Monday, January 7, 2008

MEE REBUS ( STAIL TERENGGANU)


Bahan-bahannya:
Sebungkus mee - dicelur dan ditoskan
3 biji bawang merah - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
1 /2 - 1 sudu besar lada hitam - ditumbuk
Sepeket fish ball
2 keping dada ayam - dipotong kecil2
30 sen taugeh
2 batang sawi
1 batang caarot - dipotong bulat2
Sedikit daun sup & daun bawang
2 liter air
Gula & garam secukup rasa

Bahan2 - utk sos kicap:
segenggam cili padi - dipotong kecil2
4 - 5 s/b kicap cair
Sebiji limau kasturi - diambil jusnya


Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak dan tumis bhn tumbuk sehingga kekuningan.
  2. Masukkan air.Biarkan mendidih.Selepas itu masukkan fish ball , ayam , gula dan garam secukup rasa.
  3. Setelah mendidih bolehlah dimasukkan mee dan carrot.Biarkan seketika.
  4. Kemudian masukkan sawi dan taugeh.Biarkan mendidih sekejap.Padamkan api.Jgn terlalu lama mendidih krn sawi dan taugeh cepat layu @ lembik.
  5. Utk sos kicap, campurkan semua bhn dan boleh dihidangkn bersama.
  6. Taburkan daun sup & daun bawang ketika hendak mkn.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails