Sunday, June 22, 2008

FRUIT JELLY


Resepi oleh PUAN YANI ....memang ada kelainan sikit...sbb jellynya kita isi dlm kulit oren...comel dan kreatiflah!...kalo nak tahu, Yani ni byk resepinya eda dah cuba...setakat ni semuanya menjadi...tak menghampakanlah...spt biasa eda copy paste je dr MR...malas lagiiiiii!!!


Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 biji limau- large size ( eda wat buah oren)
  • 4g serbuk agar-agar
  • 500ml air + jus limau
  • 50g gula
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Potong bahagian atas limau. Dengan kedua belah tangan, picit sedikit untuk keluarkan jusnya. Kemudian tarik keluar isi dengan tangan.
  2. Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya.
  3. Masukkan air dan jus limau, agar-agar, gula dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
  4. Tuangkan ke dalam kulit limau tadi. Biarkan sejuk dan jelly keras. ( Kalau guna limau pastikan kulitnya tu tebal)
  5. Grapefruit jelly
  6. Kalau guna oren buatlah 4 biji. Mungkin susah sikit nak keluarkan isi oren berbanding dengan limau.

2 comments:

yasmin said...

Rajin nye Eda.. cute.

Nor Suraida Yahya said...

buat2 rajin lah kak min...kkkiiihhhh...lagipun nak habiskan stok serbuk agar2...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails