Saturday, December 29, 2007

KOCI LABU


Hari tu resepi ni ada eda letak Myresepi .Memang bestlah koci ni jika dimkn bersama family waktu ptg begini...

Bahan-bahannya:
1/4 biji labu
2 ccawan tpg pulut
1 cawan/seringgit santan
1 sk garam
Bahan2 utk inti:
1 biji kelapa parut ( kalau boleh jgn kelapa tua)
1 keping gula melaka
3 sb gula merah
3 sb gula pasir
2 helai daun pandan

Cara-caranya:

1 Labu dipotong kecil2 dan kukus hingga masak.
2 Setelah masak,lenyek labu tadi hingga hancur.
3 Masukkan tepung pulut ke dlm mangkuk dan tambahkan sedikit demi sedikitlabu yg telah
dilenyek,sambil diuli.
4 Pastikan campuran tepung dan labu menjadi spt kita membuat onde2.
5 Bulatkan adunan tersebut kecil2.ambil satu biji dan masukkan inti dan bulatkan semula.
6 Masukkan ke dlm loyang atau dibungkus dgn daun pisang jika ada.
7 Masukkan garam ke dlm santan.Kemudian curahkan ke dlm loyang berisi koci tadi.Kukus
selama 15 minit.

Cara2 membuat inti:

1 Masukkan kesemua bahan ke dlm kuali.Masukkan sedikit agak tidak terlalu kering.
2 Masak sehingga inti tersebut berkilat.Slps itu bolehlah digunakan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails