Friday, February 15, 2008

KACANG PANJANG MASAK LEMAK PUTIH


Masakan ni dah jarang eda buat.Tapi masa balik trg ari tu, mak eda masak lauk ni...Sodap botul mkn dgn ikan jeruk...Sampaikan tak sodar nasi dah habis 2 pinggan...Itu yg badan eda naik sojak balik dr trg....Sekrg ni eda sedang berusaha menurunkan berat badan....Hubby tak ada ni lah eda boleh berdiet...kalau tak jgn haraplah....sebab hubby eda tu ada je idea suh eda masak yg eda tak boleh tak mkn...mesti nak mkn...hhheeee...tak tahan dgn godaan makanan....Okaylah, sebelum eda merapu tak tentu arah...jom kita tengok resepinya...

Bahan-bahannya:

Seikat kacang panjang - dipotong
1 biji bwg besar - dibelah 4
2 biji cili besar - dibelah 4
1 biji kelapa - diambil santan
1- 2 ekor ikan selayang - direbus & isinya diambil
Garam & gula secukup rasa


Cara-caranya:
  1. Kacang panjang yg telah dipotong, direbus sekejap. Jangan terlalu lama.Toskan.
  2. Masukkan santan ke dalam periuk dan masukkan isi ikan dan cili besar.Masak dgn api yg perlahan.
  3. Setelah mendidih masukkan kacang panjang dan bawang besar.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.Masak seketika.Setelah masak bolehlah dipadamkan api.

Tips:
## Ikan selayang boleh gak diganti dgn ikan kembung.Seekor ikan kembung sudah memadai.Sobab ikan kembung kan besar.
## Kalau tak nak rebus ikan pun boleh gak.Asingkan isi dan tulang.Masukkan saja isi ikan tu kedalam santan.Lagi sodap..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails