Tuesday, January 15, 2008

LALA GORENG HALIA



Bahan-bahan :
1/2 kilo Lala
1 biji bwg besar - dihiris bulat2
4 ulas bwg putih- dihiris nipis2
2 inci halia - dihiris memanjang
10 biji cili padi- dibelah memanjang
1 biji cili besar - dihiris
1 sudu besar sos plum
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar taucu
daun ketumbar-dipotong pjg2
garam secukup rasa
Sedikit minyak utk menggoreng


Cara-cara:
** Lala direndam dlm air selama 1/2 jam utk membuang tanah yg ada didlmnya.Bersih dan toskan.
** Goreng lala tanpa minyak seketika dan tutup kuali sebentar.Setelah lala sudah masak,masukkan ke dlm mangkuk dan biarkan sekejap sementara kita masak bhn2 yg lain.
** Masukkan minyak masak ke dlm kuali dan goreng bwg besar,bwg putih dan halia.Apbila terbit bau,masukkan cili padi dan cili besar.
** Slps itu masukkan sos plum,sos tiram dan taucu.Kacau rata.
** Masukkan lala yg telah digoreng tadi bersama2 air yg keluar dr lala.Kacau rata.
** Masukkan sedikit garam jika perlu.Sblm bubuh garam,rasa terlebih dulu sbb kadang2 rasa masin memang sedia ada disebbkan taucu tadi.
** Sblm padamkan api ,masukkan daun ketumbar yg telah dipotong.Dan bolehlah dihidangkan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails