Sunday, April 13, 2008

BUN MANIS


Bahan-bahannya:
600 gm Tepung Roti
100 gm gula halus
10 gm garam
20 gm susu tepung
20 gm yis kering
5 gm Bread improver - eda tak buh ni sbb ada sumber mengatakan diragui ke'halal'annya..
ganti ngan baking powder.
1 biji telur
300 ml air sejuk
80 gm marjerin @ shortening

Cara-caranya:
  1. Campurkan kesemua bhn kering kecuali garam.Gaul hingga rata.
  2. Kemudian masukkan garam, telur dan air.Uli sehingga rata.Selepas itu masukkan shortening.Uli lagi.
  3. Setelah doh siap diuli, bahagikan doh kecil2....lebih kurang 50 gm @ 60 gm setiap satu.
  4. Kemudian perap seketika.Apabila doh naik sekali ganda, bentukkan apa saja...ikut kreativiti sendiri...eda bulat2 kan jeee...
  5. Selepas itu perap sekali lagi sehingga naik.
  6. Setelah doh naik, bolehlah dibakar pd suhu 180 degree selama 15 minit @ sehingga masak.
  7. Setelah masak, bolehlah disapukan butter kat atasnya.

8 comments:

Dianne said...

sedapppp ooo,mtk ler ckit,dyg dah lap air liur nihhh

Mat Gebu said...

ala...ala...ala...tembamnyaaaa!!!, mcm montot baby kan..ahakss!!!

Nor Suraida Yahya said...

Dyg meh umah eda ni...kita mkn cama2...tapi dah habis lah....hahhahaha..nanti eda wat lagi...

Nor Suraida Yahya said...

Cik mat, montot baby tak apa....jgn montot mak baby cukuplah....tak sanggup rasanya....hahahahahah...gurau jeeee

KakLeen said...

Berkilau-kilau Bun Manis Mu Itu....Sedapnya Kalau Minum Dg Kopi O Panas.........Yummmmm Yummmmm

Nor Suraida Yahya said...

memang best kakleen...sekejap jee habis..sekrg kan tpg dan rega roti naik...terpaksalah wat sendiri ...heheee

Yani said...

hamba dtg ke mari ni dgn hajat yg besar.. nak minta serba sikit ler makanan yg ada kat umah ni.. keskeskes..

Nor Suraida Yahya said...

yani....cam zaman dulu2 lah pulak ayat tu!!...kkkiihhhh...silakanlah tuan hamba menjamu mata...hahahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails