Sunday, January 13, 2008

POTATO BREAD


Eda baru je selesai bakar roti ni...nak bawak balik kg hb esok...ingatkan nak buat kek,tapi anak2 nak mkn roti kentang...terpaksalah wat roti je....

Bahan-bahan:

300 gm Tepung High Protein
60 gm Gula
5 gm Garam
20 gm Susu tepung
10 gm Yis
80 ml Air
20 gm Mashed Potato - dibancuh dgn air panas sehingga sebati
80 gm Butter
1/2 sudu kecil pewarna kuning
1 biji telur

bahan- bahan utk kastard:
Instant kastard
Susu cair

Cara-caranya:
  1. Masukkan telur ke dlm air berserta pewarna kuning.Kacau hingga bercampur.
  2. Masukkan tepung , gula , yis , susu dan bancuhan potato dlm mangkuk.
  3. Kemudian masukkan air yg telah dicampurkan telur & pewarna kuning tadi ke dlm mangkuk yg berisi bhn2 tadi.
  4. Uli sehingga sebati.Kemudian masukkan butter dan uli lagi .
  5. Masukkan garam dan uli lagi sehingga doh tidak melekat kat tangan.
  6. Bulatkan doh setiap satu 30 - 40 gm.Kemudian letakkan ke dlm loyang yg telah disapu marjerin.Picitkan kastard di atas doh tersebut.
  7. Tutup dgn kain dan perap sehingga naik sekali ganda.Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit atau sehingga masak.
  8. Utk kastard campurkan instant kastard dgn susu cair hingga sebati.

1 comment:

jo ayee said...

eda.. utk mash potato tu tak berapa clear. 20gm mash potato tu yg serbuk ker? klu yg serbuk, timbang 20 gm lepas tu masuk berapa sukatan air? tq

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails