Saturday, March 22, 2008

KELADI MASAK TEMPOYAK


Lagi rosopi N9...memang sodaplaahhhh......rugi tak cuba!

Bahan-bahannya:

Seikat sulur keladi berserta ubinya
Santan - diambil dr sebijik kelapa
2 sudu tempoyak
20 - 25 biji cili padi - kalo nak pedas , tambah lagi
2 inci kunyit hidup
3 keping asam keping/gelugur
Segenggam ikan bilis
Garam secukup rasa


Cara-caranya:
  1. Sulur keladi dan ubinya disiang serta dicelur berserta asam keping hingga masak .Setelah masak toskan.
  2. Tumbuk cili padi dan kunyit hidup hingga hancur.
  3. Kemudian masukkan bhn yg ditumbuk ke dalam periuk yg berisi santan.Masukkan jugak keladi yg telah dicelur tadi.
  4. Jgn lupa masukkan jugak ikan bilis.
  5. Masak dgn api yg perlahan sehingga mendidih.
  6. Ambil sedikit kuahnya dah dicampur ngan tempoyak.Gaul hingga sebati.Kemudian masukkan kedalam periuk tadi.Kacau perlahan.
  7. Masukkan garam.
TIPS:
  • Jika rasanya kurang manis dan masam...bolehlah ditambah sedikit gula dan sekeping asam keping

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails