Saturday, January 19, 2008

CINNAMON ROLL


Bahan-bahannya:(ini resepi eda sendiri...)
* 400 gm Tepung Roti
* 1 s/b Yis
* 20 gm Bread Improver
* 20 gm Susu tepung
* 60 gm Gula halus
40 gm marjerin
40 gm Shortening
250 ml Air
1 biji Telur - gred B
1 s/k garam

Bahan-bahan : Utk filling ( yg ini eda ambil dr resepi YANI )
3 sudu kecil cinnamon powder
60 gm gula perang
20 gm butter - suhu bilik ( eda tambah kpd 40 gm)

## Campurkan kesemua bhn diatas sehingga sebati.


Bahan- bahan: Utk icing ( yg ni eda ambil resepi YANI jugak )
50 gm cream cheese - suhu bilik
20 gm butter - suhu bilik
70 gm gula icing - kalau resepi asal 100 gm tapi eda kurangkan sbb manis sangat...
secubit garam- eda tak bubuh sbb eda guna butter cup , dah masin pun...
Beberapa titik esen vanila

## Putarkan kesemua bhn diatas sehingga kembang.


Cara-caranya:
  1. Campurkan semua bahan yg bertanda * kedlm mangkuk.Gaul sebati.
  2. Kemudian masukkan garam dan gaul lagi.
  3. Masukkan telur dan air, uli menggunakan mixer atau breadmaker.Kalau tak ada kedua2nya, uli dgn tangan pun boleh tapi ambil masa sikitlah.
  4. Selepas itu masukkan marjerin dan shortening.Uli lagi sehingga tak melekat ditangan.
  5. Rehatkan doh selama 15 minit.
  6. Kemudian uli lagi dan bahagikan kepada 2 bahagian.Ambil satu bahagian, canai sehingga menjadi empat bentuk sama.Sapukan filling diatasnya.Kemudian gulung dan dipotong.
  7. Letakkan diatas loyang yg telah disapu marjerin.Tutup dgn kain dan biarkan doh naik sekali ganda.
  8. Selepas itu bakar selama 15 minit pd suhu 190 darjah.
  9. Setelah roti masak bolehlah letak aising diatasnya.Letak ketika masih panas.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails