Monday, February 4, 2008

KEK PISANG


Resepi oleh YANI .Dah lama buat kek ni....tapi tak ada masa nak lotak kek sini....Memang sodap....Eda wat 2-3 kali jugaklah....Disobabkan tak manis sangatlah yg eda suka buat tu....

Bahan-bahannya:
2 biji pisang - dilenyek
140gm Butter
120gm Gula halus
2 biji Telur - diasingkan putih dan kuning
1 s/k esen vanila
2 s/b Fresh cream
1 s/b Jus lemon
200gm Tepung gandum
1 s/k soda bikarbonat
1 s/k Baking powder


Cara-caranya:
  1. Pukul butter dgn gula hingga kembang.
  2. Pukul putih telur sehingga kembang.Kemudian masukkan ke dalam butter tadi.
  3. Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder.Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi.
  4. Masukkan pisang yg telah dilenyek dan esen vanila ke dalam adunan.
  5. Campurkan jus lemon dan fresh cream.Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi.
  6. Akhir sekali masukkan kuning telur.Kacau hingga sebati.
  7. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 35-40 pd suhu 160 degree.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails