Saturday, January 5, 2008

CHOCO CHEESE MUFFIN


Semalam eda buat Choco Cheese Muffin...Resepi ni eda dpt dr Myresepi....yang disumbangkan oleh Hani ( Ringo )....Memang best....anak2 eda suka sangat...Sesiapa yg belum cuba, boleh mencubanya...Kat sini eda letak resepi asal...Tapi yg eda wat ni tak merekah spt tuan punya resepi ni...walau bagaimanapun, tetap sedap !!!


Bahan - bahannya: ( 10 biji )

** 140 gm Choco Chip
** 100 gm Cream Cheese
** 80 gm Butter
** 2 Biji telur size M
** 60 gm gula ( eda guna gula kastor )
** 100 gm Tepung gandum ( eda guna Tepung naik sendiri...)
** 2 s/k Baking powder


Cara - caranya :
  1. Panaskan oven ke 180 darjah
  2. Potong dadu 1 cm cream cheese dan butter.Cairkan bersama choco chip dgn kaedah double-boiled.Bila dah cair, angkat dr api...Masukkan telur dan kacau dgn whisk.( jika cream cheese tinggal ketul2 kecik tak apa )
  3. Tambah gula dan kacau lagi.
  4. Ayak tepung bersama baking powder ke dalam adunan dan kacau dgn spatula.
  5. Masukkanke dlm bekas muffin 70% penuh dan bakar selama 20 minit..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails