Sunday, April 20, 2008

KEK KEJU RINGAN ( Mini Cheese Cake )


Eda buat ni 2 hari lepas...sedap sesangat dan mudah...ok! eda lotak resepinya kat sini...


Bahan-bahannya:

  • 300 gm Cream Cheese
  • 150 ml Susu Segar
  • 50 gm Gula aising - diayak
  • 3 biji Telur - diasingkan kuning dan putih
  • 30 gm Tepung jagung
  • 90 gm Gula aising

Cara-caranya:
  1. Panaskan cream cheese, susu segar dan 50 gm gula aising secara double boiler.Kacau hingga sebati.
  2. Setelah sebati, padamkan api dan keluarkan dr periuk yg berisi air panas dan masukkan telur kuning sambil dikacau.
  3. Kemudian tambahkan tepung jagung dan kacau sebati.
  4. Setelah itu pukul putih telur ngan 90 gm gula aising.Pukul hingga bertanduk.
  5. Selepas itu masukkan putih telur yg dipukul ke dalam adunan cream cheese tadi.Dan kacau dgn cara kaup balik.
  6. Bakar pd suhu 180 degree sehingga permukaan atasnya kekuning2an.
  7. Bakar dgn mengisi air panas dlm loyang besar...barulah diletakkan acuan yg berisi adunan tadi...cara double boiler gak lah....

4 comments:

CtNik said...

eda,

nk resipi eda...cantik giler cake nih

Nor Suraida Yahya said...

ctnik...eda dah letak resepi kat situ...pastikan telur putih dipukul sampai bertanduk ya!

Dianne said...

eda,sedap nyer,byk tu ajer ke? ari tu eda wat,dyg gi secret recipe bli ciskek.takot kempunan,ceh mcm org pegnan plak!

CtNik said...

oo mcm buat souffle ciskek ke?tq yek eda,nanti ada masa kita buat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails