Saturday, January 5, 2008

KEK LAPIS KEJU &CHEESE CRACKERS


Ini kek lapis oleh AlongRoz....Eda cuba buat jugak...Memang tak menghampakan...Kepada yg suka cheese bolehlah mencubanya...Kat sini eda sertakan resepi asal...Jom kita tengok....


Bahan - bahannya:( 1 biji - 7 inci square @ 8 inci bulat)

250 gm Cream Cheese
250 gm Butter
180 gm Gula halus
6 biji Telur
180 gm Tepung gandum biasa
1 s/t Baking powder
Sebungkus biskut keju masin ( yg bulat)
Pewarna kuning

Coklat emulco


Cara-caranya:
  1. Pukul butter , cream cheese & gula sehingga kembang.Masukkan telur satu - persatu dan pukul lagi sehingga sebati.
  2. Ayak tepung dgn baking powder.Masukkan ke dlm adunan tadi sedikit2 sambil digaul sehingga sebati.
  3. Bahagi adunan kpd 2 bahagian & warnakan satu bahagian dgn kuning dan satu lagi dgn coklat emulco.
  4. Lapik loyang dgn kertas minyak dan dilengserkan dgn marjerin.Ratakan 2 senduk bhn kuning dan susun biskut di atasnya.Kukus selama 10 minit.
  5. Lapiskandgn lapisan coklat dan kukus selama 10 minit.Ulang proses ini sehingga habis.Akhir sekali kukus selama lebih kurang 30 - 60 minit utk pastikan kek benar2 masak.
P/s :eda hanya buat setengah adunan drpd resepi ni...dan eda gunakan tepung naik sendiri...malas nak mengayak...satu lagi,kukusan terakhir..eda kukus 30 minit je...tapi jadi jugaklah...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails