan...Puan Dayang lah ya!...Sorry Dayang, eda copy paste dr blog dayang...sbb malas nak taiplah...hehhehehe..tapi eda dah ubah mana yg eda tak buh...cthnya coklat...

Bahan-bahan:


10biji telur gred A
2gelas gula castor
1tin susu pekat cap junjung
16oz Golden Churn Butter
1sudu kecil esen vanilla
3gelas tepong hong kong
1 sudu besar cocoa powder van houten
1sudu brownning
1gelas horlicks
1 sudu besar ovellette



Cara-caranya:
Pukul telur berasingan hingga kembang
Pukul Mentega golden churn & gula castor,esen vanilla,ovelette hingga kembang
Masukan susu pekat pukul lagi
Satukan telur + butter tadi.
Masukan tepung hong kong sedikit demi sedikit sehingga habis.

panaskan oven,bahagikan kepada 2 bahagian
Bahagian 1 -Masukan horlicks sedikit demi sedikit kacau sebati

Bahagian 2 - Masukan brownning + cocoa powder

Masukan ke dalam loyang 8x8 bahagian putih dahulu 3sudu besar,bakar api atas sahaja.
selepas itu masukan bahagian cocoa 3sudu besar dan ratakan ,bakar .
selepas itu masukan 3sudu besar lagi bahagian putih.bakar lagi...Buatlah sehingga habis.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails