Tuesday, March 25, 2008

KUIH SOPANG ( SEPANG )






Kuih sopang ni tak susah nak membuatnya, teramatlah mudah...Tak payah sukat-menyukat pun...main campak2 je...bila adunannya dah jadi spt adunan onde2...bulat2kannya dan masukkan inti, lepas tu bujurkan...jadilahhhh.Kuih ni adalah kegemaran hubby eda...Dia dah mula membebel,...asyik kuih moden jeee...Tu yg eda wat jugak...nantikan merajuk, susah eda nak memujuknya....keh keh....kehkkeehhh
Kat bwh ni eda sertakan resepinya...

Bahan-bahannya:

3 biji pisang - ikutlah pisang apa2 pun ( dilenyek )
Santan pekat - guna setakat kita nak menguli
Tepung pulut - secukupnya ( ari tu eda guna dlm 1 1/2 cwn)
1 s/k garam
Inti kelapa - sila rujuk resepi kat kuih koci


Cara-caranya:

  1. Campurkan pisang yg telah dilenyek bersama tepung pulut.Gaul sebati.
  2. Kemudian masukkan santan sedikit demi sedikit.Jgn byk2, nantikan lembiklah..Bila dah jadi spt kita buat onde2 tu, stoplah dr menambah tepung dan santan tadi.
  3. Jgn lupa buh garam masa mengaul ya!
  4. Slps itu bulatkan kecil2 dan masukkan inti kelapa.Kemudian buat bentuk bujur.
  5. Bila dah selesai proses membujur, goreng dgn api yg perlahan.Kalau tak , hanguslah jadinya....Dan isi dlm pun tak masak....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails