Monday, February 4, 2008

KETUPAT SOTONG


Tiga hari yg lepas eda wat ketupat sotong.Dah lama sangat rasanya tak buat ketupat sotong ni.Teragaklah pulak.Asyik buat masakan N9 je...Sampaikan lupa masakan Trg...Anak2 dgn hb suka ketupat sotong sebab tak manis.Sesedap rasalah....Kalau ikutkan ketupat sotong ni org Trg buat masa musim candat sotong.Sebab tak semua sotong kita boleh buat.Tapi dek krn mengidam sangat,eda buatlah jugak.Diorg buat ketupat dgn sotong yg khas utk buat ketupat ni.Org Trg panggil sotong tu "Sotong Ketupat".Ontahlah eden sendiri pun tak tau camno sotong tuu dapek namo....eeehhhhhh....Sebelum eda berceloteh panjang....kat sini eda lotakkan rosopinyo....

Bahan-bahannya:
1 mangkuk Pulut - direndam 2-3 jam
20 ekor Sotong sederhana besar-kalau family ramai, watlah byk ..
1 biji kelapa - ambil santan , gunakan air rebusan sotong
1 s/b Halba
2 cm Halia - dihiris
2 biji Bawang merah - dihiris
Garam dan gula - secukup rasa
Lidi @ pencungkil gigi( yg x digunakan lagi) - utk cucuk pada sotong

Cara-caranya:
  1. Bersihkan sotong.Masukkan pulut ke dalam sotong.Jangan isi penuh-penuh, 3/4 shj.Kalau penuh,pulut akan mentah.Tutup dgn lidi,agar pulut tak keluar semasa merebus.
  2. Kemudian rebus sotong yg telah diisi dgn pulut sehingga masak.Setelah masak toskan dan buang lidi tadi.Air rebusan jgn dibuang, boleh digunakan utk kuahnya.
  3. Masukkan santan ke dalam periuk bersama sotong.
  4. Kemudian masukkan halba, halia dan bawang yg telah dihiris.
  5. Masakkan dgn api yg sederhana.Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.

2 comments:

siti said...

sedapnya Eda TTupat Sotong nii...semua masakan Eda ada classlah..

Nor Suraida Yahya said...

siti...masakan eda ni biasa2 je....masakan kampung lah katakan...hheee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails