Wednesday, January 2, 2008

MEE LADA HITAM


Utk minum petang tadi eda wat MEE LADA HITAM.Jom kita tengok apa resepinya.....


Bahan - bahannya:

*** 1 bungkus mee kuning - direndam dgn air panas & ditoskan
*** 2 ketul dada ayam - dipotong kecil2
*** 3 biji bwg putih
*** 3 biji bwg merah
*** 5 tangkai cili kering
*** 2 sudu lada hitam - ditumbuk ( boleh jugak guna sos lada hitam)
*** 2 sudu tepung jagung - utk memekatkan kuahnya.
*** 3 s/b sos tiram
*** 3 s/b kicap pekat
*** 3 s/b kicap manis
*** sayur sawi - ikut byk mana....
*** 1 peket cendawan hitam
*** 1 peket fish ball
*** 1 batang carrot
*** garam & gula - jika perlu shj.


Cara - caranya:

  1. Kisar bwg putih , lada kering dan bwg merah.Tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam yg telah dipotong.Biar sehingga ayam betul2 masak.
  3. Bubuh air secukupnya dantuangkan sos tiram , kicap pekat dan kicap cair.
  4. Biarkan mendidih.Selepas itu masukkan fishball , carrot dan cendawan.
  5. Untuk menjadikan kuahnya pekat masukkan tepung jagung.
  6. Akhir sekali masukkan sawi.
  7. Jgn masukkan mee ke dlm kuah tersebut..Bila nak mkn barulah dituangkan kuahnya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails