Thursday, March 27, 2008

IKAN BAKAR ' STAIL TERENGGANU '





Disebabkan dah lama tak buat ikan bakar ....So eda watlah hari ni...Lagipun terliur bila gi blog SITI...Itu yg tiba2 rajin pulak nak membuatnya..Resepi ni memang biasa org trg membuatnya...Tak susah....senang sesangat!!! Ingat sebelum nak makan tu, perah limau nipis @ limau kasturi....Barulah sodapppp....Cicah ngan air asam @ kicap yg dibuh bwg merah dan cili padi...Pasti terangkatttt!!!

Bahan-bahannya:

Seekor ikan Selar - saiz besar
# Segenggam cili kering
# 2 biji bwg besar-nak guna bwg merah pun boleh
# 4 ulas bwg putih
# 2-3 btg serai
Asam jawa - secukup rasalahh
1/2 keping gula melaka
1/2 s/b cuka
Gula & garam secukup rasa
Daun pisang
Aluminium Foil


Cara-caranya:


  1. Ikan dipotong dua.Sementara itu kisar bhn yg bertanda ' # '.Kemudian tumis bhn kisar tersebut.Masukkan air asam jawa, gula melaka,cuka,gula dan garam.Tumis sehingga masak.
  2. Setelah masak lumurkan pd ikan.Dan bungkus ngan daun pisang dan aluminium.slps itu bakarlah sehingga masak.

1 comment:

MAK TEH said...

eda,dlm rempah ikan bakar ni,cuba eda mesin sekali ngan daun kesum,lagi ummph tau...at last makteh jumpa blog masakan org ganu..makteh org ganu..lamanya dok bloghop cari org senegeri..baru hari ni jumpa..aslmkum

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails