Sunday, February 3, 2008

RENDANG AYAM


Bahan-bahannya:
1 ekor ayam - dipotong kecil2
* 4 ulas bwg putih
* 5 ulas bwg merah
* 3 cm halia
* 3 cm lengkuas
* 3 cm kunyit hidup
* Segenggam lada kering
* 20 biji cili padi
* 1 s/b lada hitam
1 s/b kerisik
Kulit kayu manis , bunga lawang , cengkih
2 biji kelapa - ambil satu mangkuk santan pekat
Garam & gula secukup rasa
2-3 keping asam gelugur
1 helai daun kunyit - dihiris
4-5 helai daun limau purut - dihiris



Cara-caranya:
  1. Kisar bahan yg bertanda * hingga lumat.
  2. Panaskan minyak.Tumiskan bunga lawang, cengkih dan kulit kayu manis hingga naik bau.
  3. Masukkan semua bahan yg telah dikisar sehingga setengah garing.Kemudian masukkan ayam dan kerisik.Masak hingga terbit minyak.
  4. Setelah itu, masukkan santan pekat, garam ,gula dan asam gelugur.
  5. Tunggu sehingga ayam betul-betul masak barulah dimasukka daun kunyit dan daun limau purut.Selepas 5 minit bolehhlah diangkat dari atas dapur.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails