Wednesday, February 20, 2008

NASI DAGANG & GULAI IKAN TONGKOL


Bahan- bahan: ( utk nasi dagang)

1 kg beras siam wangi
200 gm beras pulut
1 1/2 cawan santan pekat
1 1/2 cawan santan cair
2 s/b halba
2 inci halia - dihiris halus & memanjang
4 biji bwg merah - dimayang halus
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
  1. Campurkan beras siam dan beras pulut.Cuci hingga bersih dan rendam selama semalaman @ 6 jam.
  2. Masukkan beras ke dalam pengukus.dan kukuslah separuh masak.
  3. Kemudian angkat dan digaul dgn santan cair.Selepas itu kukus lagi.
  4. Sementara itu, campurkan santan pekat dgn garam dan dikacau rata.
  5. Apabila nasi telah masak, angkat dan masukkan halia , halba bwg merah dan santan pekat yg telah dicampur garam.
  6. Gaul sehingga rata dan sebati.Utk mengelak dr nasi cepat basi, seeloknya kukus sebentar.Jgn terlalu lama...lebih kurang 2-3 minit shj.Kecuali...jika menggunakan santan pekat yg dididihkan sekejap...tak perlulah mengukusnya semula.Bolehlah dihidangkan....hhhee


Bahan-bahannya: ( Utk gulai ikan tongkol)

Bahan utk kukus ikan ( merebus):
1 ekor ikan tongkol
2 s/b garam
1 s/k perasa - tak nak buh pun tak apa
2 inci lengkuas
5-6 keping asam keping

Bahan utk menggulai:
3 helai daun pandan
2 keping asam gelugur
10 biji belimbing buluh
10 biji cili padi
1 s/b kerisik - org trg panggil nyiur gula
2 s/b rempah kari - kat trg ada rempahnya tersendiri
1 biji santan kelapa
1/2 keping gula melaka - org trg panggil nisan
Sedikit perasa
Garam secukup rasa

Bahan kisar:
segenggam cili kering
5 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
3 cm halia
3 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
1 inci belacan



Cara-caranya:
  1. Potong ikan dan dibersihkan.Masukkan ikan , garam, lengkuas, asam keping, serbuk perasa, daun pandan dan sedikit air ke dalam periuk.Rebus sehingga masak.Kat trg , diorg panggil kukus.
  2. Campurkan bahan kisar dgn rempah.Gaul hingga sebati dan biarkan seketika.
  3. Sementara itu didihkan santan diatas api yg perlahan.Kemudian masukkan bhn rempah yg telah digaul sebati kedalam santan yg dididihkan tadi.Inilah cara sebenar utk membuat gulai ikan tongkol.Tapi jika ingin menumis bhn2 rempah terlebih dahulu pun boleh jugak.
  4. Masukkan asam keping , gula melaka , garam dan perasa secukup rasa.Kacau dan biarkan api perlahan sehingga terbit minyak dan kuah menjadi pekat.
  5. Selepas itu masukkan ikan yg telah direbus , buah belimbing dan cili padi.Masak hingga mendidih.Kemudian bolehlah dihidangkan bersama nasi dagang.

Bahan- bahannya: ( utk acar timun)

1 batang timun
1 btg lobak merah
2 biji cili merah
1 inci halia - dimayang
1 biji bawang besar - dimayang
2- 3 s/b cuka
1 s/k garam
1 s/b gula

Cara-caranya:
  1. Potong timun , lobak merah dan cili merah mengikut kesukaan masing2.Eda wat ari tu...potong memanjang.
  2. Campurkan kesemua bahan2 tadi gaul hingga sebati.Bolehlah dihidangkan bersama nasi dagang dan gulai ikan tongkol.

Nota kaki :

## Gambar acar tak ada sbb eda lupa nak snap ari tu....bila dah ada gambarnya, eda akan letakkan kat sini.
## Nasi dagang yg eda wat ari tu...nasi dagang beras merah.Tapi cara2nya masih sama spt yg eda tulis kat sini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails