Saturday, January 5, 2008

IKAN KERAPU KUKUS "SIMPLE"


Masakan memang cepat dan mudah....Sesuai sangat kpd ibu2 yg sibuk dan sedang diet....


Bahan - bahannya:

*** 1 ekor ikan kerapu ( eda wat 2 ekor sbb kecik je)
*** 1 labu bwg besar - dipotong bulat
*** 3 ulas bwg putih - dihiris
*** 2 inci halia - dihiris memanjang
*** 6 - 7 biji cili padi - dipotong
*** 2 s/b sos tiram
*** 2 s/b sos plum ( kalau tak ada takpe)
*** 2 s/b kicap cair
*** 1 biji limau nipis - diambil jusnya
*** Sawi jepun - jgn dipotong
*** Sedikit daun ketumbar
*** Garam secukup rasa


Cara- caranya:
  1. Bersihkan ikan dan dibelah belakang.
  2. Sementara itu, masukkan semua bhn hirisan dan yg dipotong ke dalam satu mangkuk kecuali daun ketumbar dan sawi.
  3. Kemudian masukkan sos tiram ,kicap cair , sos plum , jus limau nipis dan jika perlukan garam masukkan sedikit.Gaul rata.
  4. Letakkan ikan dlm pengukus.Tuangkan semua bhn yg digaul rata tadi ke atas ikan.
  5. Tutup kukus selama 20 minit @ sehingga masak.
  6. Sebelum padamkan api , masukkan sawi jepun dn daun ketumbar.Biarkan sekejap.Sekadar melembutkan sawi shj.Slps itu bolehlah dipadamkan api.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails