Wednesday, January 16, 2008

DAGING MASAK LOMPAP


Bahan-bahan :

  • 1/2 kilo daging cincang @ tulang
  • 10 biji cili padi
  • kunyit hidup sebesar ibu jari
  • sebiji kelapa- diambil santannya
  • 2 btg serai
  • 2 keping asam gelugur @ asam keping
  • Garam secukup rasa
  • 3 biji ubi kentang

Cara-cara

  1. Rebus daging hingga empuk...nak senang guna periuk tekanan selama 30 minit.
  2. Air rebusan jgn dibuang.Masukkan santan yg diperah.Santan yg diperah jgn terlalu cair .Hanya 2 kali perahan shj.
  3. Cili padi ditumbuk bersama kunyit hidup hingga hancur.Masukkan sedikit garam supaya tak terpercik kedlm mata semasa menumbuk.Kalau nak senang,kisarkancili padi & kunyit bersama2 dgn sedikit santan tadi.
  4. Serai dititik.
  5. Masukkan cili padi yg ditumbuk tadi kedlm periuk berserta serai yg dititik.
  6. Masukkan ubi kentang yg dibelah dua.
  7. Masukkan asam keping dan garam secukup rasa.Bila ubi kentang telah empuk bolehlah dipadamkan api.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails