Tuesday, April 8, 2008

PAI KENTANG DAGING




Asyik gambo dan resepi kek lapis jerrr...jemu gak kan!...Jadi kita layan Pai Kentang Daging pulak...Dah lama eda buat ni,tapi x ada masa nak buh kat sini...Sedang belek2 gambo tadi, terjumpalah gambo ni...Tapi eda lupa dr mana eda amik resepi ni...tapi tak kisahlah...janji dpt ngaappppp!...

Bahan-bahannya:
5 biji kentang - direbus hingga empuk
2-3 sudu besar butter
200 gm daging cincang
50 gm sayur campur
1 s/b kicap
sedikit tpg gandum
1 labu bwg besar - dicincang
1 s/b lada sulah
3 ulas bwg putih - dicincang
garam & gula secukup rasa
Cheese - diparut


Cara-caranya:
  1. Lecek kentang yg telah direbus tadi bersama butter dan tpg gandum.Gaul hingga sebati dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bwg besar dan putih hingga kekuningan.Masukkan lada sulah dan daging cincang.Gaul rata.
  3. Tuangkan kicap, garam dan sedikit gula.Kacau lagi sehingga daging masak.Kemudian masukkan sayur campur.Setelah masak padamkan api.
  4. Ambil mangkuk tahan panas atau loyang, masukkan sedikit kentang lecek dan ratakan.
  5. Kemudian masukkan bhn yg telah dimasak tadi keatas kentang lecek.
  6. Dan tutupkan bahagian atasnya dgn lebihan kentang lecek tadi dan tabur ngan chesdale yg diparut.Bolehlah dibakar pada suhu 200 degree selama sejam setengah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails