Wednesday, January 16, 2008

BETIK MUDA MASAK LEMAK CILI PADI


Bahan-bahan :

  • 1/2 biji betik muda( org N9 panggil " kepayo")
  • 1 biji kelapa - dparut dan diperah santannya( santan pekat)
  • Segenggam cili padi ( kalau tak suka pedas,boleh dikurangkan)
  • 2 inci kunyit hidup
  • segenggam ikan bilis
  • sebtg serai - dititik
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Betik muda dicincang halus ( jgn terlampau halus sangat....sederhana jelah...) Cuci dan toskan.
  2. Tumbuk cili padi dgn kunyit sehingga lumat.
  3. Masukkan betik muda,santan dan bhn tumbuk tadi kedlm kuali.Kebiasaannya org N9 memasak lauk menggunakan kuali- senang nak kacau lauk tersebut.
  4. Masak dgn api yg perlahan agar santan tadi tidak pecah.Masukkan ikan bilis dan garam secukup rasa.
  5. Setelah mendidih masukkan daun kunyit yg telah disiat.Kacau seketika dan bolehlah dipadamkan api.
  6. Masakan ini kurang kuahnya,ia spt rendang....kalau berkuah tak sodaplah...sbb itu ia menggunakan santan pekat...utk mudah,gunakan santan pekat yg dijual kat pasar...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails