Monday, January 28, 2008

UDANG GORENG MENTEGA


Hari ni eda masak ringkas je...itupun puas fikir...apalah nak dimasak ari ni....Kebetulan dlm peti ais ada udang...nak masak sambal dah jomu,..nak masak lomak cili padi dah jomu gak...tanya hubby, mana tau kut2 dia ada idea...dia suruh wat udang mentega spt yg kami mkn kat restoran Mawilla , Labuan tempoh hari....alahai cik abang aku sorang ni...minta yg bukan2...apa lagi eda pun carilah dlm buku resepi mana tau ada kut...akhirnya terjumpa...tapi eda dah ubah sikitlah....sonang dan sodap....

Bahan- bahannya:
15 ekor udang sederhana
3 s/b butter
2 s/b susu cair
1/2 s/b rempah kari
2 ulas bwg putih - dicincang
10 helai daun kari
Garam - jika perlu


Cara-caranya:
  1. Bersihkan udang.Jgn dibuang kulitnya tapi dibelah belakang.Selepas itu goreng dan ketepikan.
  2. Tumis bwg putih menggunakan mentega sehingga kekuningan dan masukkan daun kari.
  3. Kemudian masukkan serbuk kari dan tumis sehingga naik minyak.Gunakan api yg perlahan.Masukkan udang yg telah digoreng dan susu cair.Kacau sehingga sebati dan padamkan api.Jika kurang masin bolehlah ditambah garam...Biasanya butter sudah masin...

2 comments:

zaliana said...

ooo tak yah letak telur yek..hmm nanti ada masa boleh la try resipi ni pulak..

Nor Suraida Yahya said...

aaaa eda tak lotak telur pun....nak letak boleh gak...hb eda tak suka kalau buh telur....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails