Thursday, June 12, 2008

DONUT BERSALUT COKLAT


Bahan-bahannya:
* 400 gm Tepung Roti
* 1 s/b Yis
* 20 gm Dough Softener
* 20 gm Susu tepung
* 60 gm Gula halus
40 gm marjerin
40 gm Shortening
250 ml Air
1 biji Telur - gred B
1 s/k garam


Cara-caranya:
  1. Campurkan semua bahan yg bertanda * kedlm mangkuk.Gaul sebati.
  2. Kemudian masukkan garam dan gaul lagi.
  3. Masukkan telur dan air, uli menggunakan mixer atau breadmaker.Kalau tak ada kedua2nya, uli dgn tangan pun boleh tapi ambil masa sikitlah.
  4. Selepas itu masukkan marjerin dan shortening.Uli lagi sehingga tak melekat ditangan.
  5. Rehatkan doh selama 15 minit @ sehingga naik sekali ganda.
  6. Kemudian bentukkan ngan acuan donut.Rehat sekali lagi sehingga naik.
  7. Selepas tu bolehlah digoreng dgn api yg sederhana.
  8. Bila dah sejuk bolehlah dicelup ke dalam coklat yg telah dicairkan ngan sedikit butter.Hiaslah mengikut kretiviti sendiri.

2 comments:

MamaFaMi said...

Yummy yummy!

Nor Suraida Yahya said...

kat umah mamafami apa kurangnya....hhehhhe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails