Wednesday, January 16, 2008

AYAM LEMAK CILI PADI


Bahan-bahan :

  • 1/2 ekor ayam - dipotong kecil
  • 1 biji kelapa - diparut
  • 15-20 biji cili padi
  • kunyit sebesar ibu jari
  • 2 btg serai
  • 2 keping asam keping & garam secukup rasa
  • Nangka muda - direbus

Cara-cara

  1. Ayam disalai terlebih dahulu.Jika malas nak salai...masukkan ayam dlm kuali dan masakkan dgn api yg kecil sehingga air yg keluar dr ayam kering.
  2. Perah santan dan bahagi kpd 2 bahagian.Satu bhgian santan pekat dan satu lagi santan cair.
  3. Tumbuk cili padi dgn kunyit hingga lumat.Atau nak senang blend je kunyit & cili padi bersama santan cair.Serai dititik.
  4. Masukkan santan cair kedlm kuali yg berisi ayam.Masukkan juga cili padi yg telah ditmbuk & serai yg dititik.
  5. Masukkan 2 keping serai dan garam secukup rasa.
  6. Masukkan nangka muda yg telah direbus yg telah ditoskan airnya.
  7. Setelah mendidih masukkan santan pekat.Apabila mendidih kali kedua,padam api dan bolehlah dihidangkan.
  8. Tips: Jika tiada nangka muda boleh diganti dgn ubi kentang @ terung pipit @ ubi kayu


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails